Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 12 May 2017

Banjir ooo banjir ooo, rumah kita naik air wooooo

Semalam aku tidur dengan lena ditemani bunyi rintik-rintik hujan. Kedap aku selimutkan diri. Aku suka rasa di compress, rasa selamat. Semalam aku baca doa tidur ke tak eh? Tapi tidur aku lena sampai bunyi alarm pukul 6.45pagi. Ada la mimpi merepek, tapi pedulikan.

Malas betul nak bangun sebab cuaca masih sejuk, makin aku tarik selimut ada lah. Sambil tu raba handphone tengok apa yang patut. Rasa dah segar sikit aku pun pijak lantai. Sekali rasa pijak air.

'Shit, air minum tumpah ke ni?' mencarut aku pagi-pagi dalam hati.

Malas betul fikir nak keringkan karpet bagai. Lalu aku berdiri betul and nak on suis lampu. Sepanjang jalan bunyi aku pijak air 'plap plap plap'. Eh melampau banyak air tumpah. Ni bukan air tumpah ni. Terus aku fikir paip mesin basuh bocor ke, ke lupa tutup air dalam toilet? Dalam gelap tu aku recall. Semalam aku yakin aku guna elok je washing machine dan yakin aku tutup paip air. So bukan salah aku haha. 

Sebelum sampai nak on lampu aku dengar bunyi housemate aku memberus dekat luar. Aku bukak lampu je terus nampak air bertakung. Aku bukak pintu bilik satu rumah air bertakung sampai buku lali.

'Kenapa ni?', aku tanya housemate aku.

'Banjir', dia jawab.

Dah surut sikit
Damn. Aku terus tengok bilik aku. Ada satu buku terjatuh dari rak. Half kuyup T_T. Terus aku letak semua beg atas meja/katil. Ternampak bag laptop yang tersorok sikit tepi almari. Damn! Sepantas kilat aku ambil, keluarkan dari beg. Basah 1/3 dari ketinggian  sisi. Aku lap bagi kering, try on. Please boleh, please. Laptop tu umur tak sampai sebulan lagi kot. Yes, Alhamdulillah boleh!

Nasib baik karpet aku tak basah sebab bawah dia aku lapikkan dengan lagi satu alas yang kalis air. Bijak tak aku? Ye aku suka bijak tanpa sedar. Haha

Lepas semua dah di tempat yang selamat, aku berdiri dan termenung. Apa aku perlu buat? Perlu ke aku baring dan buat kuak lentang atas lantai? Atau perlu ke aku sedut dengan straw air tu? Atau perlu ke aku sambung tidur dan cakap dekat bos aku nak cuti hari ni sebab bencana alam dan biar air tu kering secara alami?

Nasib baik airnya jernih. Sementara housemate aku guna berus, aku melawat kawasan sekitar. Aku message bos cakap masuk lambat sikit. Kemudian bila dia dah pergi kerja, aku pulak sambung beruskan air keluar dari bilik. Gigih jugak kerja tu sebab dari bilik kena menempuh ruang tamu baru menempuh dapur dan pintunya. Aku buat ala kadar je, yang selebihnya elok lah dia disejat secara semula jadi.

Kemudian aku pergi mandi, cuci bilik air sekali. Sekali ternampak lipan, besar jugak. Nasib baik lipan bukan ular, kalau ular aku ajak main dam ular haha tak lawak la saitan.

Dah habis mandi aku pun bersiap. Benda yang boleh pakai dari atas, aku pakai dari atas supaya tak kena air, kain dalam contohnya. Dah siap bubuh bedak, lipstick bagai nak pakai tudung, baru sedar tak pakai baju lagi hahaha. Gas narcosis betul perangai kau. Hari ni aku pakai jubah, so aku kepit baju supaya tak labuh sangat nanti kena air sementara aku nak mengenakan tudung.

Nasib baik ingat nak cabut sebelum pergi kerja
Dah siap aku pun pergi pejabat and kena park jauh sebab datang lambat parking full. 

2 comments:

  1. i hate snake! erkkk, last jumpa dalam site cabin, melompat oi!

    banjir dah surut belom nadia? hopefully everything getting better!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kebanyakan orang benci ular kan. nadia takde la benci tapi takde la pulak nak bela haha

      dah surut. ALhamdulillah . TQ IQ :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance