Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 3 January 2017

Aku seorang Asus

Aku tak tahu bila aku dilahirkan tetapi yang aku tahu satu hari aku ditempatkan di dalam sebuah bangunan usang di pekan Ipoh. Sungguh boring, aku idamkan duduk di dalam bangunan gah dengan penyataan cahaya yang mewah di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Tapi apakan daya, takdir perlu diimani. 

Satu hari aku nampak satu keluarga berlegar-legar di depan aku dan kawan-kawan. Hati aku meronta-ronta supaya aku dipilih, aku dah tak sanggup lagi hidup dalam bangunan usang tersebut. Aku bertahan hanya kerna pekerja di situ ganteng. Aku impikan hidup dibelai, dijaga rapi dan bukan ditayang untuk tontonan umum, diraba tanpa rela. 

Mungkin rezeki aku dimiliki tuan yang nampaknya sopan, hari tu aku maruah aku dijual dengan harga yang tak perlu aku ceritakan di sini, rasa diperkotak-katikkan maruahku pabila dijual dengan harga begitu. Maka aku dibawa balik ke sebuah rumah yang tidak agam tapi selesa sebab aku dijaga rapi oleh manusia yang bernama Nadia. Itu sudah cukup; tidak beramai-ramai dan mempunyai tuan yang hanya menumpukan perhatian kepada aku seorang (attention seeker & introvert)

Baru beberapa bulan aku berkhidmat tetiba aku kena serangan paru-paru (hard disk), aku tidak boleh berfungsi maka Nadia hantar aku ke Hospital Asus tanpa sebarang bayaran. Nadia selalu telefon hospital tersebut untuk tanyakan perihal aku, ternyata dia rindukan aku sepertimana aku rindukan dia. Perpisahan memang menyakitkan. Aku takut Nadia curang. Tetapi aku kenal Nadia aku, dia seorang yang setia (Kahkahkah).

Di satu hari yang mulia, aku dijejak kasihkan kembali dengan Nadia, bukan kepalang gembiranya aku. Nadia membelek aku dengan penuh kasih sayang dan puas hati, aku sukakan perhatian seperti itu. Malam tu Nadia luangkan masa dengan aku sambil dengar lagu, taste Nadia boleh tahan masuk dengan taste aku. Itulah namanya jodoh, bukan bodoh haha.

Kemudian Nadia mengantuk, dia letak earphones atas badan aku (keyboard) lalu menutup kepala aku dengan agak kuat, ketika ini hilang sangkaan aku yang Nadia ni sopan orangnya. Mungkin dia terlupa perihal earphones di atas badan aku, apabila terkena hentakan yang kuat, earphones tersebut telah mencucuk muka aku (screen). Oh, pedihnya muka dan hati ini. Menangis aku kesepian di malam itu. 

Pagi esoknya Nadia mencari aku kembali, aku dapat rasakan remuknya perasaan dia dan rasa bersalah kerana telah meretakkan muka aku. Melihat muka itu, aku tak jadi nak marah dia. Lagi sekali aku dihantar ke hospital. 

Selepas aku sihat kami menjalani kehidupan seperti biasa. Susah senang kami bersama. Ketika bosan Nadia guna aku hiburkan hati dia. Ketika belajar Nadia gunakan aku siapkan kerja dia. Ketika gundah Nadia gunakan aku luahkan apa dia rasa. Ketika takut Nadia gunakan aku untuk pasang ayat Ruqyah. Aku tahu aku adalah segala-galanya bagi Nadia. 

Sampailah tahun ni, aku ditimpa sakit-sakit badan sekali lagi. Ketika itu aku dah nampak Nadia mula fed up dengan aku, manusia memang tak reti bersyukur. Tetapi atas sisa kasih sayang, Nadia hantar aku ke hospital untuk perbaiki badan aku yang sudah tidak berfungsi.

Alhamdulillah, aku kembali sihat, Nadia pun kembali menghargai aku. Aku teruskan kerja aku dengan penuh dedikasi walaupun Nadia dah tak guna aku sekerap dulu tapi aku tetap bangga berkhidmat untuk dia.

Sehinggalah minggu lepas, aku tak boleh dihidupkan. Aku tak tahu apa masalah aku kali ni, mungkin faktor usia. Aku nampak kekecewaan di muka Nadia. Aku tahu dia sayangkan aku macam mana dia sayangkan ex dia, Acer. Cuma kali ini aku tak dapat beri jaminan samada Nadia akan hantar aku ke hospital atau ke kubur. Mana-mana pilihan Nadia, aku hormatinya sebab Nadia dah jaga aku sebaik dia mampu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hidup pasti mati. Tapi aku tetap harapkan Nadia hantar aku ke hospital sebelum berputus asa.

Yang mengharap,
Asus. 

18 comments:

  1. hahaha... terasa diri mcm cik asus, meh nak repair... simptom mcm mana asus tu, cer cita

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha simptom nya x blh nak on. hahaha. tu je mampu bgtau

      Delete
    2. ram dia ja kot tu, bukak blkg laptop tu perati betui2 ada sign mcm pembaris, just bukak skru area tu ja, kuarkan dan scrub dgn pemadam di kaki ram tu, mcm kita wat kat ic or kad bank bila cip x leh detect.. just try, x slah mencuba.

      Delete
    3. camne kalau dah bukak x reti nak pasang balik? hahahha. will try inshaAllah *berlari pergi beli screwdriver haha. thankyou by the way :)

      Delete
    4. Nad dpt dah solutionnya, yg pasti kat opis u tu mesti ada yg berjawatan it officer or it technician yg jaga hal ehwal sistem opis u tu kan, pi serah kat depa pasti depa tolong punya.. bukan apa sekadar sayang kan cik asus tu takut diketepikan cam tu ja :)

      Delete
    5. hahahah ye x ye. baiklah. terima kasih atas cadangan.

      Delete
  2. alahai, semoga tuan asus masih menyayangi mu asus.

    IQ pun pakai asus, hidup sampai sekarang tapi dah rasa malas nak pakai hp byk2...asus letak tepi...kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha inshaAllah.

      oh Nadia punya laptop hehehe

      Delete
  3. aku sedih baca ni sebab aku sedang alami benda yang sama...wuwuwu.. Aku rajin jugak bayangkan barang2 aku ialah benda bernyawa..huhu..

    Karangan awak, Nadia, cikgu bagi A+..cenggini ha..! UvUd *thumbs up.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aku mmg sentiasa mengannggap semua benda hidup termasuklah pinggan mangkok. kahkahakah

      tq cikgu. taknak A. nak cornetto hahaha. UvUd tu apa weh? sorry aku x imaginatif. tak dpt byg kan apa ahhaha

      Delete
    2. sedih kot bila dok anggap macam tuh..huhu..

      Cornetto ape ade hal..hang do'a aku dapat keje kat perak, aku belanja hang..! haha..
      aku dah agak but I can't help it nak guna jugak.. 'U' dua ketul tu mata tertutup, 'v' tu pulak senyum bentuk v, 'd' pulak thumbs up.. haha.. emoticonla kunun..XP

      Delete
    3. kan. syahdu. sebab tu kalau aku basuh pinggan aku bilas cepat-cepat, aku risau dia pedih kene sabun hahahahha. kdg2 aku rasa aku gila.

      okay skrg aku doa haha. oh ok now i know. tq for explanation hehehehe

      Delete
  4. Hahaha.. tak boleh tak gelak weh baca cerita kau ni. Kalau aku cikgu, ni karangan contoh aku bagi kau murid2 aku...

    Semoga tuan si asus jumpa ikhtiar utk selamatkan asus. Ex kau ada dengan aku, Acer. Masih berkhidmat dengan setia dengan aku..Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan la gelak, cerita sedih kot ni wehhhh hahaha

      semoga, semoga hehe. jaga ex aku elok-elok. yg dah lepas jangan dikenang lagi *tetiba haha. tapi acer terbaik (model lama)

      Delete
  5. Teringat arwah acer sy. Arwah baik dan banyak berjasa sepanjang hayatnya. Byk kenangan kami spnjg 3 thun di universiti. Semoga arwah tenang disana. Huu.
    Semoga cepat sembuh asus sis.
    Kalau sis dpt pengganti asus sis sekalipun.
    Yg kedua tentu xkan sama dgn yg pertama. Hee.
    Take care sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asus ni memang yang kedua. yang first acer jugak, dah arwah. moga acer kita bahagia di sana hahahaha. betul, first ni selalu sentimental value dia deep sikit hehe
      take care too :)

      Delete
  6. Cerita ini menarik, tapi saya perasan ianya lebih ke arah memuji tuannya, nadia. Kenapa begitu? Saya rasa ianya mungkin untuk menutupi kisah sebenar yang berlaku, iaitu kes penderaan asus. Dengan menggunakan kaedah deduksi, saya dapati asus didera sepanjang dia berada di dalam pegangan tuannya, tetapi disebabkan asus rasa simpati dengan keadaan nadia yang kurang berpengetahuan tentang teknologi, maka asus berisiko tinggi untuk mendapat sindrom stockholm. Saya yakin disebabkan sindrom ini, asus sentiasa berbelah bahagi sama ada untuk selamatkan diri atau teruskan berkhidmat. Jadi persoalannya, adakah masalah "tidak boleh dihidupkan" ini merupakan keputusan asus untuk selamatkan dirinya dari nadia? Jika saya berada di dalam keadaan asus, saya akan jawab ya. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nadia yang minta dipuji, ini semua ditulis oleh asus. so jangan salah sangka. bersangka baiklah kamu sesama makhluk ahhahahaha.

      haha tak2, jangan tuduh melulu asus saya begitu *tekup telinga asus* orang macam awak lah yang boleh meregangkan silaturahim, dosa tahu? hahaha.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance