Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 17 March 2017

Terengganung & Kelate

Sabtu lepas aku dengan family pergi Terengganu, ingat nak pergi masuk meminang Mat Dan tapi hari yang sama dia nikah. Ciss, pelamin anganku musnah kakaka.

Kitorang gerak dari Kuala Kangsar 4.30 pagi sampai Kuala Terengganu 2.30 petang!! 10 jam weh 10 jam! Whatdehel. 3 jam berhenti solat, makan dengan lepak tepi Pantai Penarek. Dari Kelantan nak ke Terengganu kitorang lalu jalan persisiran pantai. Pantai dekat Terengganu memang superb keindahan dia, hilang rasa penat travel 10 jam. Tobat lahum aku taknak pergi Terengganu untuk saja-saja berjalan.

Pantai Penarek. Memang menarek perhatian kan? Tu aku tanya pasal aku tau bukan pantai HAHA gurau, gurau.
Bagi aku Terengganu takde apa sangat, mungkin faktor kepenatan jugak buat aku rasa exhausted nak explore Terengganu. Kitorang pergi cari keropok lekor je petang Sabtu tu. Ada singgah makan binatang-binatang yang bersalut tepung tu tapi mungkin bukan luck kitorang, kedai kitorang singgah tak sedap, pemandangan je indah. 

Petang singgah Masjid Kristal, memang cantik masjid tu, pergi tangkap gambar je pun. Then pergi Pantai Batu Burok, air laut dia ganas gila, sekali tarik boleh mati oo. Patutlah owner homestay kitorang kata jangan mandi kat sana, kalau boleh celup kaki pun jangan sebab selalunya kalau pergi 10 orang balik tak cukup. 

Masjid Kristal
Ada singgah keropok lekor yang viral kat FB (menurut adik aku) dekat area Seberang Takir, tapi tak la sedap mana, sebab ada cheese je kot popular (?) Kenapa orang Terengganu goreng keropok lekor macam rebus je? Iolss suka garing-garing. So beli sendiri goreng sendiri dekat rumah. Memang terbaik keropok lekor Terengganu. Sedapnyaaa. Laparnya.

Pagi Ahad pergi Pasar Payang. Terengganu memang popular dengan songket yang harga boleh buat tercekik, so just cuci-cuci mata je. Aku beli keropok keping untuk souvenir orang office. Then gerak ke Kota Bharu. 

Sebelum sampai KB singgah Tok Bali beli keropok (tak habis-habis beli keropok). Sebab tak tahu jalan kitorang waze nak ke KB dia bagi lalu jalan kampung satu lorong tembus kat rumah arwah Tok Guru Nik Aziz (al-Fatihah). We enjoyed the scenery, pemandangan kampung kat Kelantan memang masih ada ciri-ciri kekampungan.

Sampai KB makan nasi kukus depan Public Bank KB. Sodappp. Malam tu pergi Wakaf Che Yeh saja pusing-pusing. Saja pusing-pusing aku sempat la rembat 8 tudung 1 jubah. Kakaka. Aku beli tudung bawal kosong RM7 je, and bawal Saudia RM10. Bawal Saudia tu kalau online RM20 kot tak termasuk postage, crazy!

Pagi esoknya lepas breakfast Nasi Kerabu dengan Nasi Dagang (time kat Terengganu tak pulak cari Nasi Dagang! Ngeng! Haha) kitorang pergi Pasar Khadijah cari baju raya. Kedai ketiga berhenti aku terus suruh Mak ambil je apa yang ada kat kedai tu sebab aku dah malas nak explore and semua kedai sama je konsep kainnya. Why waste time? Sempat aku rembat extra sepasang kain nak buat pakai kerja. Kriteria baju aku cari jangan ada batu. Seksa nak gosok. Jenis aku ni biar tak nampak glamour janji tak menyusahkan aku. Haha. Lagi satu aku elak cari baju jarang sebab malas pakai inner, tak pakai karang kata belanja pulak, nanti ada orang marah pulak. Kahhhh. 

Lepas tu singgah Aeon KB nak pergi butik Tucz. Butik tu takde kat Perak and pattern baju dia cantik-cantik. Aku beli satu je blouse yang lain tak berapa nak minat. Makin tua ni nafsu shopping makin berkurangan kot. Alhamdulillah atas perubahan itu Nadia.

On the way balik singgah Rantau Panjang. Ya Allah panas gila kat sana, kitorang berlegar dalam bangunan je, kedai-kedai tepi jalan tak singgah langsung sebab panas yakmat boleh kena cancer kulit. Aku beli seluar slack 2 and legging buat tidur 2. Seluar slack tu dah la sedap pakai, RM35 je sehelai. Legging RM12 sehelai. Syok oo tidur pakai legging sebab rasa tak pakai apa HAHAHA. Tapi boleh pakai legging time kat rumah sewa je lah, tapi kekadang aku taram jugak pakai kat rumah Kuale boleh buat alasan tak boleh pergi angkat kain sebab seluar ketat. Nampak tak permainan aku? HAHA.

Sampai rumah lepas Isya' jugak la sebab berhenti makan and solat bagai. Aku drive 1/3 perjalanan, yang lain Ayah drive. Balik memasing demam sebab jalan jauh and cuaca panas. Aku tak demam, aku power kahkakah. 

9 comments:

  1. perubahan cuaca, IQ balik terengganu hari tu pun lepas tu demam semuanya, panas sangat belah sana. huhu

    tranung, bukan terengganung, haha! tranung memang tak ada sangat, selain keropok lekornya, keropok lekor terbaik dekat marang, keropok 008, yang tu memang sedap giler!

    seronok benau shopping, banyak jugak shopping tu, mana ada keinginan shopping tu berkurang...haha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. panasss kannnnn

      hahahha salah la ni? hehe nasib baik ada orang Tranung betulkan haha.. la yeke? lahai lupa nak tanya IQ sebelum pergi. padahal lalu je Marang tu. rugi rugi.

      Hahaha kalau ikut nafsu lama lagi banyak dari itu shopping nya haha

      Delete
  2. Aku dah lama tak balik Terengganu ni whoi.. Homesick gila dah ni. Kalau bab tempat mandi, memang dengar je la kata orang area tu. Kebanyakan kes lemas kat Terengganu ni melibatkan orang luar yang tak biasa dengan pantai terengganu. Pantai di Terengganu, Kelantan dan Pahang (Pantai timur la senang cite) landai tapi tiba-tiba menjunam dalam. Dengan ombak ganas yang tiba-tiba datang tak kira cerah ke gelap.
    Kalau aku ada time ko pegi terengganu ritu memang aku bawak pegi kedai faveret family aku. Harga OK, fresh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kampung mung tranung ke? hehe. Balik la, find time. oh yeke, tapi tengok ombak dia pun dah cukup menggerunkan.
      kedai favorite tu kedai makan nasi ke keropok lekor ke? Ramai rupanya orang sana, kalau tau aku survey dulu. Ni ikut viral orang bukan best pun, tak faham kenapa boleh viral. heh

      Delete
  3. Nadia, buai tu ada ruang untuk sorang lagi duduk tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buai tu takde macam mana pula dengan hati awak? ada ruang kosong lagi?

      Delete
    2. Banyak la jugak lagi lot yang kosong. Tapi tak de niat nak jual ke pajak lagi ke buat masa ni haha.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance