Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 23 March 2017

Kenduri kahwin Faiz & Huda

Ahad lepas cousin aku kahwin dekat Pengkalan Hulu. Adik beradik Ayah 3 orang tak dapat datang atas sebab yang tak dapat dielakkan. So yang lagi 9 tu cukuplah ada. Kenduri side laki memang simple je, pelamin apa ke takde, just makan-makan. Tu pun pakcik aku (Abah) jemput 1000 orang. Mak aihhh.

Kenduri macam biasa. Aku orang pertama cedok laksa lepas tu makan nasi lepas tu melepak dengan sanak saudara lepas tu aku cranky sebab mengantuk. Hahaha. Aku tak suka lama-lama untuk apa-apa majlis keramaian. Rimas. Ramai orang dan cuaca pun macam cari gaduh.

Kitorang ada sewa homestay untuk half day, senang nak solat bagai. So aku ajak lah mereka ke homestay. Sampai je dekat rumah tuan homestay tu berlaku sedikit kekeliruan. Abah kata dia dah booking tapi homestay tu ada orang lain masih menginap.

So takpelah kitorang pun takdelah nak gaduh sebab boleh je sebenarnya solat kat masjid cuma aku sedikit kecewa sebab aku nak tidur hahaha. 

Tetiba ada sorang laki turun panggil PakTeh aku datang balik dekat dia. Tetiba dia marah ''Saya menantu tuan rumah, saya orang Kelantan, ni kenapa tetiba nak marah-marah ni?"

Terkebil-kebil PakTeh sebab kitorang langsung tak tinggi suara, kitorang just cakap 'Oh takpelah kalau ada orang, kitorang balik la'

Tetiba anak kepada si penyangak tu turun cakap 'Eh ayah, salah faham ni, mana ada orang tu (PakTeh aku) marah-marah. Maaf ye cik' Anak dia yang mintak maaf.

Eh panas lah hati kami semua. Kami amat protective bila ada orang buat family kami tanpa sebab musabab ni. Yang aku pelik tetiba laki tu meroyan kenapa? Lagi aku pelik kenapa dia mention dia orang Kelantan? Orang Kelantan badang ke apa? Hebat sangat ke? Nak kata orang Kelantan jenis panas baran tak pun, aku ramai kenal orang Kelantan kot and selalu pergi sana, okay je perangai dorang.

Sampai rumah Abah semua adik beradik ayah kerumun PakTeh suruh cerita balik apa jadi. Semua pun bengang. Aku tengok dari jauh je sambil dalam hati memuji 'Alahai comelnya dah tua-tua pun protective gitu sekali'. Tapi kitorang tak la menyerang balik, itu bukan kitorang. Tetiba nak anak 12 yang harmoni macam adik beradik Ayah. Okay Nadia, boleh Nadia! Berusaha! Aja aja fighting! Hahaha.

Sebab ngantuk sangat aku pun lupakan cerita tu, cari sudut tersorok sikit (belakang makcik-makcik aku yang tengah kecoh), aku tarik bantal dan aku tidur dekat ruang tamu haha.

On the way balik Ayah still menyuarakan rasa tak puas hati dia pasal kes PakTeh tu. Aku pun tak puas hati sebenarnya. Aku tak faham lah kenapa ada wujud manusia macam tu? Tetiba nak memarah orang tanpa usul periksa. Dah takde nur dalam jiwa ke apa? Even kalau ada salah faham pun, cubalah approach cara baik, tak salah kan? Amende lah entahnya pun. Gila.

Lalu kitorang singgah kedai makan beli somtam lalu terus melupakan persengketaan tersebut. Food is the best remedy after all. Haha.   

Dah la jangan la tetiba nak meroyan, meh layan gambar aku kot boleh sejukkan hati kome haha

Cousins. Eh satu dah la, upload bebanyak nanti korang jatuh cinta susah pulak aku nak tepis hahahaha. Tak tahu kenapa lupa langsung nak tangkap gambar dengan pengantin haha.

2 comments:

  1. pengkalan hulu tu kedah, kenapa masuk kawasan orang buat macam kawasan sendiri? haha\! entah hape hape punya perangai la

    ikutkn IQ ada kenduri di kedah juga hujung minggu ni, belah ayah mertua IQ, tapi nampak gaya melanguk depan tv aje ler, dorang dah pergi awal2 daaa..huhu...ayah mertua IQ orang perak, 11 orang adik beradik, haha, lebih kurang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengkalah hulu masih jajahan Perak IQ, tapi dah sempadan Kedah hehe. Kan! Memang entah pape. eee geram je bila ingat balik

      orang perak memang ramai anak kot hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance