Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 11 January 2017

Kenapa aku dah tak suka shopping online?

Dulu aku suka kot shopping online sebab tak payah pergi mana-mana, duduk tunggu je. Duit pun tak rasa dikeluarkan sebab transaction berlaku di awangan haha. Tapi makin lama makin dah kertu ni aku dah tak suka shopping online sebab:

Tak suka deal
Aku tak suka nak deal dengan seller. Nak tunggu dia reply la apa la. Nanti nak snap resit bayaran bagai semua, lecehhhh. 

Kualiti
Kadang-kadang barang-barang ni semua indah khabar dari rupa. Testimoni bukan main meletup bom kebabom sekali sampai kat kita haprak jingga

Malas log in online banking
Kau tengok tahap keterlampauan batas malas aku, nak log in online banking pun malas. Haha.

Tak suka menunggu
Beli barang online memang la kena tunggu delivery kan. Dulu aku tak kisah tapi sejak kebelakangan ni kalau aku nak time tu, aku nak time tu jugak. Nasib baik tak berperangai begini dalam hal ehwal nak berumah tangga. Haha.

So sekarang semua aku beli secara physical sambil tu boleh merewang-rewang ke tempat lain. Aku jadi suka nak merayap sorang-sorang cari barang sambil tengok gelagat orang. Semua online shopping aku dah unfollow. Unless yang memang susah gila nak dapat kat Ipoh ni ye aku beli online, suami contohnya hahahahhaa gurau gurau.

Plus sekarang most outlet boleh pakai debit card lagi lah mak incek suka, swap ja. Mak incek tak suka keluar duit, tak tahu kenapa ada pe'el gitu dari dulu. Kalau boleh taknak ada cash langsung, kalau ada cash rasa nak buang haha kuat membongak kau ni. 

Keburukan shopping secara physical ni kau tend untuk beli barang yang kau tak berniat nak beli. Especially kalau masuk kedai macam Watson ke Guardian ke weh memang berhantu. Langkah je satu kaki dah meremang bulu roma. Dalam list nak beli lipbalm je, sekali tengah pegang lipbalm pekerja dia bagi bakul pulak dah. 

Last-last bila keluar penuh satu plastik dengan mask la, gunting bulu hidung la, scrub kepala dongga hang la, mentos la, cream shaver jambang la, entah hape hape je. 

Lepas tu hujung bulan merungut, apa je aku beli dowh? Duit mengaliaq cam ayaq. Sendiri beli tak fikir lepas tu salahkan sekeping kertas bergelar duit. Cehhh.

So tekad aku, aku akan beli apa yang aku list kan je. Buat masa ni berjaya 75% baru. Kakaka. Doakan patik. 

18 comments:

  1. Aku beli online benda yang murah dr kedai di alam nyata je. Pakaian mmg aku xpenah beli online sbb aku fussy hahaha. Dan aku tak penah beli kt seller kena PM tepi. Aku beli kat lazada, rasa terjamin siki masa depan hahah

    Aku keluar rumah pasang niat nak beli macam2 end up tak beli apa pun hahahah, cuba ko buat mcm aku. Jgn niat taknak beli apa, karang mcm2 belinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku manusia yang tak pernah nak bandingkan harga, x pernah tau spesifik harga utk benda tu, not good kan. pakaian aku pernah beli, yg tak pernah kasut hehe. ha web web gitu memang senang sikit deal kan. aku pun kalau kena beli online skrg aku cari yg ada website. hehe

      hahaha great idea. akan cuba dipratikkan

      Delete
  2. "mentos la, cream shaver jambang la"

    Hahaha, it's either everything or nothing at all.. -Lee, 2017- LOL'

    Aku....hmmmmmm... Aku kaki window shopping, baik windows 10 hatta window2 kedai..lol.. Aku dah terbiasa dengan kehidupan takde duit yang perlu berjimat makanya memang aku takde sangat masalah2 mcm ni.. Sebab tu alat2 simple mekap pun aku takde sebab pk benda tu adalah luxury..huhuhu..

    Kalaula suami boleh beli macam tu jek....tapi aku tak rasa aku mampu jugak nak beli..haha..

    aku takde tips sebab aku takde masalah ni..huhuhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha true!

      wow tabik kau Lee. Mampu menahan nafsu. teruskan begini. sekali terlajak buruk padahnya kekeke

      haha. kan sebab mesti nak cari yang 'bernilai'haha

      Delete
  3. deyy, memang haru kalau shopping kt luar ni, beli benda yang tak penting langsung pun ada, dari nak beli kicap sebotol, barang setroli bwak ke kaunter, (itu mak mak punya perangai termasuk IQ) haha!!

    azam tahun ni xnak shopping online sangat tapi ada 5 barang IQ dah shopping dah tengah tunggu sampai, demmm, azam kelaut...dem dem dem

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha memang semua mak mak camtu kot. Mak nadia pun cmtu. LOL

      hahaha. takpe makin lama makin kurangkan kuantiti tu. perubahan ni tak boleh drastik sangat haha

      Delete
    2. masalahnya IQ tak pernah beli barang 5 benda sekaligus dalam satu masa! huarghh, Im not change at all..haha!

      Delete
    3. hahahaa kalau keperluan takpee beli banyak mana pun hehe. kalau tak, u can duit IQ haha

      Delete
  4. Lazada best sis.huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok barang jugak kot, ada barang haprak jugak hoho

      Delete
  5. hahhh..!
    memang leceh nak Pm segala.. tapi sejenis aku, merungut kejap lepas tu esok2 beli lagi benda2 online ni.. hahahahhaa.. sejenis yang malas nak bersiap2 utk keluar.. malassssss.. so, klik2 je lah.. tahu2 barang sampai.. weeeee... :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun jenis malas bersiap sebab tu alang-alang dah sekali bersiap beli 1 lori terus kakaka. selalu pergi beli lepas kerja memang dah sedia tersiap hehe

      Delete
  6. aduh pemalasnya la haih nak log in online banking pun tak nak. Rugi je register online banking awal2 dulu.

    Perempuan memang camtu kot. Benda tak penting pun nak beli bila nafsu yg 9 tu dah tewaskan akal yg satu. Kau kirim org je la lepas ni nak bg settle masalah kau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kan. tapi kalau nak bayar bil bagai aku rajin sebab aku tahu tu komitmen. ni saja2 gatal nak membazir jadi malas hehehe

      kirim kat orang x puas weh x tgk sendiri. apa2 pun btl la kata kau tu, perempuannnnn hahahaha

      Delete
  7. Aku memang tolak online shopping, sbb tu aku tak ada langsung online banking apa semua tu. Kalau kena jugak beli, aku terpaksa bergigih bank in ke atm mesin dan buat perkara yang aku tak suka iaitu beratur hahahaha.

    Tapi aku juga tak suka window shopping sbb hal yang sama macam kau juga, akan terbeli benda yang tak perlu.

    Kalau ada orang rumah nanti, aku nak dia je yang belikan apa2 barang yang aku nak hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow kau takde online banking? Mengakagumkan.

      Bagus la kau tak suka and tak buat. aku konon nya nak jadikan tak suka tapi selalu je buat hahaha

      hahaha kalau kau jenis x cerewet senang la. ni kalau dia dah belikan and banyak komplen meh aku tolong cepukkan kau utk dia hahaha.

      Delete
  8. kalau service delivery dia teruk, aka sephora. memang sakit jiwa tunggu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sephora ada online eh? baru tahu haha. kan, menunggu mmg menyakitkan jiwa

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance