Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 2 November 2016

The happiest person is the saddest

Aku bersuara kuat dan lantang. Memang tak payah pakai mikrofon. Tapi aku selalu rasa suara aku biasa-biasa je haha. Aku dah biasa hidup dengan orang yang suara macam halilintar so bila orang cakap lemah lembut tali kecapi dengan aku, memang aku tak dengar woi haha. Telinga aku dah ada standard frequency dia, bawah sikit je terus siaran tergendala.

Macam-macam cara aku pernah kena tegur

'Woi aku kat sebelah kau je, yang kau cakap macam aku 2 marhalah dari kau kenapa?'

'Kau punya bisik macam orang normal cakap'

'Eh ni kau nak cerita dekat aso sana jugak ke?' *sambil tunjuk meja makan paling hujung -_-

'Maaf ye cik, suara dia ni memang macam tertelan microfon dari lahir, dalam badan dia ada amplifier' 

Penah juga kena tutup mulut. HAHA biadap semua orang. Family aku memang suara kuat-kuat. Rumah kitorang retak sebab suara sendiri la. Haha. Just imagine tok aku keturunan india, nenek aku cina, dua2 jenis bersuara lantang HAHA.  

Lagi satu aku kuat gelak. Aku mudah terhibur, dengan orang lain dan diri sendiri. LOL. I always have naughty and weird imagination in my mind. I always create a conversation within myself. Kekadang aku cakap dengan kereta dengan signboards, kadang-kadang aku cakap dengan semut tapi dalam hati je la, kau gila aku nak cakap kuat-kuat! HAHA. Kekadang aku angkat-angkat kening dengan anjing, kekadang aku sergah kucing yang tengah makan friskies. Kekadang aku belai kumbang. Kadang-kadang aku cakap dengan Beron.

Bila fikir-fikir balik, aku rasa aku gila. Ke korang pun gitu? Haha. Harap bakal suami aku redho.

Aku suka senyum jugak. Cikgu sekolah pernah tegur aku 'Nadia awak memang tak pernah ada masalah ke? Saya tengok awak ni senyum je'. Ha tu lah masalah saya cikgu, saya senyum je haha. Sampai ada laki pernah cakap aku suka dia sebab setiap kali terserempak dengan dia aku senyum. Dah tu? Takkan dia nak aku lepuk dia pulak. Macam tu ramai la orang aku suka. Wow! Haha. Tapi lepas incident tu, aku jarang dah senyum kat laki, aku jalan tunduk je taknak pandang. Sebab kalau pandang mesti aku senyum.

Ada sorang ustaz kat sini handsome woo walaupun dah tua haha. Tapi sebab dia ustaz takde la aku senyum  kat dia, aku just tundukkan sikit kepala. bajet-bajet sopan gitu. HAHAHA fake Nadia fake! Satu hari aku tengah gelak-gelak sekali ustaz tu lalu maka aku tersenyum kat dia. Then sejak hari tu kalau dia jumpa aku dia senyum dia tunduk sikit and bagi salam. Rasa macam nak gugur jantung aku terus rasa nak pakai purdah HAHAHA. 

Ye aku kuat main, aku kuat gurau aku jarang serius. Siapa yang betul kenal aku je aku nampak part serius aku. Sebab tu kalau aku PMS ke apa ke orang boleh perasan sebab aku jadi sikit passive and nampak dekat rias muka walau macam mana pun aku try hide. Sampai budak kantin pun akan tegur.

Aku jenis manusia yang hide sedih aku, taknak siapa tahu. Macam mana aku down pun aku akan lari dari orang. Kalau betul-betul nak burst aku akan keluar, lepak sorang-sorang. Selalunya malam la, aku cari tempat yang tenang tapi ada orang. Tengok orang bergembira boleh tenangkan aku sikit, aku boleh senyum tanpa sedar. Tengok family tengah bergurau, tengok orang main skate sampai tertonggeng, tengok budak-budak berlari sambil gelak, tu semua kind of therapy. Dah okay nanti aku balik la or if makin tak okay aku nangis sorang-sorang sebab tu aku pilih malam takde orang nampak aku nangis haha. Drama kuat kau ni

I know how to share happiness but not sadness. Aku rasa kesedihan tu satu beban dan beban tu biar aku sorang yang tanggung sebab aku tak nak orang lain rasa apa aku rasa sebab rasa tu benda yang tak best. 

Tapi aku paling tak malu dengan Allah. Lepas solat aku boleh burst terus tanpa sempat nak selindung dah. I know that I always have him, no matter what. I know He's always here for me. He knows I'm broken inside even I didn't tell Him. He has the cure.

Betul la orang cakap, kekadang the happiest person is the saddest. Perghhhhh padu ! HAHA. 

15 comments:

  1. Wow! Aku macam tak sangka kau seorang yang bersuara lantang.
    Imej kau pada fikiran aku macam seorang yang kalau nak cakap pun kena tutup mulut tersipu-sipu gitu hahaha...

    Tapi dari pembacaan blog ni aku tau kau jenis pendam sedih.
    Yup, ada level kita boleh pendam. Tapi kalau teruk sangat apa salahnya berkongsi.
    Kekadang berkongsi dgn orang luar yang tak ada subjudis lagi elok daripada berkongsi dengan teman rapat yang mengenali, kan?

    Cheer up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha kau tertipu cEro

      yes cEro. You're right. Cerita dekat stranger kdg2 lebih melegakan. can I talk to you? hahahahahhaa

      Delete
    2. You can always talk to me Nad hehe

      Delete
    3. thankyou. appreciate that haha

      Delete
  2. Aku pun mudah terhibur. Tp masalahnya misalan aku tergelak tiba tiba depan pc kt opis, org ckp aku mental. Haihh.. Aku gelak payah, aku muka ketat pun payah. Aku bagi kaki kat muka baru okay kot, hahahah..

    Tapi level mudahterhibur aku berbeza kot dgn org. Selalunya apa yg aku gelakkan org tak rasa lawak dan vice versa. Tp aku tak pernah tak tergelak kalau ternampak kucing, hahah..

    Betul kot kata org aku baca kt mana ntah, orang sedih selalu ketawa kuat, wahahahahh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha orang dah biasa tengok aku tergelak. hahaha tu betul, aku setuju. manusia memang tak pernah puas hati.

      haha takpe zyra, thats you. lain orang lain dia interpret something hehe

      Delete
  3. Kalau aku bercakap dgn kau mesti kau tak dengar, sebab aku bercakap slow sikit kalau kat public. Dan aku tak suka kalau semua org dengar apa yg aku cakap . Nasib baik nak komen kat sini tak payah bercakap, kalau tak berapa kali dah aku kena ulang. Hahaha...

    Ada org simpan rasa tak best sendiri2 je. Tgk kau post kat blog pun boleh tahu kau try happykan diri kau walaupun kau ada masalah. Dan cuba happykan org lain jugak which is good pada aku. So, teruskan la merepek kat blog kau ni supaya ramai org dapat manfaatnya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha. sopannya kauuuuuu.

      hehe ramai rupanya nampak what kind of i'm. merepek is manfaat? Hahaha Aku akan terus berbakti hingga ke titisan darah terakhir haha

      Delete
    2. see, baca komen Bro pun aku leh tergelak! kahkah

      Delete
    3. haha memang mudah terhibur niiii

      Delete
  4. Banyak pendam.. Banyak setel sendiri masalah emosi..
    Aku rasa trait ni macam trait wajib yang ada kat blogger with exception blogger yang buat blog untuk portal gosip dan join giveaway. huhuhu.

    Semoga emosi ko sentiasa stabil dan sentiasa happy nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha u're with me also? oh tu yang hat nak tambah followers sekali kekeke

      thankyou Day. pray the same for you.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance