Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 13 February 2017

Team Building @ PUSKEP Lenggong

Jumaat sampai Ahad lepas aku pergi teambuilding anjuran office. Mengorbankan weekend aku dengan teambuilding is worth it. Setahun sekali ye dok? Bukan tiap minggu. PUSKEP ni betul-betul sebelah MRSM Lenggong (jalan masuk) and location betul-betul belakang rumah staffs MRSM.

Time nak masuk akan lalu petting zoo, dalam tu ada ostrich, rusa, pelanduk, landak, ayam, burung. Amboi dulu time aku sekolah sana takde apa pun, yang ada hanyalah jebon haha. Mengimbau kenangan betul, rindunya zaman-zaman nakal dengan kekawan sambil bersama membentuk masa depan yang jitu dan unggul. Ke? Hahaha.

Hari Jumaat sampai dekat pukul 6 and diberikan briefing. Malam kitorang bincang pasal sasaran kerja tahun 2017, just the formal activity. Then balik tidur haha. Kitorang dapat tidur dalam dorm fasi sebab kitorang sikit je and thanks God dorm tu ber aircond and bilik air dalam bilik. Kalau dorm peserta kena mandi air kolah. Nama pun kem kan? Kau nak selesa pergi tidur hotel la haha.

Hari Sabtu lah bermula segalanya.

Pagi di PUSKEP. Serene. Ni sebelah dorm kitorang

Water confident
Pagi Sabtu acara kitorang berkayak. Sebelum berkayak start dengan water confident sebab nak biasakan peserta dengan air. Aku tak pandai berenang and Alhamdulillah aku tak takut air. In fact I love water. So takde masalah nak buat water confident, memang confident habis. I dont have trust issue with life jacket haha. Dah la aku lupa bawak kasut plastik, bawak satu je kasut sukan, basah habis kasut aku :(

Berkayak
Then kami berkayak. Sebelum tu instructor bagi briefing macam mana nak kemudi kayak and control paddle. Kitorang kayak dalam 2km je. Seksa wehhh! Sakit segala urat tangan aku. Naik berdua-dua. Aku duduk depan. Aku bab nak beza kiri kanan ni slow sikit so kalau orang bagi arahan kiri ke kanan ke aku teragak-agak sebab nak ambil masa nak recognise dulu mana kiri mana kanan haha. Staff belakang aku cakap takpe biar dia dayung, dia suruh aku rest. Haha mana bolehh. Tak aci la. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Begitu. Sampai balik base dalam pukul 12 tengahari. Kayak aint my thing.



Flying fox
Lepas lunch kitorang main flying fox pulak. Bagi aku aktiviti ni biasa je sebab aku pernah naik lagi tinggi and lagi jauh jaraknya. Yang ni aku bisik pun point akhir boleh dengar haha (note: bisik aku sama dengan cakap orang normal). And Alhamdulillah, aku tak takut pada ketinggian horizontal. Ketinggian vertical mak cuak jugak lah haha. 

Cycling
Habis flying fox kitorang cycling dalam 13km. Lalu jalan-jalan kampung. Aku dah lama gila tak berbasikal. Enjoy rupanya berbasikal ni just lepas tu sakit tulang pangkal peha aku weh sebab seat basikal tu keras. Nak harap kusyen semulajadi pun tak boleh harap haha. On the way patah balik tetiba hujan lebat. Redah. Konsep hidup sekarang adalah redah. Tapi ada satu part betul-betul tepi Tasik Raban aku tak nampak apa, cuak pulak kalau tetiba ada dalam tasik haha. Sempat singgah makan laksa dengan ais jagung dekat RnR Tasik Raban tu (yang lama). Tebaik wok laksa and ais jagung dia. Singgah la kalau lalu, nama kedai Man Laksa. Betul-betul belah kanan dekat simpang masuk. Lepas kenyang cycling balik memang hazabedah weh. Rasa nak give up, rasa nak ikat basikal belakang bas. Jangalah makan kenyang time cycling, semput. 4km terakhir berganda penat dia. Dem. Apa-apa pun aku wanita terawal sampai *bangga* *rasa nak muntah ais jagung*



Malam tu siap semua flat gila. Gila kau pagi guna kudrat tangan, petang hayun kudrat kaki. Dah la badan bukan type athlete, habis satu badan sengal-sengal. Aku paling effect tangan la, sakit dia sampai rasa nak muntah. Kaki takde masalah mungkin sebab aku biasa jogging. Kot. Malam tu ada LDK, takde apa pun, santai-santai je.

Hari Ahad hari last ada satu aktiviti je sebelum wrap up and balik

Archery
Ni pun first time buat. Dengan sakit tangan semalam pun tak hilang lagi, kena memanah pulak. Menggeletar tangan aku nak tarik panah tu. 5 arrows, 2 je kena hahaha. Satu kena kat warna putih pulak tu, satu lagi kat biru. Tangan pengko, mata kero memang lah tu makan dia. Haha. Tapi enjoy la buat benda tu, rasa macam dah boleh pergi berperang dengan Aslan. Hahaha, Panahan 3 terakhir kot aku lupa nak adjust tangan aku yang bengkok ni, zuppp tali dia terkena tangan aku. Bajet hebat tak pakai guards (malas nak sarung sebenarnya haha). Perghhh mengelejat pedihnya. Tapi aku habiskan jugak anak panah. Lepas tu dah nampak simptoms nak bengkak and yes bengkak gila, warna ungu kemerah-merahan jadinya. Sedappppp, pegang sikit pun aku terjerit.

Gaya mesti padu kahkahkah. Sukan sunnah ni.

I had so much fun with my team. Semua boleh masuk kapla bergurau senda. Banyak lagi aktiviti kat PUSKEP ni; obstacles, paint ball, wall climbing, abseiling. Paint ball under maintannace kot, bulan 6 bukak balik. Ni pun dorang dah full weekdays and weekends sampai bulan 4.Yang tak bestnya bila balik badan dah penat kena basuh baju 3 hari punya stok. Hahaha. Nasib lah labuuuu.

6 comments:

  1. omg lamanya xmemanah. I used to be good at it. memanah, menembak, dart. pfft.. I have to do this this weekend gak xkire.haha rasa puas gila kalau dapat hit target

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. mesti kena je target kan? bull's eyes hehe. aah rasa puas walaupun yg kena tak la center mana hahahaha

      Delete
  2. achaner IQ boleh terlepas entry ni, dah la entry aktiviti outdoor, rindu kot aktiviti macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. best kan outdoor. nanti boleh berkecimpung balik IQ, Qa'id boleh join sekali

      Delete
  3. How to join this xtivity ya.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I joined under my office. But u can google PUSKEP Lenggong to get the details of the organiser. :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance