Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 24 January 2017

Pasangan ideal

Dulu aku ada bagitau ciri-ciri laki yang aku nak. Then aku jumpa sebijik apa yang aku nak tu. Tapi tak jadi jugak. Kau dah kenapa Nadia? Apa lagi kau nak? Jawapan senangnya, takde jodoh. Jawapan detailnya aku tak selesa dengan dia. Aku jadi awkward, aku tak jadi diri sendiri.

Antara piawai bahagia aku; bila aku boleh jadi diri sendiri. Aku ada trait characters yang berbeza ikut dengan siapa aku bergaul. Dan trait yang paling buat aku lapang adalah trait gila-gila aku. Boleh melalak, boleh headbanging, boleh merengek, boleh gelak kuat-kuat, boleh berjoget ikut suka aku. So yang ni yang aku tak boleh jadi dengan dia. Kita boleh baca tahap protokol seseorang tu, so dengan dia aku tahu aku kena behave. Behave memang ada dalam trait aku tapi tu hanya untuk acara formal.

So selesa adalah penting (bagi aku) kalau aku nak hidup dengan sesorang. Tak selesa nanti nak kentut depan-depan pun susah haha. Benda ni buat aku sedar yang paras rupa, harta benda bukan lah ukuran utama. Bila kita selesa dengan dia, dia selesa dengan kita, we can be who we really are, we can completely accept one another, we can be transparents.

Sebenarnya ciri-ciri pasangan yang ideal untuk kita ni kita tak boleh nak tetapkan secara lahiriah. Kita rasa kita suka yang macam ni, macam tu. Tapi bila datang eh macam tak suka pulak.  Akan datang orang yang betul di masa yang betul, biar dia datang sendiri. Akan datang orang yang kau tak heran pun dia ada apa, takde apa. Tak payah nak tetapkan itu ini. Time tu segala list kau yang nak; anak raja, pakai kereta kucing tak muat nak lalu kat bawah, senyuman manis gigi takde bertampal, belajar kat Oxford, berlapang dada yang berukuran 40cm, nak yang pakai minyak rambut jenama hispter pomade; semuanya kau dah tak heran dan tak berguna lagi.

Benda ni semua datang dari hati. Bila hati dah suka susah kau nak nafikan. Padahal sebelum ni ada certain perangai tak semiyak kau tak boleh nak terima kalau orang lain buat tapi once kau dah suka seseorang tu apa je dia buat kau boleh terima dengan lapang dada.

Percayalah bila kau dah suka orang tu, automatik kau boleh tolerate dengan dia, terima buruk baik dia, layankan perangai dia, semualah. Itulah definisi completely accept someone. Kau tak rasa pun kelemahan dia satu kelemahan, itulah toleransi. Selagi perangai dia tak memudaratkan kau, layankan jeee. 

Right time, wrong person.

Right person, wrong time.

Right person, right time but world doesn't allow it to happen.

16 comments:

  1. Dulu kakbel ada bf yg kakbel rasa menepati citarasa (baca:handsome) la. haha
    tapi lama2 rasa boring sebab dia ni terlalu baik dan pendiam. masa tu nak la merasa bergaduh ke, berdebat ke. hahaha.
    so end up, dgn husband skrg yang mulut banyak hari2 nak bergaduh. haha padan muka. (gurau je, i is redha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan.. paras rupa serius tak penting sebab once dah sayang dia la paling handsome kat mata kita. auwww. betul, kita mmg akan seronok dengan org yg sesuai dengan perwatakan kita. nadia pun tak masuk dengan orang pendiam and baik ni. stress sebab baik sangat hahaha.

      Delete
  2. your point is right nadia, bila kita selesa dengan dia, dan tak ada reason kenapa kita pilih dia adalah yang terbaik untuk kita,

    IQ baru balik dari JB, IQ pun soal siasat kawan baik IQ, macam mana dia boleh kahwin dengan orang yang berapa lama je dia kenal, anyway, ayat dia sama, sebab dia selesa dengan lelaki tu...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. bila tanya kenapa suka tak boleh la nak bagitau reason spesifik. sebab love is without reasons. gitewww hahaha.

      betul, kalau dah rasa selesa tu tak payah tunggu lama-lama dah hehe

      Delete
  3. it will happens when its happen...the time will come

    ReplyDelete
  4. I read once, you should marry someone you can't live without not someone you can live with..

    Aku rasa....................aku akan end up andartu.. Kekekeke.. andartu kacak..XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha. agree. tapi susah jugak tu cant live without. pape jadi hmm merana.

      eh jangan cakap mcm tu. doa doa. kalau takde siapa aku ada. eh kbye hahahhaa

      Delete
    2. ikutla. masa aq dengan dia. aq xpkir ni. tapi masa dia sakit kt hospital. aku jaga dia. ampu dia ke toilet. aq rasa apa yang rasa kat bapak aku. eh I cannot live lah without this guy, terdetik kejap. pastu terus doakan dia cepat sembuh. you can't live without can be like this also laah. haha. not in a way of mariah carey song meleret2 I cant live..............without you.. mampoih cmtu.

      Delete
  5. Yang pakai pomade hipster to ciri yang hebat.. Haha..
    Bab bila betul suka xpandang dah checklist lelaki idaman tu betul..

    ReplyDelete
  6. Wow dr cinta. So kesimpulannya perempuan suka lelaki jahat. Camne nak jadi jahat ni aduhh... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak, depends pada perempuan kot. tapi laki yang ada nakal-nakal ni memang lagi menarik perhatian kebanyakan wanita kot. nakal eh bukan jahat hehe

      Delete
  7. ikut pengalaman.. kenapa bila dah jumpa yang kita nak, xjadi

    rasanya sebab yang kita suka adalah imaginasi kita. yes .ia menepati nya.si dia, menepatinya.
    he has it all yea, nice hair, nice smile, and he smells goood... contoh..kalau ni apa kriteria sesetengah
    and then back to reality,
    the way he treated you, well maybe not exactly like how you want it.
    macam patung barbie. kita leh suka selamanya. again contoh. haha.(I used to love barbie doll, bleek)
    tp cuba kalau patung tu leh bercakap pulak. mesti ada criteria lain yang kita perlukan.
    then itulah deal breaker usually.
    suddenly that bold guy with not so good smell kinda do it. because he respected you. kita xsuka, tp might do it.(tetiba bold guy jd contoh) hahaha
    so my advice, always believe in Allah judgement, accept yang baik depan mata.. bukan carik macam kita nak. itu lebih tepat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul. cara layanan tu, yang menambat hati bukan setakat menambat mata. tu ada je perempuan persis model kawen dengan laki yg org cakap biasa-biasa je. apa pun keep praying kan hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance