Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 21 April 2017

Nadzirah's Convo Day

Selasa lepas aku pergi Shah Alam nak attend convo adik perempuan aku. She graduated in Occupational Therapist, jangan tanya aku tu menatang apa. Yang aku tau it is a kind of therapy haha.

Kitorang gerak pagi Selasa. Aku banyak drive sebab Ayah demam. Sian Ayah, time aku konvo dulu pun dia demam. 

Kitorang sewa kat Lawang Suite Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Studio Apartment boleh muat 4 orang. Sumpah selesa apartment dia, cukup kelengkapan dan cozy. Bawah tu berlambak kedai makan so no worries, very convenient . Nadia bagi 4 bintang *angkat tangan tinggi-tinggi tunjuk 4 jari*

Malam tu kitorang pergi makan nasi Arab dekat Aroma Hijrah area TTDI, kot. Haha. Sedap banget nasi Arab dia, seriously boleh try. Dia dah alter sikit jadi kan nasi tu sesuwei dengan tekak Melayu.

Esoknya pagi lepas Subuh aku hantar parents aku dengan adik ke UiTM Shah Alam. Jam hazabedah nak mampus dekat Seksyen 7. Rindu UiTM. Rindu zaman jahiliyah time buat foundation kat sana. Zaman keluar malam balik Subuh, zaman berjimba tak fikir apa-apa. Haishh memories. 

Lepas hantar tu aku balik apartment, siap-siap nak keluar dengan Atiqah. My best friend during foundation time and of course till now. Aku tak pernah buang kawan, kawan je ada buang aku. Sobs. Haha. 

Kejap je jumpa dia, tak puas sembang sebab adik aku punya convo dah nak selesai, Mak suruh datang nak bergambar and Ayah nak panadol. Maka aku pergi la UiTM balik and pusing 2x tak jumpa parking rasa nak mengamuk. Aku park agak jauh dan gigih jalan tengah-tengah panas rembang tu. 

Dah la tak jumpa Mak aku kat mana di celah ribuan manusia tu. Rupanya Mak tunggu kat blok lain, aku pergi blok lain yang kena memanjat tangga pulak tu. Nasib baik aku steady haha.

Dah jumpa Mak aku, tunggu adik aku bergambar dengan kawan-kawan dia pulak. Lepas tu kitorang bergambar kat studio. Maka selesailah upacara itu lepas adik aku pergi pulangkan jubah lalu menapak la kami ke kereta.

Sebelum balik singgah makan nasi kukus dekat Restoran RZ, seksyen 7. Sedap boh nasi kukus dia, ayam dia, sambal belacan dia, yang paling penting timun rangup. 

Lepas tu aku drive sampai Ipoh balik rumah sewa then Ayah drive balik sampai Kuale. 

Kenapa aku tak suka convocation day?
1) Panas
2) Ramai orang
3) Serabut
4) Menunggu
5) Aku tak nampak perlunya konvo itu
6) Bunga, bear, chocolate mahal nak mampus. Plus, I dont like them. 

Mak aku belikan bunga dan choc untuk adik aku. Ferrero Rocher jatuh RM5 sebijik. Gila. Time aku dulu memang aku cakap dekat Mak, tak payah belikan apa-apa. Aku taknak. Aku tak suka benda yang bagi aku membazir dan sia-sia. Chocolate tu beli kat luar boleh dapat banyak dengan amaun yang sama. Bunga adalah sia-sia sebab aku tak tahu nak buat apa dan aku manusia yang ada sentimental value yang sangat rendah. Haha.

Time aku didaftar rai sebagai peguam dekat Mahkamah Tinggi Taiping, boss aku bagi sebesar pemeluk bunga ros. Aku tak tahu berapa ratus dia habis tapi aku guna untuk bergambar dalam 10minit dan kemudian aku letak dalam bilik jauh-jauh sebab aku tak suka bau dia. Lama-lama dia kering. Dan kemudian? Ha kemudian apa? Macam sia-sia kan? Tapi aku hargai. Cuma kalau ditanya nak bunga ke robot, aku akan jawab robot.

Bye.


8 comments:

  1. Mahalnya harga ferrero rocher .. Tahniah utk adik.
    eh.. muka lain eh adik beradik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you.

      Aah. Dia anak angkat hahaha. Tak la, dia ikut paternal side while me ikut maternal side. Hehe

      Delete
  2. ohh. baru tau Nad lawyer .
    ceritalaa pengalaman jadi lawyer? haha. xnak xpe. faham sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak praktis sekarang, masuk government hehe.
      kalau pengalaman chambering byk la, boleh baca kat tag ada chambering hehe

      Delete
  3. at least robot boleh ko arah. bunga terkulai mati sesia. aku dulu dapat munge, bukannya fresh. yang kering. so, bolehlah simpan ye dakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kann. kalau kering pun aku tak simpan sebab last2 tahu akan berhabuk jugak haha

      Delete
  4. IQ pernah jual bunga teddy bear masa convo and serisuly mmg knon nak untung, harga naik, tapi dlu tak sma macam sekarang, sekarang marketing melampau2..huhu..

    nadia dgn adik mmg nampak lain, baca komen di atas memang ternyata ada je adik beradik kita yang muka lain2 sbb mak ayh muka xsama, kalau sama tu kembar la plak jadinya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak berapa laku ke camne?

      hehe aah lain. tapi ada je yang cakap muka kitorang lebih kurang tapi ramai lagi yg kata tak sama hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance