Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 27 February 2017

Pah

Hari tu aku mimpi arwah Tok naik kereta dengan Pah. Aku ingat lagi aku cium pipi dorang dan tanya 'Ni pergi ni taknak balik lansgung Sg. Siput (kampung aku) dah la ni?' Dan mereka mengangguk. Aku nangis. Aku bangun aku cuak sebab Tok aku memang dah meninggal tapi nenek aku ada lagi. Apa petanda mimpi tu? Berhari-hari jugaklah mimpi tu effect aku sebab aku rindu gila kat Tok and kenapa dalam mimpi tu Pah nak ikut Tok?

Hmmm. Malas fikir. Semua orang pun akan meninggalkan kita satu hari nanti.

 Arwah tok aku kahwin 3, tapi tak silap aku isteri pertama diceraikan lama sebelum Tok kahwin dengan Pah. Aku tak kenal isteri pertama Tok. Dengan Pah, Tok ada 8 anak, dengan nenek tiri no 3 ada 6 anak, dengan nenek tiri no 1 ada sorang anak. Dengan family isteri pertama aku kenal pakcik aku and bini pertama dia je, 7/ 8 anak laki dia and sorang anak perempuan dia kalau jumpa tepi jalan pun aku tak kenal, ye la jumpa entah berapa tahun sekali.

Lain pula cerita dengan family ke-3. Tu memang kamcing yakmat. Anak-anak isteri ketiga, Pah aku yang bela time kecil sebab nenek tiri aku berkerja. Even ada anak-anak dari isteri ke-3 ni lagi baik dengan Pah aku dari Mummy dorang. Aku paling kagum Pah aku dengan nenek tiri aku boleh beraya bersama, masak kat dapur sama-sama. Perghhhh doa apa Tok aku baca ni HAHA.

Pah aku bagi aku manusia yang sangat baik hatinya. Dia mak yang baik, mak mertua yang baik, nenek yang baik. Macam mana pun buruk orang layan dia, dia layan orang baik je. Sampai kita yang geram sebab baik sangat kahkahkah nampak nau kotor hati kau hahaha. Aku rasa sifat toleransi dia tinggi, sangat tinggi.

Untung Tok aku beristerikan beliau, untung menantu dapat mak mertua macam nenek aku. Dulu aku selalu mengada kalau balik kampung. Aku takkan buat apa bab makanan dan minuman, semua aku suruh Mak buat, nak Maggi la nak susu la nak milo la and Mak takkan layan aku, lepas tu aku merengek lepas tu Pah bangun buatkan apa aku nak. Hahaha heaven. Time aku sekolah rendah la. Tapi dah tua ni pun ada masa aku merengek jugak wakakaka. 

Aku nak jadi macam Pah; baik hatinya, kental hatinya, sabar hatinya, tak pernah busuk hati dengan orang. Dulu hidup Pah memang susah, dengan Tok aku ada isteri 2, anak 15, dengan Pah tak berkeja. Tok aku pun aku tak pasti kerja apa. Tapi atas berkat redha, taat dan sabar, sekarang ni hidup Pah dah senang. Anak-anak berjaya, dah pergi Makkah 3 kali, sentiasa ada anak dan cucu kat sisi.

Walau macam pun jalan kehidupan kita, macam mana berliku pun, sabarlah dan teruskan hidup. Aku harap kita semua dapat pengakhiran hidup yang baik. Ameen. 

4 comments:

  1. moga dipanjangkan umur Pah...amiin..

    seronok dengar cerita orang tua2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. thank you IQ :)

      Aah seronok sebab dorang ada pada zaman yang kita tak tahu pape langsung about that.

      Delete
  2. Kita pun mungkin akan meninggalkan orang laim terlebih dulu.. Apa2 pun aku do'akan pah hang beroleh umur panjang yang bermanfaat, amiin..

    Aku tak rapat sangat ngan dua-dua tok sebab tok-tok aku tak pandang family aku..huhu.. macam seronok je tengok orang lain rapat ngan tok depa.. hang beruntung Nad..

    "Aku nak jadi macam Pah; baik hatinya, kental hatinya, sabar hatinya, tak pernah busuk hati dengan orang." Amiin.. Insya-allah.. ^^d

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. ameen

      sabar Lee, keep praying whatever the reasons behind it. Lain orang lain ujiannya, rezekinya.

      Ameen :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance