Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 4 January 2017

2017

Tahun ni aku nak masuk 27 weh (kalau sempat) *lari mengerbang pakai baju kelawar keliling rumah*. Cepatnya masa berlalu, rasa baru semalam dilahirkan hahaha. 

Aku ni manusia yang tak heran hari jadi ke tahun baru ke hari ulang tahun perkahwinan ke. Memang la kau tak heran ulang tahun perkahwinan dah kau tak kahwin lagi! Dol! Tapi so far aku memang treat hari sama je. 

Aku tak pernah ada specific azam *lame*. Apa aku nak, aku doa je, kekadang aku usaha to achieve, kekadang tak bahaha. 

2016; macam tahun-tahun sebelumnya, ada ups and downs but overall aku berjaya melaluinya, masih bernafas masih boleh bergelak ketawa.

What 2017 will bring to me? I just don't know yet. Tapi permulaan 2017 memang menduga betul.

Kelmarin aku ada dokumen rasmi nak di emelkan, dokumen tu perlu di scan. Satu rumah aku cari scanner aku tak jumpa; bawah dapur, dalam almari, dalam luggage, semua tempat tak logik pun aku cari, belakang TV contohnya. 

Then adik aku teringat time raya hari tu dia letak kat rumah makcik aku, aku suruh dia ambil, then dia ambil. 

Aku dah set up laptop semua, baru nak plug in baru aku perasan wayar printer aku putus kena gigit tikus! Binawe. Pak pum pak mustape betul. Fed up betul aku rasa time tu, aku campak wayar tu atas karpet, aku biarkan printer tu bergelimpangan tengah-tengah ruang tamu tu, aku masuk bilik, tutup lampu dan tidur. Hah. What a night.

Pagi esoknya baru aku kemas. Then pergi rumah cousin aku pinjam scanner dia dan berjaya hantar email sambil main-main dengan anak dia yang obviously suka aku *self proclaimed*. Lega.

Budak-budak memang boleh menenangkan perasaan kan? Hari tu tengah serabut tetiba cousin aku umur setahun datang peluk then kiss aku. Hilang weh serabut tu. Aku syak aku perlu anak la. Okay siapa nak bagi? Hahahhaha.

Aku dah lama gila tak balik kampung sebab setiap weekend aku lately fully occupied. Kerja la, berjimba la. Rindu nenek. Weekend akan datang ni aku tidur rumah Pah sebab dia buat kenduri sikit nak pergi umrah. Rezeki Pah, dah 3kali Allah jemput dia pergi sana. So ingat nak jumpa time tu la. 

Sekali semalam Pah yang datang rumah sambil cakap lama tak jumpa aku hahahaha. Tetiba rasa macam cucu derhaka. Sorry Pah. 

I miss you Tok.

Makin tua ni hati aku makin fragile, tak sekuat dulu. Dulu aku tough kot sampai ramai cakap aku takde perasaan. Tapi perasaan dulu yang takde tu agaknya sekarang kot baru berkumpul. Perghh feeling lain maciam sekarang ni. Salah sikit je rasa sayu je hati, rasa cepat je nak bergenang air mata. Apa sudah jadi Nadia? Haha. 

Aku harap 2017 ni akan jadi tahun yang baik untuk kita semua; untuk negara, masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Ameen.

Dunia makin tenat, kita pun. Moga kita kuat untuk tempuh segala macam ujian, let it be ujian fizikal ke ekonomi ke perasaan ke.Selagi tak ditakdirkan mati, hiduplah sehabis baik. 

Adios. 

10 comments:

  1. Sy 28 thun ni. Not married yet. Berkerjaya. Ntahla. Ramai yg ckp mesti sebab memilih. I dont think so. Bukan xde yg approach. But the one that can touch my heart i didnt find yet. Sama la makin sensitif skrg ni. Mana pegi entah hati sado tu. Huhu. Slmt tahun baru 2017 sis. Hopefully everything will much better to us. Yg penting moga Allah redha apa jua yg kita lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nahh dont worry, there is no specific age to get married. it will come on the right time together with the right person. biar apa org nak kata, yg nak hadap nye kita, dorang tu pandai mengata je haha.

      makin tua mmg makin sensitif agaknya. haha

      slmt tahun baru. Ameennn. InshaAllah

      Delete
  2. Pakai phone pun boleh kalau nak scan. Kadang2 aku pakai je app camscanner tu. Amik gambar terus boleh scan documen tu. Tapi tu la sebab dokumen rasmi takut tak sesuai pulak. Sebab nanti dia keluar tulisan camscanner bapak besar kat belah bawah dokumen tu..

    Dapat main la! Dua kali aku taip amin lak. Haha... Dapat main dgn budak kecik best kot.. lagi2 yg umur 1-3 tahun. Dia kalau dah besar sikit kadang2 ada yg kurang ajar. annoying..

    Apa2 pun semoga tahun ni kau kahwin. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yeke? kenapa kau baru bagitau haha. kalau terdesak gasak la pakai haha

      haha. meh aku aminkan. amin haha. betul! yg dah 4 tahun ke atas dah pandai melawan, rasa nak tanam dalam tanah bagi kepala je tersembul hahahahha

      haha ameennnnnnnnnn. (nampak tak panjangnya amin tu) hahahahhaa

      Delete
  3. hahhahha hokey enjoy giler baca entry Nadia.. for me pun permulaan tahun baru yg agak tough la..sabo jela..kan janji nak jadi jiwa sado..kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thhank youuu. hahaha yeahhh jiwa sado amat penting hidup zmn skrg. we can do it. yeayeahhhhhhhh

      Delete
  4. Tak kira apa aku tahu 2017 adalah tahun yang baik untuk kau.
    Aku rasa kau pun tahu kan 2017 tahun yang baik untuk kau.
    **angkat-angkat kening**

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. aku tak tahu! btw, TQ cEro. Ameennnnnn

      Delete
  5. hemmm. terbalik la pulak. Saya makin tua, makin insensitive hehehe. tp yang penting... kita kena sensitive kat perasaan orang kita sayang. cia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hidup ni memang berpusing gitu kot. manusia berubah.
      betul, care for who you love. ahaa

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance