Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 7 March 2017

Travel SOKA-SOKA with TRAVELOKA

Aku cadang nak pergi Jogja lepas raya ni. Tiket pergi dah beli (16 Syawal woi kot la boleh merasa lemang Indonesia), tiket balik belum beli lagi.

Aku banyak la buat bacaan nak ke sana ni, kemahennn kau kalau nak berjalan dia punya study macam nak pergi interview PTD. 

Agak pening sebenarnya nak pergi tempat yang kita tak pernah pergi ni sebab tak dapat imagine suasana kat sana. Maksud aku dari hotel ke tempat pelancongan jauh ke tak? Nak pergi ke suatu tempat tu macam mana? Ada bas ke ada teksi roda 3 ke?

Dari pembacaan aku lokasi menarik dekat Jogja ni memang agak jauh dari satu tempat ke satu tempat, kena pandai plan kalau tak rugi masa and ramai suggest ambil supir. Waduh waduh bikin pusing. 

Aku kalau nak travel aku suka plan awal sikit untuk allocate duit. Aku ni orang non hadoo so bab kewangan kena thorough sikit lah. Contohnya bulan ni settle bab tiket balik, bulan depan settle duit hotel, bulan lagi satu kau jangan fikir berjimba je kau kena simpan duit untuk raya woi! Ha begitu.

So aku decide nak settle hotel dulu. Nak cari hotel pun pening sebenarnya, banyak sangat review ada yang negative ada yang positive. Mestilah ambil yang positive ye dak?

Aku google and terpergi ke web Traveloka. Aku tak pernah guna sebenarnya tapi tu lah nak kata rezeki Tuhan nak bagi kan, buka je laman web tu ada promosi 20% untuk hotel dan 10% untuk flight. Pucuk dicita ulam mendatang, ada pulak sambal mempelam sekali, bak mai 3 pinggan nasi. Boleh pulak tarikh booking start hari ni (07 Mac 2017) sampai 12 Mac 2017. Ini dinamakan jodoh, kalau tak grab kau bodoh hahaha.


Aku bukak kat laman web je sebab senang saujana mata memandang. Hat manusia yang asyik dengan handphone tu, Traveloka ni ada app juga, boleh donwload. Traveloka ni stand for what eh? Travel Soka Soka? Hahaha Sokahati kau jeee!

Yang senangnya Traveloka ni semua ada kat situ. Macam aku orang non hado ni cari hotel murah-murah je la, nak berdengkur je pun dalam bilik tu, bukan nak berpartayyy. So dia dah siap ada tab kau nak luxury ke yang budget ke yang paling banyak demand ke. Aku selalu bukak yang luxury dulu untuk tujuan berangan hahahaha.

Traveloka sekarang buat travel fair. Selalunya travel fair ni orang buat kat shopping mall kan? Hat Traveloka ni dia buat online je. Memang kena dengan moto hidup orang sekarang; baloq liat (pemalas). Kau tak payah nak cari parking kat tengahari rembang, just browse online. Klik sana, klik sini, settle, kau tinggal nak sediakan duit belanja je dan malam sebelum travel baru kena gelabah packing barang (ini aku)

Aku dapat rasakan travel fair ni gempak, superb and marvellous mamamiaaa sebab ada countdown. Benda ada countdown ni selalunya gempak dan mendebarkan. Ikutkan sifat kurang sabar aku ni nak je book guna promotion sedia ada, 20% pun banyak woi! Lepas munasabah diri suruh bersabar, terpaksa la aku tunggu Traveloka Sale-abration ni dengan penuh tawaduk dan istiqomah. Aku percaya orang yang sabar ni besar ganjarannya kehkehkeh. Marilah kita bersama-sama bersabar ye.



Aku tahu tahun ni ramai nak pergi melancong sebab banyak long weekend plus nak buktikan walaupun ekonomi agak menggerunkan, kita tetap steady dan angkuh pergi melancong, balik baru meraung makan maggi haha. 

Tak kira la melancong ke negeri sebelah ke negara sebelah ke negara jiran ke (definisi jiran: 44 negara sekitar), Traveloka boleh uruskan, korang just act like a boss yang kayo-kayo yang semua agent uruskan. Kalau korang forever alone pun jangan bersedih bertenanglah, Traveloka kasi settle kepiluan itu. Takde la sendu sangat nampak jalan sorang-sorang kat travel fair kan bila dah ada online travel fair ni. 

Kira jadikkkk, sediakan ongkosnya saja bukk. Ongkosnya pun enggak perlu tebal sebab Traveloka ni dah kawtim baik punya dengan hotel-hotel negara yang orang Malaysia selalu pergi contohnya Thailand, Vietnam, Indonesia. Memahami sungguh. Flight pun dorang dah siap-siap senaraikan ikut harga so ikut korang la nak pilih hat mana. 

*aku terbaca kalau booking guna apps dapat lagi murah. Sat nak pi download app jap. Kbye.

6 comments:

  1. perghh, bestnye nak pergi jogja, teringin nak melancong tapi kena sabar dulu, bagi anak besar sket, baru best nak jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe inshaAllah. betul tu, bagi dia mumayiz baru rasa macam travel dengan kawan2 hehe

      Delete
  2. uuuu, dah ushar pi melancong..! Syiok..!

    Aku dah lama tak pergi luar, passport pun mampuih sudah..huhu..

    Takpela, have fun..! Berjimba untuk aku sekali weyhhh..! >v<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe baru plan2 je.

      takpe Lee, ada rezeki nanti

      haha will do yeahhh!

      Delete
  3. bestnye! please do share. hehe . heih. tahun 2017 ni xde luck plak nak travel... kawan ajak g australia. I said no thanks, duit tu boleh pakai beli econd baru haha.
    then kawan ajak g jogja. I said no thanks again, sakit kaki ler nak panjat gunung tu.hadeih.
    belum de rezeki nak travel laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe inshaAllah.
      takde rezeki travel, ada la rezeki lain tu :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance