Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 31 May 2017

Ayah

Isnin lepas Mak aku takde kat rumah, pergi KL teman adik aku interview. So aku tinggal berdua dengan Ayah. Petang sebelum habis kerja aku whatsapp Ayah minta belikan nasi kerabu taknak budu, taknak solok lada, nak daging salai, keropok dengan sambal lebih. Terlupa nak pesan telur masin. Perghh bukan main panjang menu aku kepada Ayah.

K, Ayah jawab.

Ayah adalah satu-satu nya lelaki yang berani K kan aku dan aku tidak marah. 

30 minit kemudian aku teringat nak order kuih pulak. Aku pun whatsapp Ayah,

Ayah, kalau ada popia ustaz nak jugak.

Ayah blue tick kan je aku (again, satu-satunya laki yang berani blue tick kan aku) -_-. Tapi aku masih sayang Ayah. Oh popia tu dipanggil popia ustaz sebab ustaz yang jual. Sedap sungguh. Rangup dan tiada taugeh. Menepati citarasa anak dara pakcik Roslan haha.

Aku balik rumah Ayah belum balik dari bazar. Senang Ayah dah pencen ni, boleh pergi bazar awal dan menjamin makanan yang diidamkan tidak habis lagi. 

Aku keluar bilik lepas solat Asar aku nampak plastik atas meja dengan menu-menu yang aku pesan. Tazabarnya nak berbuka. Sekali tengok Ayah ada masak untuk dia berbuka. Lah kenapa tak bagitau dia masak, kalau tak takde lah aku pesan nasi kerabu. Takpelah, dah ada depan mata pun. Time berbuka Ayah cakap,

Karang sahur makan la lauk ni.

Okay, aku jawab.

Yes, tak payah aku bangun awal nak masak! Hahahaha. Aku baru terfikir nak bangun awal buat ikan bilis goreng belacan je. Dah ada lauk bangun lewat sikit la.

Aku set jam 4.45pagi. Nak bangun goreng telur dan panaskan lauk. 4.30 pagi Ayah kejutkan aku bangun. So aku bangun je lah. Tengok atas meja dah siap hidang telur goreng dan lauk panas. Bertuah Ayah dapat anak macam aku. Hahahaha.

Lepas tu dia tanya aku nak Yakult tak, aku jawab taknak sebab aku tahu Yakult tu tinggal sebotol je and aku tahu Ayah aku kalau dia tanya tu maknanya dia nak tapi tetap pastikan anak bini diberi keutamaan. Lepas aku cakap taknak baru dia cakap,

Ayah minum yakult ni, perut tak sedap.

Alolo so sweet. Kalau aku kata nak tadi mesti dia bagi aku and biarkan perut tak dicuci oleh bakteria pejadah entah nama dia, Lara anak Awal pandai sebut, pergi tanya dia.

Semalam Ayah whatsapp aku tanya nak makan apa. Aku cakap taknak sebab aku beli nasi beriani kat area office ni je. Then balik aku nampak dia beli laksa sebungkus untuk dia, aku tak pesan pun.

Bila Ayah balik tarawikh aku tengah solat. Aku dengar dia panggil aku tanya nak laksa ke tak tapi aku tak boleh jawab. Then dia tahu aku tengah solat. Time solat dalam hati aku jawab Nak! Nak! Hahaha biadap laksa buat solat aku tak kusyuk. Habis berdoa aku keluar bilik. Dia suruh makan laksa.

Aku tengok atas meja ada laksa sebungkus macam tak usik lagi. Rupanya dia ambil sikit je, dalam 1/3 laksa je sebab dia makan dalam piring kecil je. Yang lain dia suruh aku makan. Haha memang habis aku makan. 

Itulah Ayah, dalam apa situasi pun tetap pentingkan anak bini. Mmmuahh ciked haha.

Ayah aku masak sedap wooo. Cuma bab mengemas agak ke laut. So sebagai anak yang to'at, dah dia memasak, aku lah yang mengemas hehe.

22 comments:

  1. Ko buat aku rindu kat bapak aku la nad.. dem manly tears.

    ReplyDelete
  2. i hope my father like this, but he's not. he's busy with other family, raising other children instead of playing with his grandchild.

    tapi ayah mertua IQ macam ni, sangat caring. lelaki bab mengemas memang zero la sebab lelaki pun menyumbang untuk buat rumah bersepah, tapi bab masak boleh la nak tabik spring. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. other children means not his children? no need to answer if this question is too much. apa-apa pun dia tetap ayah kan? be strong

      haha laki masak memang sedap kan? padahal campak2 je

      Delete
  3. ayah kbel pon masak sedap tapi biaselah tak kemas hahaha.
    btw, seronoknya ayah dah panaskan lauk time sahur hahhaha. memang untung dapat ayah macam tu, ok la untung jugak la ayah nadia dapat anak mcm nadia. hahaha. gurau je.. salam ramadhan nadia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu typical lelaki laa.
      hahahaha kami saling menguntungkan. lol.
      salam ramadhan utk kak bel dan umar yang tak puasa hahaha

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Ayah saya juga macam Nad. kita mintak setengah Ayam, seekor dia beli takut xcukup.kirim apa2, balas ok je. satu taman 5 kedai dia carikkan.. alhamdulillah. arwah atok dulu pon buat macam tu kat dia.kayuh basikal 20km ke bandar semata2 utk anak2.(in the 70's) Hehe sejuk hati kan? semoga kita boleh balas apa jasa baik bapa kita selama ni kat kita.

    rasanya baru2 ni ada dengar2 kanak2 dinasihai utk jauhi air yakult, sebab ada chemical dalam tu yang leh tukar jadi bahan cancer. (terus teringat Anak Scha Al Yahya terkinja2 minum air ni) samala macam hype avocado, knon bagus utk kesihatan, last2 ada genetic yang xleh hadam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur. InshaAllah ameen. semoga kita dapat bakal ayah yg baik utk anak2 kita. eh hahaha

      oh yeke. takde dengar pun. kalau sahih hmm kena elak la minum

      Delete
  5. dah la makan nasi beriani, pastu nak makan laksa plak. kesian ayah nadia dpt makan 33% je laksa tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biarlah. jeless :P
      not on my request eh haha

      Delete
  6. Ayah memang takkan mengucapkan rasa sayang kpd kita. Tapi kita tahu ayah sangat sayangkn kita melalui tindakan dan jagaannya terhdp kita. Hanya Allah dpt membls sebaik2 ganjaran buat ayah2 kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye benerrrrr. action speaks louder than words. ameennnnnn

      Delete
  7. My dad masak sedap jugakkk tapi he's not the kind yg jenis beli apa anak dia request.. hehe.. Dia akan beli if mmg takde apa dah nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia taknak membazir la tu, habiskan dulu apa yang ada hehe. lain orang lain cara kan

      Delete
  8. Beli baju raya nanti jangan lupa +1 size eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni tak beli baju raya. jimattt

      Delete
  9. Zaman close to my "Abah" dah lepas. Tak tau kenapa bila makin dewasa, ada gap antara kami. Tapi selalu kalau keluar, balik dia mesti beli something. Tapi bila berdua dalam kereta ke, mesti ada perasaan okwed.. Tak tau kenapa.. pelik betul. Tapi kalau dengan mak tak pulak. hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha same here. i'm not that close to Ayah compared to Mak. Plus Ayah is very silent person. Plus, wanita memang akan lebih rapat dengan wanita kot. hehe

      Delete
    2. Saya yg lelaki pun lagi rapat dgn mak berbanding ayah. mungkin sbb ayah saya dulu seorang yg serious (garang) kot. huhu. kalau ada apa2 hal cakap kat mak nanti dia yg sampaikan dkt ayah. hehe

      Delete
    3. maybe jugak. karakter ayah yang perlu jadi tegas, serius or garang or pendiam buat ada gap antara anak dengan ayah. after all, we know how much our father loves us and no one can ever replace that kind of love :)

      Delete
    4. "no one can ever replace" both of them, mak ayah kita. semoga yg masih ada dipanjangkan usia dan berbahgia selalu dan kpd yg telah pergi semoga damai disana. alfatihah

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance