Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 24 March 2017

Sembang sorang-sorang #27

Hari tu lepas beriadah aku pergi beli barang sikit. Aku pergi Ipoh Parade dengan tak mandinya, pedulikkk haha. Time aku nak masuk entrance tetiba pintu automatik tu taknak bukak. Woi hellooooo! Ni ada manusia jelita depan ni biadap ye taknak bukak. Aku dah buat tarian sotong bagai pun dia taknak bukak. Rude! Terpaksa lalu jalan jauh.

Teringat cerita time kat UUM. UUM bilik air dia lampu auto detect (U kau ado?Haha cari gaduh) , maksudnya ada haba orang baru lampu dia on. Tu pun selalu datangkan masalah dekat aku. Bayangkan kelas malam dah la sejuk, asyik nak terkencing je, masuk-masuk bilik air, lampu taknak bukak. Melompat karang berterabur pulak, so aku pun terpaksa merayu kat dia 'Pweasee on pweasee, nanti kita tak nampak lubang jamban terkencing dalam sinki'. Lepas tu baru on. Biadap.

Okay enough with throwback. Lepas tu aku naik travelator, sekali aku terlangkah dekat yang tengah turun, aku dalam keadaan tak bersedia nasib baik tak tersadung, nasib baik aku hebat haha.

Sebenarnya aku pergi sana sebab teringin ramen samyang tu. So aku beli yang cup, 5 cups terus aku beli ha puas hati. Lepas tu cari biskut sikit, beli biskut Jacob's, kalau nama Bahasa Arab dia biskut Yaacob's nak letak kat office and rumah sewa back up dikala kebuluran. 

Lepas tu cari Chia Seeds. Mahal oi Chia Seeds, 400g RM60. Tapi takpelah. Kalau tak nak habiskan duit buat apa kerja ye dak? Hahaha. Tengah takde komitmen ni la boleh spend banyak sikit untuk diri sendiri kan? Nanti dah ada anak. Hmm nanti dah ada anak. Hmm eh nanti dah ada anak, laki aku la tanggung, apa aku pulak! Hahahaha gurau gurau. Hidup zaman sekarang semua kena kongsi. Perbelanjaan, makanan, kasih sayang, suami, masalah.

Balik rumah aku kemas barang and jerang air. Aku bancuh air garam sambil tu rendam ramen. Dah siap ramen aku rendam kaki dalam air garam sambil makan ramen. Hahaha. Lepas tu mandi, gosok baju, tidur. Bahagia betul hidup. Bila la aku mati agaknya? *tetiba 

8 comments:

  1. huhu, bahagia betul jalan sorang2. ambik masa terluang, kalau dah ada laki, berkepit dengan laki je kan? haha! =P

    chia seed ni utk ape sebenarnye nadia? noob ni, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. semua nasihat macam tuuuu.

      dia macam supplement. macam biji selasih lebih kurang and banyak kebaikan dia untuk kesihatan badan. tapi sedikit mengantuk makan hahaha

      Delete
  2. Wuissh insaf terus baca padt akhir.

    Asal tetiba rendam kaki dlm air garam. Pelik2 la kau ni. Haha..

    Yg lampu auto tu kat tandas tempat office aku pun sama ada gak. Kadang2 kalau aku buang air besar lama sgt dia p tutup lampu sendiri. Spoil woo..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Alhamdulillah aku menyedarkan tanpa sedar :P

      ha dah tau kan kenapa

      hahahah tu spoil. kalau malam mau berterabur hahahahhaha

      Delete
  3. Wow seriously lampu auto detect kat toilet U ek? Modern betul.
    Mee ramen tu aku rekod tak pernah rasa lagi. Yang pedas ke yang cheese ke walaupun selalu tengok orang makan sedap tapi sampai sekarang tak dapat nak rasa lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan. aku pun rasa modern utk U yang terperuk itu haha
      aku yang cheese tak pernah rasa tapi yang pedas tu aku addicted oh haha

      Delete
  4. Apa khabar lah chia seed ku? Dah lama tak guna, duduk dalam beg asyik lah lupa hum. Btw hey! kita UUM juga. Sep sikitttttt. Hall mana yang lampu auto tu? Zaman aku rasa takde lagi hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha chia seed yang dah dibuka tak silap elok dihabiskan dalam tempoh 2 bulan.
      dekat COB kak. kitorang tumpang hall COB utk kelas malam. hehe. Sepppp

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance