Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 7 February 2017

Pulau Langkawi

Jumaat lepas aku and family pergi Pulau Langkawi. Aku kena paksa pergi sebenarnya dengan Mak. Ikutkan aku malas pergi sebab aku tak suka pergi pulau untuk shopping. Langkawi nak island hopping pun bukan cantik sangat. Memang ikut mak mak ni tujuan utama adalah shopping. Nak kena naik ferry lagi, lepas tu beli barang tak ingat dunia nak mengangkut satu hal, nak kena sewa kereta bagai. Tak suka aku kerja-kerja macam ni haha. Dari sini kitorang bergerak 4 kereta. 

Hari Jumaat kitorang gerak pukul 5 pagi dari rumah then singgah RNR Bukit Gantang nak solat Subuh. Lepas tu singgah Perhentian Alor Pongsu makan bekal breakfast. Sampai jetty Kuala Perlis dalam pukul 11 naik ferry pukul 12. Sampai apartment Sri Lagenda terus tidur hahaha. Kitorang sewa 2 Avanza and 1 Axia. 

Lepas Asar pergi Pantai Chenang. Punya la ramai makhluk tuhan. Pergi sana bukan buat apa pun, bergambar je haha. Lepas tu balik la singgah makan dekat satu kedai Thai ni. Tak tahu nama apa tapi kedai tu kalau dari Cenang nak ke Kuah belah kiri berdepan dengan Petronas. Tak membantu kan explanation aku? OK takpe, abaikan haha. Makanan dia sedap dan murah. Malam esoknya pun kitorang makan kedai yang sama.


Cenang

Esoknya hari dimulakan dengan mandi wajib di swimming pool. Wajib mandi kat swimming pool, bagi aku la. Lepas tu mak mak bising baju basah, rumah basah hahaha. Then melawat Haji Ismail Group, siap tolong bukakkan pagar punya mak -mak ni semangat shopping. Untuk choc je aku habiskan RM270. Woi kau nak jadikan chocolate makanan ruji 2017 ke apa? Haha. Tu campur orang pesan sekali and beli sikit untuk souvenier office.

Then pergi Idaman Suri mak mak nak beli tuala periuk belanga sudip senduk aku ketuk baru tau. *yawn*. Lepas tu singgah kedai buat gamat yang ada gamat sebesar tangki lori minyak depan kedai tu. Tu kalau dapat gamat besar tu 7 keturunan tak payah sebok dah nak beli minyak gamat.

Lepas tu pergi kedai depan nak beli kain batik. Time ni aku dah merengek kat Che Man nak balik tidur. Che Man kata okay lepas ni kita balik tidur. Orang yang kuat shopping diharap tidak ajak aku sebab aku bukan manusia yang fun bab-bab ni. 

Sebelum balik kitorang singgah lunch dekat belakang hotel Bayview, Kuah. Not bad la masakan dia, boleh ditelan dengan bersungguh. Lepas makan aku dah terbayangkan katil, sekali Mak aku nak singgah Ismail Group cawangan kecik pulak. *throw tantrum*. Sampai rumah aku tak fikir apa dah terus tidur. Penat weh jalan panas-panas. Buat benda kita tak suka pulak tu. Tunggu la aku jadi mak nanti kot suka shopping benda-benda gitu.

Malam tu masing-masing termenung nak kemas beg, beranak pinak beg semua orang. Tu la lain kali bagi beg makan pil perancang. Okay tak lawak. Aku tengok pun pening, luggage dari 1 tetiba jadi 3. Wow magic. Haha.

Pagi-pagi esoknya pukul 10 naik ferry balik Kuala Perlis dengan bag berbondot-bondot nak masukkan dalam ferry. Nak keluarkan dari ferry pun bikin jam. Zzzzzzz. Satunya best pergi Langkawi lepas cuti umum orang tak ramai sangat, parking senang dapat and dekat dengan kompleks. 

Sekian laporan bercuti siri 1 tahun 2017. Bila nak pergi Langkawi lagi? Tunggu anak pertama aku mumayiz hahahaha. 

7 comments:

  1. kemain berjalan sakan kat Langkawi ya. akak baca pun rasa letih berjalan sana sini. Haha. Tapi akak dah lama nak gi Langkawi lagi. Nak borong coklat (peminat coklat). Last pegi macam dekat 10 tahun lepas kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan baru baca dah penat ape ntah lagi yg menanggung haha. oh kalau minat coklat dipersilakan pergi. memang heaven. saya yg x berapa minat choc ni pun berhabis banyak dekat choc sebab rambang mata haha.

      Delete
  2. bestnye pergi langkawi, IQ last pergi masa tingkatan 5 yaww~ bulan 3 ni nak pergi kedah, plan asal kalau ada fulus lebih pergi langkawi tapi update terkini mengatakan plan ke langkawi batal...alaaaahhh..

    mood nak shopping ala2 mak ni xkesampaian...haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takpe inshaAllah ada rezeki lain kali. kalau IQ jenis suka choc, pinggan mangkok periuk belanga, silalah pergi sana hehe. tapi kena bawak bodyguard angkut barang hehe

      Delete
  3. Langkawi.. Bila la nk pegi lagi. Panas tak hengat tempat-tempat pulau ni.. tu yg berat je nk merancang. Kalau ingat bab coklat tu aih rasa nk pegi sat singgah beli bekalan di hari tua..

    pass sikit pil perancang beg tu.. Mak aku pun ada penyakit membiak beg tanpa kawalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak la panas, membahang dan terik. oh minat choc ke, meh amek kat aku sikit hehe.

      okay nnti aku cipta, ada nanti aku bagi kau test buat testimoni haha

      Delete
  4. cantiknya







    matahari terbenam di belakang itu

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance