Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 27 April 2017

Cabaran hidup bila dah 27 tahun atas dunia

Aku rasa aku manusia yang takde passion. Aku manusia yang plain. Even tanya apa makanan kegemaran pun aku terpinga-pinga nak jawab. Apa aku suka eh? Aku macam makan semua benda je. Aku suka semua makanan pedas + masam macam tomyam kot. Tapi takde tomyam pun aku boleh je makan benda lain.

Ada setengah perempuan minat memasak. Aku? Tak. Aku masak bila aku lapar je and berkeinginan nak makan something. Aku masih takde desire saja suka-suka nak masak untuk orang. Aku masak sebab tanggungjawab ke atas perut bukan minat. *aku orang yang bertanggungjawab la kan? Haha

Ada setengah perempuan minat mengemas. Aku? Tak. Aku mengemas sebab aku tak suka tengok benda tak teratur and tak bersih. Aku mengemas sebab kena kemas bukan sebab minat. Bila dah kemas dan teratur semua benda memang merupakan satu kepuasan yakmat sangat. Semangat mengemas tu ada but still benda tu memenatkan bukan menggembirakan. 

Ada setengah perempuan suka menghias (hiasan dalaman). So far aku suka tengok je sebab taste aku memerlukan modal yang tinggi so berangan je lah dulu. Haha.

Kekadang aku rasa hidup aku terlampau plain dan rutin. Kekadang aku layan je, kekadang ada jugak rasa bosan tu. Rasa nak explore dunia, travel. Tapi takde duit so kena kerja. Bila dah ada duit, ada komitmen yang perlukan perhatian aku pulak.

Sekarang aku sangat eager nak keluar dari comfort zone aku. Aku dah mula bosan dengan rutin sekarang, buat kerja yang sama. Aku memang manusia yang cepat bosan. 

Nak keluar dar comfort zone konon, kau nak ke mana? Apa yang kau nak sebenarnya? Aku tak tahu kehidupan apa yang aku impikan HAHA. Kekadang aku takut nak pasang impian. Kekadang aku fikir aku nak hidup bersendirian tapi lain masa aku fikir aku nak berteman. Kecelaruan betul.

Aku takut aku kena hidup dengan orang yang aku taknak hidup dengan dia. Aku takut aku tak dapat hidup dengan orang yang aku nak hidup dengan dia. Bangang, complicated betul ayat kau ni Beron. Kesimpulan perenggan ni, it's better to be alone rather than be with someone that I don't like. 

Tapi itulah, kita merancang, tapi rancangan Allah lebih baik. Yang kita rasa baik untuk kita, tak semestinya baik dan vice versa. Itu yang aku doa setiap hari, kurang-kurang 5x sehari. Aku akan doa apa yang aku nak, tapi akhirnya aku akan doa yang kalau benda tu tak baik untuk aku, jauhkanlah, tunjukkan aku hikmahnya, redhakan aku atas segalanya, bahagia kan aku atas jalan yang Allah dah plan untuk aku sebab sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tetapi aku tidak. 

I always hope for a better and exciting tomorrow.

24 comments:

  1. sebab kita manusia punyai banyak pilihan dan juga keinginan. hidup punya rutin tu bagus, cuma memang kadang2 nak keluar dari rutin tu kena tahu untuk sementara atau selamanya, selalunya nak avoid rutin tak boleh juga sebab manusia dah berumur macam kita memang komitmen kejor sampai dapat. so...hadaplah apa yang di hadapan mata dengan hati yang terbuka.

    perghhh, kemain ayat IQ kali ni, hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha padu komen IQ. betul la tu. rutin = commitment. sebenarnya nak lari dari komitmen agaknya kahkahkah. sejenis manusia nak enjoy. tapi kekadang memang kena lari dari rutin kan, untuk refreshment.

      Delete
  2. kalau dah bosan dengan Comfort zone, boleh lah cuba Softlan Relax. ada offer sekarang hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tumbuk karang

      as your suggestion, i alrwady bought acer spin5 woot woot. nanti saya review ;)

      Delete
    2. omgggg dah beli acer spin 5!! 😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱
      awat cepat sangat haha. best tak? kalau tak best, dont blame me 😑 hahaha

      Delete
    3. i need laptop asap. so far so good. ada la flaws sikit-sikit but overall its great. saya tak cerewet sgt pun bab laptop. janji boleh tengok movie haha. sound and screen dia superb. touch screen pun ok. just touch keypad susah sikit nak control sebab dia tak pisahkan left n right click. faham x? hahahaha

      Delete
  3. kekadang e'in pun tak tahu ape yang e'in nak sebenarnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha itu biasaaaa. macam takde arah tuju hidup kan? takpe, redah je hehe

      Delete
  4. Aku pun xtau aku sedang berada dlm comfort zone or not. Hidup aku mcm roh org berhutang yg tergantung, huhu mendalam tak?

    Sekrg ni masa makin cepat sampai rasa tak sempat nk break rutin yg bosan. Rasa cm nk pergi terjun laut batu feringfhi sorg2 tp kalau sorg2 nnt aku lemas aiapa nk bantu hahahahha *motif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak faham apa yang kau cuba maksudkan bab macam roh tu

      ye masa makin cepat tu tak dapat dinafikan. aku tak boleh brain next week is already freaking May! haha pakai life jacket!

      Delete
  5. mungkin sebab dah biasa hidup xperlu deal dengan orang yang xsuka kan? tapi percaya la.untuk kita dapat apa kita nak, kita mesti sabar dengan apa kita xsuka. InshaAllah.
    lg satu, jangan takut, berdoa dan serahkan pda Dia.. percaya pada Dia. sebab dia kan Maha Mengetahui.

    decide and percaya pada Allah, tuje. ketakutan akan diatasi sekelip mata pastu. heheee. pandai pulak nasihat org, tp itula ..harap dapat bantu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep maybe. orang sekeliling jarang jadi masalah sebab even dorang annoying, we cam always choose to ignore. it's not about others, it is about myself haha.

      yeahh betul. challenge your fear, Allah kan ada ;)

      Delete
  6. I mean me. pandai saya nasihat kamu.hahaha. tp diri sendiri pandai ke idok? harap2 sama2 la kita bersabar. bertabahla XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la. sama la. nasihat orang bukan main, kena kat diri sendiri jadi blur haha. yeahh sabar and tabah! this too shall pass

      Delete
  7. sama la kita..saya pon macam awa..masak sebab teringin dan lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kann. kalau tak, memang x la nak masak

      Delete
  8. carila kerja baru.

    jadi bini orang contohnya


    *** lari ***

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi cadangan yang best sikit lagi boleh? haha

      Delete
    2. Jadi mak orang :b

      Delete
    3. hmm tu la, kalau boleh skip jadi bini orang terus jadi mak kandung orang secara legal best jugakkk.

      Delete
    4. tak tau pasal legal2 ni. kite bukan lawyer :b

      Delete
    5. lerr benda tu tak payah lawyer pun boleh tau. common sense kot haha

      Delete
  9. Masa baca ni, terasa macam diri sendiri plak yang tulis..hahaha..

    Mungkin kena bercuti kot weyh, cari hobi ker? hahaha. aku pon taktau.. aku jenis cepat bosan gak.. tapi aku abehkan masa dengan tidor..kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Lee!! I miss ur existence here hahaha.

      haha susah kan cepat bosan. Cari hobi baru pun nanti bosan balik. Pergi bercuti pun sekejap2 je sebab money constraint hahaha. Kita follow the flow je lah lee *pasrah haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance