Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 4 April 2017

Rumah bujang idaman

Dulu aku pernah cakap kat Mak, by 28 kalau aku tak kahwin lagi, jangan tanya apa dah. Bukan aku taknak kahwin dan aku tau there is no specific age stated anywhere to get married tapi cukuplah sampai umur tu je kita fikir soal tu. (Macam la sebelum ni kau fikir sangat 😔) Ada, ada, takde pun takpe. Bukan aku yang kawal takdir. Banyak lagi benda lain yang boleh difokuskan. 

Contohnya memiliki sebuah rumah. Aku selalu fikirkan konsep rumah aku macam aku akan duduk sorang dalam rumah tu. 

Aku idamkan sebuah rumah di atas satu lot tanah yang kelilingnya ada ruang untuk aku bina kolam renang haha. Sungguh tinggi cita-cita. Ada juga ruang kalau nak tanam jasad aku di kemudian hari. Siapa nak tumpang tanamkan diri di tanah aku lepas aku mati, silakan. Kalau aku masih hidup jangan harap ye. Haha

Aku nak rumah aku hanya ada 2 bilik. Kalau boleh satu bilik je. Tapi nanti kalau Mak Ayah nak datang nak tidur mana ye dak? Eh lupa pulak nak bagitau nama rumah aku. Namanya; Tetamu Tak Diundang. Hahahahaha. 

Aku taknak ruang tamu yang besar sebab aku nak letak sofa, meja makan untuk 4 orang, bean bag dan home theater je. Boleh pasang lagu sambil mengemop rumah di hujung minggu. TV takde.  

Dapur pun tak perlu besar. Hidup sorang kau ingat aku rajin nak memasak? Bahagian laundry aku nak half berkaca. Supaya sinar mentari bisa menembus ke dalam so aku tak payah keluar rumah nak sidai baju. Kalau ribut pun aku tak gelisah di pejabat mengenangkan nasib baju-baju aku. 

Part paling penting bilik aku. Bilik aku mestilah besar. Ada ruang meja study. Tak lupa juga TV 52" yang digantungkan di dinding. Ada satu ruang untuk letak treadmill dan kerusi urut Ogawa. Dalam bilik air mesti ada bath tub. 

Seronok rupanya berangan ni. Benda percuma memang seronok. Haha. 

Kalau dah wujud rumah tu tetiba pulak ada jodoh makanya aku terpaksa la besarkan rumah dan tiadalah ruang untuk korang tumpang kubur sebab anak aku nak buat tempat main bola. Hahaha

14 comments:

  1. Hahaha simple je entry ni tapi aku gelak dekat tiga kali. Nice la nad

    ReplyDelete
  2. syok kn berangan, hahaha.. angan2 tu utk terapi minda kita tkpa just teruskn berangan. #anganla yg impossible skit, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha syokk. eh selalu jugak berangan yang impossible cuma tak diluahkan di sini. nanti orang kata saya gila pulak haha

      Delete
  3. haha! nasib baik fikir jugak kahwin utk part last tu...memang seronok berangan ni, memang percumaaa, IQ nak berangan pergi travel la camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. mana tau angan2 akan jadi kenyataan, ameennn

      Delete
  4. faham sangat. sekarang saya baru berangan 'bilik sendiri' je. belum ruma ag. xmampu.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah sama la. saya bilik pun tak mampu, ni kan rumah. tapi bedal je berangan haha

      Delete
    2. But I xberangan je aa. like seriously list apa nak beli nak buat terus. and now in the making process to blik idaman :'D KOPAK duit gajiku

      Delete
    3. oh tu memang bukan berangan la nama dia. tu impian. haha. tkpe sekali sekala berabis puaskan diri sendiri. kalau x buat apa kerja susah-susah hahaha

      Delete
  5. sy rasa benda ni sgt sesuai utk ditambah dalam rumah bujang idaman.. https://image.ibb.co/jcNpJ5/1042017.jpg
    :p

    ReplyDelete
  6. kelakar saya baca entry awak ni.. berangan dengan percuma memang menggembirakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. tu je yang mmpu pun. berangan haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance