Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 14 April 2017

Perginya seekor Asus

Seperti yang kalian sedia maklum, Asus aku dalam keadaan nazak. Atas dasar kasih sayang sesama manusia dan laptop, aku hantar dia untuk di repair. Tetapi aku pesan pada vendor kalau kos repair dia tak berbaloi, janganlah repair, aku akan semadikan dia dengan aman. Mungkin dah tiba masanya untuk dia berehat, selamanya. 

Seminggu lepas hantar vendor maklumkan dari firasat dia ada masalah dengan power connection. Kos RM280. Aku pun fikir seminit dan suruh dia proceed. Terus hati aku berbunga-bunga, tak sabar nak disatukan balik dengan Asus aku yang satu itu. Dengan penuh sabar aku tunggu dia pulang ke pangkuan aku.

Kelmarin tanpa disangka-sangka aku dikejutkan dengan perkhabaran yang Asus aku tak boleh diselamatkan sebab bila vendor bukak terlampau banyak problem; cancer, sakit jantung, hempedu pecah, buah pinggang bengkak, hati senget. 

Hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah kau pergi~~~~

Aku down gila. Sedih. Aku tak tahu macam mana perasaan aku bila terima jasad dia nanti. Dikhabarkan akan sampai ke pangkuan aku minggu depan, siap mandi, siap kafan. Haha. Tapi bab sedih tu aku serius weh. Aku tak sangka seekor laptop boleh bagi impak macam tu kat aku. Kalau manusia? 

Betul lah, manusia berubah, dulu manusia tinggalkan aku pun aku chill jo. Chill bro, chill. Sekarang laptop mati pun buat aku tersentak sanubari. Mungkin sebab aku dah diberi pengharapan yang dia akan sihat seperti sedia kala. Expectation hurts. Atau mungkin dia tak pernah menyakitkan hati macam mana manusia buat pada aku? Bla kau Beron, macam kau tak pernah sakitkan hati orang haha.

Oleh yang demikian, aku dengan berat hati nak cari pengganti. Boleh suggest kan aku laptop mana yang sesuai untuk kegunaan ringan; just nak mintak tolong buat kerja-kerja rumah, sapu sawang, memasak. Haha. Tak, tak, just yang boleh buat tengok movie santai-santai di tepi pantai.

Kalau boleh nak yang boleh jadi tablet (touch screen). Gitu tetiba banyak songeh.


6 comments:

  1. Kau nak 'table' ke laptop ni. Ke laptop yg blh tranform jadi meja? Hahahahha

    Oops. Ehem.. Aku bersimpati. Takziah Nad, huhu. Aku oun xtau hidup aku mcmna kalau kehilangan Acer yg berumur 10 (macam 80 tahun umo manusia) 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha typo weh. tablet tablet. tapi aku dah ushar banyak 10'. aku nak 14'. demand lagi haha

      thankyou Zy. sobss. harap acer kau panjang umur dan kau tak perlu lalui apa yang aku lalui.

      Delete
  2. akhirnya asus pergi tak kembali hahaha! eh tergelak plak. sy dedicate video ni utk asus: https://youtu.be/q_bq5mStroM

    utk suggestion, boleh tgk model ni: acer online store. harga dia berbaloi utk spec dia bg. full hd screen, 4gb ram, dan yg paling untung dpt ssd hard drive! laju woi haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cait gelakkk. video tu rasa nak menghilangkan sedikit duka tapi rasa nak lempang sebab exaggerated haha

      thankyou for suggestion. in technology, i believe ur judgement hehe

      Delete
    2. tu feeling, bukan exaggerated. 😝
      don't lempang me!

      you're welcome. goodluck kepada laptop2 baru yg bakal jd mangsa nadia ini hahaha.

      Delete
    3. yela, feeling yang exaggerated haha serius rasa nak lempang hahaha.

      doakan kesejahteraan mereka haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance