Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 25 January 2017

Family is matter

Sekarang rumah parents aku dekat atas tanah pusaka arwah Tok aku. Kat situ ada 4 orang adik beradik Ayah duduk, dari satu rumah kat situ sekarang dah ada 4 rumah. Memang hari-hari meriah sebab cousins aku semua kecik lagi. Tak meriah dengan suara dorang main, meriah dengan suara mak-mak menghambat dorang haha.

Aku duduk sana dari umur 7 tahun. Kitorang pindah sana sebab parents Ayah meninggal and takde siapa nak jaga adik-adik Ayah yang time tu masih bersekolah. Adik beradik Ayah ada 12 orang, Ayah anak ke 3. Time tu Ayah jaga 5 orang adik dia. Sorang tu OKU, anak ke 4. Aku memang rapat dengan pakcik-pakcik and makcik-makcik aku sebab aku membesar dengan dorang. Aku mengamuk, aku mandi bogel tak tutup pintu (time darjah 1-2 haha), aku taknak pergi sekolah; semua perangai hodoh aku dalam poket dorang haha. 

Bila aku fikir balik banyak benda aku patut syukuri dilahirkan dalam keluarga ni. Memang ahli keluarga yang baik merupakan salah satu rezeki pemberian Allah. Kekadang ada salah faham tu biasalah tapi Alhamdulillah macam mana pun salah faham lepas tu kami kembali ke keadaan asal, takde masam muka lama-lama.

Aku respect Mak aku. Tak semua kakak ipar nak jaga adik suami macam adik sendiri especially ada sorang adik Ayah (Pak Mat) OKU. Adik-adik Ayah lagi rapat dengan Mak aku berbanding Ayah sebab Ayah pendiam, Mak ceria dan peramah. Mak lah masak untuk dorang, jaga pakai dorang. Ada sorang pakcik aku, masakan Mak je dia makan, masakan kakak ipar lain dia takkan makan. Mak aku jenis tak berkira, tak pernah mengungkit. I wish I can be like her.

Pak Mat ni OKU yang tak boleh bercakap, kecacatan otak, badan tak kuat. Dia boleh jalan dalam rumah je, makan kena guna sudu and of course bersepah. Tak reti mandi sendiri, tak reti cebok berak sendiri, kencing je dia pandai basuh sendiri tu pun dekat sebaldi air habis. Kuat sifat was-was dia ni. Haha. Tapi dia faham cakap orang. And dia ada keistemewaan boleh tahu kalau ada orang nak datang rumah. Dia akan bising-bising sambil tunjuk kat pintu. Lepas beberapa minit mesti ada tetamu. Sebab tu aku pesan kat dia kalau ada orang datang nak masuk meminang aku sound 2 jam awal, kot lah aku tengah merangkak belakang kucing time dorang datang, tak ke meninggalkan impression yang buruk? Hahaha.

Alhamdulillah makcik-makcik aku dapat suami yang tak berkira jugak, yang tak kisah. Setiap pagi adik Ayah datang rumah nak mandikan PakMat, petang balik kerja Ayah pulak mandikan. Tapi ada masa Ayah takde, adik Ayah pun takde serentak and suami-suami makcik aku willingly take over tugasan tu; mandikan, cebokkan berak. I'm impressed sebab aku tahu tak semua ipar boleh buat macam tu. Thanks God for this awesome family members.

Kitorang kalau nak family gathering yang jauh sikit memang takkan dapat semua pergi, akan ada yang beralah jaga PakMat kat rumah. Beralah yang ikhlas bukan terpaksa. Budak-budak kat rumah ni pun dah diajar waktu makan kena tolong hantar makanan kat bilik PakMat. Ada masanya time hantar nasi ke bilik PakMat dorang bersila sekali     -_-'' Bising orang tua tu budak-budak tu pow dia hahaha.

I love my family, I hope we stay like this till Jannah. I hope PakMat will not forget me there haha

12 comments:

  1. Terharu aku baca ni.. Yeah, a good family is a blessing, the ultimate one.. *sob*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. always appreciate them. never take family for granted

      Delete
  2. Pak Mat Nadia ahli syurga, MasyaAllah..seronok kalau ada keluarga macam ni, sangat bertolak ansur...Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah ameen. Alhamdulillah, harap berkekalan begini. pray the same for you :)

      Delete
  3. Aku sampai sekarang still x pasti aku mampu ke x cebokkan berak orang lain. Masa aku kecik mak sedara aku yang cebokkan atuk aku yg tgh nazak time tu dan aku xleh brain. Even cebokkan adik aku masa dia baby dulu pun aku x rela.
    Nanti mak bapak aku tak sihat nanti macam mana la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku pun was was dengan diri sendiri sebab tak pernah kena buat. tapi aku rasa when it comes to family, u will do it

      Delete
  4. Boleh kata kami sembilan beradik ada pengalaman cebokkan mak ayah. Aku sempat cebokkan mak je sbb masa ayah dulu aku kecik lagi kalau boleh nk suruh org cebokkan lagi, hahahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnyaaa. Alhamdulillah kan dapat berbakti macam tu. Besar pahala jaga mak ayah, dan takkan ada apa untuk disesalkan. :)

      Delete
  5. Yup setuju.. Kalau dh dpt family yg baik ni memang kena bersyukur la.. Rezeki tu. Bukan senang nak dpt family yg tak berkira nak buat krja. Tapi yg aku selalu dgr dlm family members sendiri hasad dengki. Siap sihir bagai. Harap2 tak jadi kat aku benda2 gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Alhamdulillah. tu la, nauzubillah. byk jgk aku dgr cerita ahli keluarga gaduh sebab harta. so konklusinya, jangan tinggalkan harta kat anak2 haha. nak tinggal siap2 buat wasiat wpun org islam blh buat wasiat 1/3 dari harta je

      Delete
  6. PakMat cool ada ramai butler, kalau jumpa, saya nak panggil dia UncleMat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. free one. panggil dato mat mungkin dia layan hahaa

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance