Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 10 January 2017

Jam tangan

Aku manusia yang gelisah kalau tak pakai jam tangan, rasa bogel. HAHA. Walaupun aku jarang tengok jam sebab selalu tengok jam dinding or jam kat handphone. Aku agak cerewet pilih jam, aku suka petak dan at least ada tarikh. Paling aku suka jam digital sebab masa dia tepat diberitahu. Casio digital and petak aku tak suka sebab besi. Puma ke Adidas ke too big for my hand. Baby G pulak bermuka bulat. Aku suka jam yang universal I mean sesuai bawak pergi dating, pergi kerja, masuk tandas, pergi taman kanak-kanak.

Aku tak pernah beli jam sendiri, I mean guna duit sendiri. Lepas PMR pakcik aku hadiahkan jam Adidas, aku pakai 3 tahun jugak, beberapa kali tukar tali. Then lepas SPM makcik aku belikan jam jenama Looney Tunes. Hmm tak, dia bagi aku duit sebab dia ada pilih Guess untuk aku, aku reject. Aku tak suka jam besi sangat tambah-tambah gelang dia tu berkerawang. Aku gangster kot, apa barang pakai jam gitu. Haha. So jam tu aku beli sendiri, muka merah petak, tali hitam. Cantik haha.

Aku pakai jam tu sampai 2010. Ex aku tak suka aku pakai jam tu hahahahha. Then dia belikan aku jam Fossil. Memang cantik jam tu. Petak, ada tarikh, analog, leather strap. Tapi seriously la jam tu tahan gila, leather dia berpeluh pun tak berbau. Dah 7 tahun kot aku pakai. Hari tu ada niat nak tukar strap tapi dah takde :( Dorang cek kat USA pun dah takde. Aku sayang jam tu, jam tu je eh. HAHA.

Lepas aku break dengan ex aku, aku cakap kat dia, aku pakai lagi jam tu, halal kan eh? Dia cakap, ye pakailah, halal. HAHA. Nasib baik, kalau dia mintak balik aku campak jam tu dalam laut, pergi ambil sendiri. Haha. Apa aku bagi kat dia pun aku tak la mintak balik ke ungkit ke. 

Aku tak tahu aku ni kurang sensitiviti ke apa, tapi aku pelik bila dah break nak buang barang la, nak pulangkan lah. Motif? Dah bagi tu, bagi je la, buruk siku gila nak ambil-ambil balik. 

Bagi aku, dia bagi hadiah, okay aku terima. Kalau nak kata tengok jam tu teringat dia sentiasa, tak jugak.Kalau nak ingat tak payah tengok jam tu pun boleh je teringat. Bagi aku la. Jam tu dah attach dengan aku lebih dari kenangan aku dengan dia. Aku sayang kot jam tu sebab ciri-ciri dia memang aku suka, dah tak jumpa dah kat mana-mana Fossil and sepanjang 7 tahun ni takde pun jam yang berjaya tarik perhatian aku lagi. 

Mak aku pernah cakap 'Amboi orang yang bagi kamu dah taknak, jam dia bagi kamu pakai lagi'. Kahkahkah berdekah aku gelak sambil pekakkan telinga dan tekup jam tu supaya dia tak terasa haha. 

Aku tak tahu macam mana penerimaan suami aku nanti kalau tau aku masih pakai jam ex aku bagi. Aku harap dia okay. Kalau tak sila tolong cari jam lain untuk aku yang aku berkenan, Haha. Seriously jam tu dah takde sentimental value dah antara aku dengan ex aku. It just between me and the jam only.

Aku tak pernah bagitau kat orang yang aku 'sedang kawan' jam tu ex aku bagi. Sebab aku pernah bagitau sekali dulu sampai gaduh kot, Bahahaha. Tapi peduli apa aku, selagi aku tak jumpa jam aku berkenan, selagi tu aku pakai.  Dah la time tu memang kawan je tak declare pape ke apa. Terbagitau rasanya time tu. Kecohhh. Hahaha. Jam tu tak salah pape eh. Macam ada anak then mak bapak cerai, kau nak buang anak tu? Ha anaolgi aku agak melampau hahaha. 

Masalahnya sekarang aku ter misplace jam Fossil aku. Feel like crying. Tolong lah jumpa balik. Last sekali aku pakai dekat rumah nenek aku and aku letak dalam handbag. Tetiba takde 😭. 

Dah dua hari tak pakai jam, dah 2 hari rasa bogel hahahaha. Please Fossil, come back. I love you. 

16 comments:

  1. Aku pun terasa bogel kalau tak pakai jam tangan.. satu masa dulu, aku pakai jam 24/7, time tidor pun aku pakai. Aku baru beli jam yang murah semalam, tak tahan tak berjam, sikit2 pandang tangan kosong, ingat ada jam..haha.. jam paling mahal aku beli was jam B.U.M. sebab aku suka nak mampus design yang cool tahap gaban, lepas tuh ada benda buruk jadi so aku kembali pada jam murah..haha..boleh tukar selalu.. XP

    Hmmmmmm, aku ok jek.. Sentimental value kita dengan benda yang diberi bukan pemberi.. haha.. Entah, aku pun tak faham kenapa bila break, barang kena buang or pulangkan..huhu.. boleh guna kot.. UvU Well, manusia berbeza2..

    Uuuuuuuuu, who's that pokemon..!! Eheee, do I feel something something like love...in the air? Haha, joking joking.. hoping the best for you, Nad.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku tak la sampai tidur pun pakai, aku pakai kat luar je rumah je. haha kecewa kan bila pandang tangan takde jam. aku susah nak minat kat jam so memang jarang gila tukar. 7 tahun aku pakai fossil tu, tak jemu hehe

      kann. benda boleh guna buat apa membazir kan. pakai je lah. tu la, manusia lain2 hehe.

      haha pikaaa pikaaa pikaaa chuuu! hahaha. thankyou Lee :)

      Delete
  2. aiyok nad, mne la nad letak jam tu, sayang weyh, IQ pun pakai fossil, jam hantaran, dan tak terpikir nak beli jam lain lagi...kalau dah sayang satu, xnk yang kedua...ecewah..kemain setia kan?

    moga nad jumpa balik jam tu...

    i dont mind about ex, tpi utk IQ, kalau apa jua barang yang dia bagi, serius IQ buang, tak nak arwah husband fikir IQ sayang lagi barang yang dia bagi...arwah husband xkesah, tapi IQ kesah! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak dalam handbag. terjatuh rasanya sebab handbag terlebih muatan time tu haha. fossil berbaloi beli. hehe bagus, kita kena setia. hehe

      inshaAllah

      oh, yela lain org lain pemikiran. bagus lah walaupun dia x kisah tapi IQ fikir lebih mendalam. org mcm Nadia ni kekadang mmg tak reti fikir org lain. Kalau dia kata okay bagus la. Kalau dia kata okay padahal x okay nasib la. Siapa suruh x terus terang, i'll consider hahaha.

      Delete
  3. Aku sekarang pun dh start rasa tak lengkap tanpa jam. Walaupun setiap kali nk melukis kena bukak jam sebab aku melukis tangan kanan, pakai jam pun kena tangan kanan. Selalu kacau.

    Jam fossil mahal nak mam.. Aku takut nak beli..hohoho.

    Jangan la berlama-lama bogel tu nad.. Mintaklah ehem belikan yg baru ejewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. aku kalau pakai jam tangan kanan rasa awkward hahaha.

      time aku beli tu tak mahal weh, ada diskaun. eh time dibelikan tu. dalam 270 je kot rasanya.

      haha tengah cari yg berkenan. kali ni beli sendiri la. dh lama x beli jam untuk diri sendiri.

      Delete
  4. aku pengguna fossil tegar *kemain.

    aku suka analog. dua2 jam aku analog satu kecik satu besar.
    hang sama perangai mcm ex aku. beberapa bulan sblm break aku kasi dia fossil weh, lepastu dia tak pulangkan dh lah tak mintak halal. last year aku nampak dia pakai jam tu posing dgn tunang. dasar muka tak malu! hahahah.. cian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun suka jenama dia. tapi nak beli handbag tak mampu. mampu beli wallet je hehe

      aku paling x suka analog guna no roman. pergh mengundang amarah hahaha
      weh sama pulak, aku break dengan dia berapa bulan je lepas dia bagi jam tu, ke berapa minggu je entah hahaha.
      kiranya aku pun tak malu la ni? hahahhaha nasib baik aku mintak halal hehehe

      Delete
    2. Ko berpisah cara baik takpe Nad. Ini berpisah cara buang sampah.. Eh buang sampah pun lebih beradab lah.

      Delete
    3. ouhh. sorry to hear that. one shouldnt experience sth like that. hope hubungan kau lepas ni akan baik2 je terus ke tok kadi terus ke syurga Ilahi. hehe.

      Delete
  5. aku rasa lebih kurang je pakai jam dengan tak pakai jam. Bila pakai jam, nampak smart... Bila tak pakai jam pun peduli apa, kat dalam phone dah ada jam kot. haha...

    Sampai sekarang pun aku masih tak pernah beli jam sendiri. Ada je org nak bagi. Time aku nak beli jam automatic sendiri, time tu la org nak bagi jam automatic. Kesian wehh aku tak berpeluang beli jam sendiri lagi. haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak la rasa pakai jam tu smart ke tak, tapi aku nak rasa ada benda kt pergelangan tangan aku yg sedikit berat. padahal mcm kau la, tengok jam kat hp jugak hahaha.

      sama la kita. besar rezeki kita kat jam hehe

      Delete
  6. Aku sangat tak suka apa-apa di tangan tapi tuntutan kerja aku kena pakai jam di tangan sebab nak tunjukkan ekspresi baik ke orang ramai yang kononnya 'pemakai jam adalah seorang yang tepati masa'. Itu semua tahi lembu. Walaupun aku tak suka pakai jam, aku laa orang yang paling tepati masa berbanding semua orang yang kononnya tak boleh lekang dengan jam di tangan (sorry emo)

    But lately jam aku habis bateri tepat di hari jadi aku, dan sampai sekarang aku tak berminat nak tukar bateri hahahahahaha jadi aku pakai jam yang tak bergerak pun hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tahi. pakai jam x menentukan seorang itu punctual. kita boleh geng cero, aku tak suka orang x tepati masa.

      hahahahha. tu maknanya jam kau hanyalah sebagai fesyen di tangan. aku kalau jam mati aku jadi rimas hehehe. meh aku belanja bateri jam meh hehe

      Delete
  7. ohh... sedang berkawan rupanya

    baru cadang nak masuk line. hehehe...
    so dah takda chance la ni

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance