Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 7 December 2016

Jangan membebel

Aku selalu dengar para isteri merungut pasal suami dekat orang lain; kawan pejabat atau ahli keluarga. Merungut dan membebel. Aku tak boleh dengar, aku jadi sakit hati, panas hati. Tak tahu kenapa.

First, aku memang tak suka dengar orang membebel walaupun bebelan tu bukan untuk aku, especially bebelan yang membingitkan. Aku akan rasa sakit hati dan marah. Dulu pagi-pagi Mak selalu membebel suruh adik laki aku yang tidur mati tu bangun. Sambil dia buat kerja dia bising dekat adik aku. Aku akan tekup telinga sebab aku memang tak boleh dengar. 

Satu, aku tak suka bising-bising yang bingit. Dua, aku sakit hati adik aku tak bangun-bangun rasa nak masuk bilik dia sebat dengan tuala sekuat hati. Tiga, aku tak suka dengar Mak aku marah-marah pagi-pagi, aku tahu dia penat. Membebel tu pun memenatkan tahuuuu. Rasa tu semua buat hati aku nak explode rasa nak mengamuk.

Membebel nasihat aku boleh terima lagi, dengan nada yang okay. Tapi membebel sambil marah dan takde penyelesaian ni memang aku panas hati sikit. Dulu aku baran jugak, sekarang dah malas nak bising. Pernah sekali Mak aku bebel suruh adik aku makan selagi adik aku tak bangun makan. Aku panas hati time tu aku sound Mak aku dengan nada yang elok la *tapi still anak derhaka* 'Mak, dah la tu lantak dia la nak makan ke tak, yang lapar dia, mengada orang dah masak taknak makan, lapar nanti pandai la dia cari, jangan bising-bising' 

Hari tu aku dengar dua orang perempuan membebel campur merungut pasal suami dorang. Itu tak kena ini tak kena. Aku faham dorang penat but still aku tak boleh dengar plus aku rasa benda yang dibebelkan tu benda simple lahai sangat. Bingit telinga aku. Lagi satu aku rasa malu bagi pihak laki tu, tak tahu kenapa. Macam menjatuhkan air muka laki sendiri. Aku akan bla kalau dorang start memburukkan suami dorang. Sebab nanti bila aku jumpa laki tu aku yang akan segan. Faham tak perasaan tu?

Kekadang tu ada dia burukkan suami dia depan orang ramai. Aduhai. Yang tu memang aku bla terus sebelum aku yang mengamuk sebab aku nampak muka suami dia malu-malu alah dan aku tahu baik suami dia. Setakat benda-benda kecil kau nak bebel macam suami kau buat dosa besar dah kenapa. Suami salah beli jenama roti pun membebel macam suami tu langsung tak nak pergi belikan.

'Takkan benda simple pun tak tahu. Orang dah penat-penat buat semua kerja rumah, suruh beli roti pun salah beli, hari tu suruh beli KFC beli McD....' bla bla bla terus merungut dan ungkit cerita dari sebelum kahwin lagi. Semua yang dia ungkit benda kecil; suami sesat time nak pergi kenduri, suami lupa angkat kain, suami beli makanan kat kedai lain dari kebiasaan. Suami dia senyum je. Korang tak tahu macam mana aku tahan perasaan aku dari nak je bangun pergi sepak perempuan tu sekali. 

Bersyukur please ada suami. Tak fikir ke yang bujang ni semua kena buat sendiri? Hahaha

Niat dorang mungkin sekadar nak bercerita je, biasalah perempuan dengan drama dan emosi so nada jadi tinggi tapi bunyinya terdengar macam mencanang sesuatu yang sangat buruk. Padahal kalau kau tapis elok-elok takde apa pun isunya and kalau nada tu rendah and cakap gelak-gelak mungkin akan rasa tu isu yang kelakar. Ni tak cakap terjerit-jerit marah macam nak keluar anak tekak.

Aku belum jadi isteri so aku tak tahu nanti aku macam mana. Tapi harapnya tidaklah aku menjadi seorang pembebel dan mencanang kelemahan suami aku kat orang. Nauzubillah. Tolonglah jangan jadi annoying Nadia. Marilah kita bersama berdoa tak jadi isteri yang banyak mulut sangat. 

Kekadang bercerita tu takpe. I mean yang baik-baik. Tapi jangan pulak hari-hari memuji laki kau. Muak jugak aku dengar macam kau sorang je ada laki sebaik tu. Karang ada orang berkenan dekat laki kau karang haaa hahaha.

'Ya Allah semalam saya tertidur, bangun tidur satu rumah licin satu zarah habuk pun takde suami saya bersihkan'

'Suami saya time saya demam jangan harap dia nak bagi saya bangun, padahal demam sikit je, semua dia jamu atas katil, dia masakkan. Tak pernah saya tahu suami saya masak sedap macam tu' 

'Ya suami kau bagi kau pergi kursus sendiri? Suami aku memang tak bagi aku pergi mana sorang-sorang mesti dia nak hantarkan, pastikan aku selamat' 

Tahu suami kau baik, just keep it ok? Lain rumah tangga lain cara dorang uruskan. Jangan bandingkan kehidupan kau dengan kehidupan orang lain. Jangan burukkan pasangan. Aku yang bujang ni yang pening dengar. Heh.

22 comments:

  1. oRang yang terlalu mencanang kebahagiaan sendiri adalah orang yang tak betul-betul bahagia. Orang yang yang canang keburukan dan kekurangan plak orang yang tak reti bersyukur.

    Pokoknya, cita dalam kelambu, biarlah penghuninya saje yang tau. Tak luak pun kualiti hidup klau tak canang kat orang. kepochi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. harapnya nanti kita tak la begitu. kita perlu jadi isteri solehah Day! *semangat berkobar-kobar hahaha

      Delete
    2. aku kagum betul penggunaan bahasa Day ni.. BM power, English pom power..haishh..kagum beteile..

      Owh, aku setuju dengan Day.. Aku kalau happy kadang tak sempat share pun kat social media..haha.. kadang-kadang orang macam ni dia capai happy dengan komen dan like kat media social..bukan dari event happy tuh sendiri..

      "Pokoknya, cita dalam kelambu, biarlah penghuninya saje yang tau." it rhymes.. UvU

      Delete
    3. Kan. Day bahasa mmg power. kan, kejar likes dapat apa tak tahu haha.

      Delete
  2. Aku pun tak suka dengan orang nag dalam nada tinggi, high pitch, nyempreng.. sebab nanti aku pun jadi baran..haha.. sebab tu kalau sakit hati, aku selalu diam jek..

    itula, a/bila jumpa orang pelik-pelik, perangai tak semenggah, mula-mula tuh mengutuk jugak dalam hati, yela, setan pangkat besar dok tepi..haha.. Tapi lepas tu istighfar dan mintak Allah jauhkan diri sendiri daripada perangai pelik2 macam tuh.

    Mak aku pun kuat membebel tapi sekarang aku rasa berterima kasih sebab mana2 aku pergi pun aku terasa dia ada dok ingatkan aku macam mana nak jadi manusia dan paling penting, pompuan..

    Aku dok risau kat anak aku ni sebab aku tak rasa aku kaki bebel..hahaha.. jadi manusia ke tak entah anak aku nanti.. Phhuuiihh, kawen pun belum.. Nak kawen tapi takde orang nak..! wakakaka.. Ok, tak lawak.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha sama. aku pun kalau sakit hati aku diam sebab aku taknak bising2. perit telinga haha

      aah kdg2 sedap je mulut ni mengata, lps tu kena batang hidung sendiri. so kene mcm kau ckp, istighfar dan doa mintak jauh perangai gitu

      aku x kisah kalau mak aku bebel dengan nada yg bertoleransi, bebel la setahun pun. aku tak boleh high pitch je. dgn adik laki aku je kene cmtu sbb dia ketegaq.

      aku pun weh. aku jenis ckp sekali je. nk dgr, dengar. taknak dengar sudah. tapi dh jd mak nnti aku rasa power of membebel tu auto akan ada hahaha. doa Lee. power of Doa hehe. ada punya org nak cuma x sampai masanya lagi.

      Delete
  3. Sapa je yg suka dengar bebelan ni? Even kalau batman memebebel kt aku pun aku takkan teragak-agak utk tibggalkan dia, haaa nampak tak betapa bencinya aku disitu.

    Dan aku pun xsuka ahkak ni semua dok jaja cerita psal laki. Vice versa. Hal laki bini jgn nak dipublic kan sangat. Laki beli mekdi instaed of kfc pun meroyan, laki beli tapai baru ada akai, huhh bak sini lah laki ko tu, eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kann. tapi ada org mmg jenis suka membebel semua benda. i kennot

      hahahhaa it's rhymes Zy! Hahaha. kan. kita dah kawen nnt jgn joyah begitu ye, doa doa. biar kita jadi bini ku gansgter takpe dari bini ku joyah. haha

      Delete
  4. Sama la. Xsuka dengar org membebel & diri sendiri pun xsuka membebel. Sbb tu bila staff buat masalah ke, ada disiplin issue ke mmg sy xmembebel, cuma bagi memo je terus. Huhu. Terfikir jgk klau kwen nnt xnk bebel nk bg memo jgk ke kt husband. Hehe. Take care sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan, membebel ni penat esp kalau masuk telinga kanan keluar telinga kiri. tapi ada masa teguran tu perlu untuk message tu lebih sampai. haha wow mesti banyak kat fridge memo nnt hahaha. take care too

      Delete
  5. Teringat pula aku pun pernah ter-sound mak aku sebab menjerit2 panggil adik aku dari atas rumah. Lepas tu mak aku merajuk dengan aku padahal yang buat dia marah ialah adik aku. Adik aku pulak selamba buta donno macam takde salah adoiii sakit hati aku.

    CUkup takleh terima jenis yang nak merungut-rungut ni tapi guna alasan 'sekadar nak kongsi cerita'. Tak faham ke dia tak semua cerita boleh dikongsi? Cerita pasal buruk laki sendiri pulak tu adoiiii

    Nad, nanti jangan jadi macam tu. Kesian bakal suami kau hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha. mak kau merajuk sebab kena tegur eh?

      kan. aku ingat benda tu fenomena biasa bg org kahwin. tapi aku harap aku bukan mcm tu nnt.

      doakan aku hahahha tapi memula doakan aku kahwin dlu hahahaa

      Delete
    2. Haah. Mak aku merajuk dgn aku sebab kena tegur menjerit. Aku risaukan jiran dengar je sebab nanti nama dia jugak buruk, tapi apakan daya. Orang tua memang ada pride dia sendiri tak sanggup kena tegur dgn anak jadi aku pon mengalah hahahahaha.

      Delete
    3. hehe kannn. kita dah tua pun mcm tu agaknya.

      Delete
  6. syukur la ada suami, huhu, nanti tak ada suami jadi la macam IQ, rindu! haha!

    suami baik kena diam2, nanti kena kebas..huihuihui XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. hargailah suami anda.

      ha kann. krg kene kebas menangis hahaha

      Delete
  7. Takde siapa suka dengar org membebel. Sbb tak masuk otak pun sebenarnya. Yg masuk sikit je...

    Aku kalau dekat2 terdengar cerita privasi ni aku pun aku cuba elakkan. Buat2 busy kerja ke. Pergi la mana2... Toilet ke... Buat penuh memori kepala aku je nak tahu pasal benda2 camtu. Yg kau selalu dengar tu memang jenis isteri tak bersyukur betul. Benda kecik gila kot yg dia bebelkan.. Ada org ada masalah lagi besar rilek je settlekan senyap2..

    Btw aku pernah cakap sekali macam ni sekali kat ibu aku masa dia membebel kat adik aku kot " Ibu, rilek bu.." Pastu dia tak berapa nak membebel. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masuk sikit tu kira bagus sangat la tu

      kan. secara tak langsung kita pun boleh serabut. terfikir macam ni ke rupanya perkahwinan. it's how we handle things kan, ada orang memang cepat melatah.

      haha. kesian mak mak ni makin tua patutnya jiwa dah tak payah kacau nak bebel2 dah kan

      Delete
  8. hahaha. sebenarnya memang adat lar sesetengah kuat membebel. asalkan bukan berleter yang tinggi sore tu. kadang2 saya membebel jugak.hehe. tapi saya cakap apa perlu. and cakap apa kena buat. mengumpat jauh sekali.
    membebel ni kena practical sebenarnya. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. membebel walaupun tak tinggi suara tapi tak berhenti boleh jadi annoying jugak if keep cakap benda yg sama haha. manusia mmg x lari dari membebel kan. hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance