Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 7 December 2016

Apa yang aku nak buat tapi macam mustahil

Tattoo
Hahahha aku teringin nak ada tattoo. Kafir sangat keteringinan kau ni. So sebab ianya satu dosa maka tidaklah aku teruskan hajat. Ada nafsu boleh ikut ada nafsu eloklah kau simpan. Kalau nampak mat saleh pakai sleeveless and ada tatoo belakang bahu wow sexy back! Haha. Aku tak suka yang crowded, aku suka yang simple but amaizing.

Bela anjing
Anjing comel weh, yang breed husky tu. Hmmm bestnya kalau dapat bela. Tak kahwin pun takpe kakakakaka

Pusing 1 Malaysia sorang-sorang
Ni menjadi kekangan adalah cuti dan duit of course. Nak tunggu tua nanti tak larat. Target aku satu negeri satu pulau tak kira la pulau cantik ke tak cantik ke. Takde pulau kita tuju hutan atau sungai, takde jugak kita tuju longkang, kalau takde jugak kita main tuju guli je lah.

Join off road 4x4
Teringin weh redah curam, hutan banat, air sungai deras, main lumpur naik 4x4. Tapi aku nak jadi penumpang je lah haha. 

Drift
Aku teringin nak belajar drift. Like teringin gila walaupun aku bawak kereta auto hahaha. Aku suka kelajuan. Time jalan lengang time tu malam aku pernah try Axia sampai 140km/h tapi slow down lepas tu sebab rasa kereta tu nak meletup hahaha. Kalau aku kaya sekalipun aku tak rasa aku akan beli rumah mahal, kereta mahal mungkin ye. Manusia berfikiran pendek  macam aku memang puaskan nafsu dulu dari harta. HAHAHA

Korang pernah ada Brick Game tak? Tau tak game yang main elak2 tu? Ha tiap kali aku drive aku imagine aku tengah main game tu. Cilok sana cilok sini. Haha. Gila.



Travel the world
Banyak sangat keinginan aku nak travel. Boleh tengok kat wishlist aku. Tapi tu lah dianya, sama reason dengan point nombor 2. Duit dan masa *sigh*

Own and ride a superbike
Cool kan. Lesen pun B2 berangannnnnnn. Haha

Ada rumah atas pokok dalam hutan
Indahnya hidup. Atap biar lut sinar, boleh nampak bintang-bintang di celahan rimbunan pokok. Perghhhhh. Tidur dengar bunyi unggas, rimau mendengus, singa mengawan hahaha. Bangun pagi swing guna tali terjun dalam sungai. Kalau aku request dekat Pejabat Hutan dorang bagi tak? Hahahaha. 

Berangan free. Kekadang rasa kecewa jugak sebab tahu benda tu susah nak gapai. Nak sedapkan hati aku cakap 'kat Syurga nanti aku nak mintak lah macam ni'

Satunya, kau tu confirm ke syurga ke? HAHAHA

Duanya, jangan samakan syurga dengan dunia sebab indahnya dunia tak langsung terbanding dengan indahnya syurga. Nanti dah kat syurga kau lupa dah semua keinginan kau dekat dunia ni.

Ada paham?

Kenapa keinginan aku semua macam jantan? Huahuahua

12 comments:

  1. Nad! Aku pun tgh fikir apa perkara mustahil yg aku nk buat! Ko tggu aku punya versi pulak, hahahha.

    Emm bagi aku semua perkara kat atas tak mustahil kecuali tattoo, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay aku tunggu. haha

      mustahil tu tak. tapi mcm susah nak capai. hahaha. tatoo tu pun boleh kalau nak

      Delete
  2. Hmmmmm. semua benda ko senaraikan ni pun aku rasa nak buat dan juga mungkin sukar untuk dicapai..haha.. tatu tu boleh buat bila-bila masa tapi yang boleh padam bila-bila masa tu jugakla..haha.. kalau buat yang kekal sampai neraka tuh memang kena rejam dulu dengan bapak aku..


    Hehhh, we're in an agender world now.. so takde istilah macam jantan, macam pompuan or macam pondan, macam bapok or macam-macam lagi..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kann. jom buat sama Lee. ada eh tatoo sementara? guna marker ke apa? haha

      kan, dunia semakin universal. yg pentingnya kdg2 perempuan lagi jantan dari laki hahaha

      Delete
  3. Bab tatoo tu aku pun nak gak. Pernah berangan buat tattoo kt pergelangan tangan macam tribal tattoo. Pastu tindik banyak2. Pastu kaler rambut.. Angan-angan yang sangat tak islamik. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha omaigod Day u r so me. tapi aku tak la nak tindik, warna rmbut ada. kahhh keinginan liar sangat.

      Delete
  4. Kenapa mustahil?
    Aside from tattoo yang confirm tak boleh, yang lain sebenarnya boleh je kalau nak, kan?

    Tapi rumah atas pokok aku pernah ada masa sekolah rendah. Aku dan dua kawan aku bina ran (rumah atas pokok) atas pokok ceri so bila lapar petik je ceri hehehe awesome tak?
    Tapi bila naik form 1 masing2 bawak diri, pokok tu pun dah tak ada dah sekang sebab area private orang lain punya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mustahil dari kekangan diri sendiri. umur makin lanjut, kekangan masih tak diselesaikan haha.

      weh awesome. kau pandai bertukang? buat untuk aku satu rumah atas pokok hahaha

      Delete
    2. Tunggu kita serumah nanti aku buatkan satu untuk kau #eh
      Hahahahaha

      Delete
    3. wow. pick up line ke apa ni
      hahahhaha

      Delete
  5. Haha ye la agak jantan jugak kau punya perkara mustahil nak buat ni. Kalau yg travel tu ramai org ada keinginan dan kekangan yg sama.

    Tapi tak boleh blah la kau drive imagine macam main game brick tu. Kalau main game tu makin lama makin laju. Kau pun buat la benda sama. Makin lama makin laju sampai accident. Baru la feeling... Hahaha... Pastu kau imagine cilok sana cilok sini. Ganas kau ni. Persoalannya kau cilok ke tak? Ke bayangkan je?? Tak cool la bayangkan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, semua rakyat marhaen kot ada masalah yang sama.

      aku kalau takde kereta makin laju la, kalau byk kereta aku slow down la. takde la sampai nak saja-saja langgar, cari nahas hahaha. mana boleh cilok kita cilok plus kereta aku kecil je lagi senang haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance