Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 21 February 2017

Confession

Aku susah nak suka orang but if aku dah suka tu aku takde masalah nak confess dulu kat dia yang aku suka dia. Tapi aku hanya confess depends on circumtances. Dan aku tak takut nak tau respond dia. Aku confess bukan sebab aku nak dia suka aku balik, aku confess sebab nak dia tahu apa aku rasa, tu je.

Kalau dia reject perasaan aku pun, aku akan question 'Der, bila aku request untuk kau terima perasaan aku?'. It's just a statement, tiada permintaan terlibat. Dia ada hak untuk reject perasaan aku tapi dia takde hak nak suruh aku delete perasaan tu sebab itu perasaan aku, suka hati aku lah! Tak gitu? Haha

So far aku baru pernah confess dua kali and tak pernah kena reject lagi. Bahahaha. Well done? No? Lucky? Yes? Haha

Yang aku confess dulu memang relation kami lama and jarang gaduh. Sebab I know who I want and I know how to deal with such person, how to handle him. I mean characteritics dia ngam dengan characteristics aku. Tapi akhirnya takde jodoh jugak hahaha. 

Yang suka aku dulu then aku try to adapt dengan dia majoritinya tak sampai 2 bulan bertahan and aku yang akan back off dulu.

Orang cakap terima orang yang suka kita, bukan yang kita suka. Sorry, not applicable to me, for now. Later I dont know lah.

First confession aku, aku dapat reply yang dia cakap dia pun suka aku sebenarnya tapi takut nak confess sebab takut nak rosakkan persahabatan kami. Hmmm siapa lagi laki sekarang ni? Haha.

Memang awkward kot friendship lepas confess and kena reject, I dont know the real consequences sebab perasaan aku diterima baik hahaha. Tapi diri aku sendiri, bila ada kawan aku confess dia suka aku and aku reject dengan penuh berhemah, lepas tu aku layan dia sama macam sebelum confession berlaku. Memula aku nampak dia awkward tapi aku tetap teruskan slumber aku macam takde apa jadi, then lama-lama dia okay. And we're okay now. Dia still ada perasaan lagi ke tak kat aku, tu aku tak tahu and taknak ambil tahu. 

Confession kedua aku buat sebab aku nak dia jauhkan diri dari aku. Aku mengharapkan balasan yang 'euww kau suka aku? Shuhh shuhh aku tak suka kau'. Tapi sebaliknya berlaku. The rest is....... Kenapa aku nak dia jauhkan diri dari aku? Because I'm a monster haha. Biarlah aku je tahu kenapa.

Agaknya ada tak confession ketiga? Harapnya tidaklah hahahaha

So to all ladies out there, if you have guts, just confess but please don't expect anything in return. Time aku confess sumpah aku tak harap langsung dia akan ada perasaan yang sama dekat aku coz expectation hurts. So slumber yaya je lah pergi confess. Should after that dia reject and nak jauhkan diri dari kau itu pilihan dia, his loss, not you. Gitu, konfiden haha. 

18 comments:

  1. Aku pernah confess sekali.. tak harap dia respon, just nak dia tahu and please stop toying my feelings..gituh.. that's all I ever wanted.. then, dia yang mengelak daripada aku, lantak kaulah..haha..

    orang pernah jugak confess kat aku, aku memilih so aku pernah menolak jugak..haha.. tapi tula, bukan jodoh kan.. LOL

    Yes, you sound so cool.. Aku pun lagi prefer aku yang suka dia so apa dia buat aku boleh terima, sebab aku suka dia.. tapi kalau dia suka aku, nanti kang semua benda aku tak puas hati..macam, aku dah bagi kau can pon kau buat tahik lagi dengan aku, nanti aku yang sakit hati, macam semua exs aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe good reason there. macam nak cakap kat laki tu, kau nak apa sebenarnya? suka cakap, tak suka blah. simple. kan?.

      hehe kann. kalau semua orang confess kat kita, kita kene terima, wow ramai bf iolsss sekarang

      betul Lee. selalunya org yang confess kat aku ni, aku take for granted. kesian beliau. wuwuwuwu. nasib baik orang yang aku suka tak take aku for granted, for now hahaha

      Delete
  2. & this is why, we people hardly confess, sbb takut of the consequences. xnak dia jauhkan diri.dahla xdapat, xnak berkawan lak tu. rilek a.kan? haha. well.. bukan semua cam you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha understood. lain orang lain cara berfikir. sebab tu kt atas saya cakap saya confess depends on circumstances which is subjective.

      Delete
  3. Tak pernah ada pngalaman confess dulu. So i dont know. Huhuhu. Tp ada beberapa la yg confess pd saya and saya tolak dgn berhemah. Tp a bit sad, sebab diorg memilih menjauhkan diri dari saya. So i lost a few of friends because of that penolakan. Sedih kn.hurm. Takpela. Semoga Allah memberikan yg terbaik mengikut kehendak dan aturanNYA kpd kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul, ada jugak yg menjauhkan diri. saya jenis manusia malas nak fikir pasal orang sgt, if that what you choose (jauhkan diri) and you happy with it, then proceed.

      inshaAllah. Ameen

      Delete
  4. Aku pernah dua kali confess. 1 kat crush, 1 kat ex.

    Aku crush ngn dia lama gila sampai kitorang dah jadi kawan. Kawan yang tak berapa rapat but still, a friend. And satu hari aku rasa, why not just tell him. At that time aku dah takde perasaan crushy tu kat dia dh. so aku cakap "Fun fact, I had a crush on you back in high school" pastu dia cepat2 cantas cakap "Lets not talk about the past".
    kali kedua confess adalah kat ex. We remained friends after breaking up. For a few months camtu. Pastu time on the way balik kampung aku pun confess. "I'm still in love with you, you know. I don't think I can find anyone that can make me feel the way i feel about you". Tapi dia senyap tak reply sampai la keluar topik lain yang tak sensitif. Selamat dah dua-dua jadi laki orang.

    The point is.. My confession always came in a bit late. And at this age, I don't think I can confess to anyone anymore. 1 because I don't think I'll ever fall in love again (so mungkin aku akan dapat orang yg suka aku tapi bukan orang yang aku suka). 2 sebab I'm scared of confessing.

    Nah kau. setiap kali komen sini mesti nak tulis essay. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe but u have no regret confess kan? dulunya kita mcm ada satu stigma yang laki je boleh confess, i think world nowadays dah tak macam dulu, perempuan pun dah berani bersuara. hehe dah sampai jodoh mereka.

      aku pun harap aku tak kan confess dah hewhewhew. dan kalau berjodohan dengan orang yang suka aku dulu, i hope i will have the same feeling like i had with the one i confess first.

      i like your essay hehe

      Delete
  5. Aku pernah confess sekali. Jadi boleh lah join geng korang the confessions of silly girls.. Hahahha!

    After confession tu ntah lah apa jadi. I guess it didnt work. Or we are not meant to be. Whatever.
    Aku malas nak fikir dah. Berlalu pergi jelah, usah pandang ke belakang lagi.. Huhu. Mungkin di depan ada yg menanti. Mungkin dia akan suka aku lebih lagi.

    Toddiahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. silly girls. hahahhaa i like that

      hehe betul. yang dah lepas tu biarlah, tak boleh nak buat apa pun nak ubah, kita bukan time traveler. so focus skrg dan masa depan.

      jyeahhhhh

      Delete
  6. Ahhh, semua gegadis yang komen.. wkwkwkw.. betullah, sekarang dah tak macam dulu, gegadis kena pantas. Lambat, tertinggal. Wkwkwkw...

    Dulu ada yang confess ke aku tapi aku tolak secara berhemah sebab dia pun kenal aku dekat blog je dan masa tu aku tengah berkapel. Wuwuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pandangan kau sebagai lelaki tentang perempuan yang confess ni? ha nak tau jugak haha. huyooo charming abam orang minat melalui blog je wakakaka. tapi abam setia, bagusss hahahaha

      Delete
  7. IQ dengan Arwah suami dulu sebenarnya IQ confess dulu, sbb IQ nak hubungan serious, IQ tahu Arwah pun suka, lagi satu, IQ nak hubungan serious dengan dia sebab ada orang lain nak masuk line, IQ tak nak orang lain tu, IQ nak Arwah je..haha, lambat sangat Arwah confess, IQ pn confess laa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. auww so sweet and bold hehe. Mesti syukur confess kan?
      memang kekadang kita tahu dia suka kita jugak, tapi lambat sangat aihh ha meh aku confess dulu. gituuu hehe

      Delete
  8. Please teach me your confession skills, senpai! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde skill2. konfidennn jee and pakai redah dan kurangkan rasa malu! ahahahah

      Delete
  9. Perghhhh respectlah atas keberanian sis. Saya pun belum tentu berani nak confess dekat orang hahaha sebab memang bila buat confession tu comes along with expectations :\

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lelaki mungkin kot bila confess ada expectation untuk memiliki. macam saya just nak luahkan benda yang terbuku di hati sebab saya tak pernah rasa orang tu suka saya pun. hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance