Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 23 November 2016

My bad

Aku manusia yang tak fikir apa orang rasa, aku just tahu apa yang aku rasa and that's enough. Sebab dari apa aku rasa aku tahu limit aku, aku tahu niat aku so peribliskan apa orang nak kata.

Tapi tu lah sebab perangai aku macam ni ada musibah / masalah yang menimpa pada orang lain. Sebab? Sebab salah sangka padahal benda tu takde apa pun. Dan aku sedar aku tak boleh terus macam ni. Bagi aku memang takde masalah tapi bagi orang lain ye benda tu satu masalah. Aku tak boleh fikir diri aku je, aku kena consider perasaan orang lain, aku kena take into account benda-benda tu untuk menjamin kemaslahatan ummah. Haha. 

Aku mengaku aku orang yang mesra bila aku dah selesa dengan orang tu. Laki ke perempuan aku layan sama je. Tapi sebenarnya dengan kawan laki tak boleh dilayan sama macam dengan kawan perempuan. Seriously selama ni aku treat kawan laki dengan perempuan equally. 

Mereka ajak keluar aku keluar, mereka nak cerita masalah aku dengar, mereka nak nasihat aku bagi, mereka buat lawak aku gelak, mereka sedih aku tumpang simpati. Sama tiada beza. Bila aku dah anggap kawan bagi aku jantina tiada beza. Cuma dengan laki tidaklah aku bersentuhan atau panggil mereka sayang or sewaktu dengannya. Dari segi lain memang aku tak bezakan. Macam mana aku loyar buruk dengan kawan laki, begitulah juga dengan kawan perempuan, macam mana aku concern dekat kawan perempuan, begitulah juga dengan kawan laki.

Aku tak sangka cara layanan aku menimbulkan rasa tak senang sesetengah pihak. Aku tak sangka cara layanan aku disalah tafsir oleh kawan aku yang berjantina lelaki. Dan bila ditegur, bila aku kaji semula aku sedar dan akui cara pergaulan aku dengan kawan laki perlu ada limit dia. 

Ramai kawan-kawan laki bagitau suka kawan dengan aku sebab aku kelakar dan aku orang yang positif. Dan sebagai kawan I feel obliged untuk jawab setiap message dorang or call dorang or ajakan mereka untuk lepak sambil bergossip. Aku rasa bersalah bila aku terpaksa kecewakan dorang which tanpa sedar aku turut kecewakan pihak ketiga atas layanan aku yang tersebut.

Friends are matter to me. Aku tak banyak kawan, so yang mana ada tu memang valueable untuk aku. Kawan here bukanlah yang setakat hi hi bye bye, kawan in real friend context. Yang ada time susah senang jatuh bangun gelak duka, yang always there for you, yang never judge you for who you are. 

Ada orang cakap aku naive. Aku tak boleh nampak niat orang kat aku, aku nampak yang tersurat tapi bukan yang tersirat. Entahlah, ye kot.

To whom it may concern, I'm so sorry. I still digest the limit that I should put on my friendship (with guy) coz before this I thought friendship has no limit. 

Apa salahnya berkawan? Apa salahnya bergurau dengan kawan? Apa salahnya keluar dengan kawan?

Ada salahnya Nadia. Memang ada beza pergaulan antara kawan laki dengan perempuan. 

I'm sorry for any inconvenience. My bad.

16 comments:

  1. Aku takleh nk komen. Sebab aku takde kawan, hahahahha *menangis dlm pasu.

    Tp bg aku la, kalau kau ada someone special ko kena laa bataskan pergaulan dgn kwn laki. Nnt dia ingat dia tak special sbb sama je ko layan semua, hahaha. Kena biasakan lah Nad, nnt ko kawen xleh dh sesuka hati keluar dgn lelaki. Come to think bout it, masa single ni lah nk keluar habis habisan! Yeargh go Nad *tetiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. menangis dalam pasu tu lawak sangat zyra oi hahaha

      yes i notice that too. benda tu mmg buat aku realise aah aku tak boleh layan laki mcm ni kalau aku ada laki nnt. it's noot good i know. selama ni aku memang pakai radak je hidup aku, tak fikir banyak. yeaaa sokong! hahahhahahahha

      Delete
    2. Aku setuju dengan Zyraaaaa..!!

      Delete
    3. haha tu la. aku pun setuju dgn dia. susah bila kekadang aku rasa aku laki hahahahahaha

      Delete
  2. I ada ramai kawan lelaki dari perempuan. Dengan alasan, kawan perempuan ni leceh. Kawan asek nak jaga hati je. Dengan lelaki simple, slumber. Nak lepak pun senang, mudah. Tapi tulah, ada juga mulut-mulut yang mengata, kata i player keluar dengan lelaki sini sana. Padahal kawan je. Nak treat kawan perempuan dengan lelaki equally memang susah sebab kawan perempuan banyak sangat songeh. Jadi cara layanan memang lain.

    Apa pun, buat apa yang you rasa selesa. Yang happy kan you. lebih senang dari nak jaga persepsi orang lain.

    Tapi betullah, memang ada batas kawan lelaki dengan perempuan. Jangan lebih dari batas tu sudah lah ...

    kan?

    =) take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul. kawan perempuan i semua mmg perangai macam jantan. takde nak sentap2 ni nak sensitif tak tentu pasal semua hati sado haha. so mmg i treat kwn laki dgn perempuan sama sbb yg perempuan mcm jantan hahaha.

      memula mmg fikir mcm tu tapi bila boleh merobohkan hubungan orang, i rethink balik. so yeahh.

      yes ada batas. i think we know the limit in friendship.

      ada yg jenis x senang tgk kita senang pun ye jgk

      take care too :)

      Delete
  3. good for you nadia *bagi 2 stiker bintang untuk self improvement*

    ReplyDelete
  4. Aku ramai kawan lelaki dari kawan pompuan sebabnya, profession. Ini menyebabkan aku agak awkward bila kawan ngan pompuan dan orang salah anggap aku sombong serta gedik sebab hanya berkawan dengan lelaki. Hakikatnya aku neves jumpa ngan kawan pompuan. Like really.. It's a serious problem.

    Anyway, berkaitan dengan batas pergaulan dengan lelaki. Bab tak bertepuk bertampar tu betul dah, Nad. Bab borak tu payah nk measure sebab kena follow common collective. Kalau ikut baseline orang sekeliling aku, gurau sampai keluar ayat mencarut tu boleh diterima pakai tapi mungkin dalam sekumpulan yang lain itu dah dikira melampaui batas. Pokoknya manusia adalah makhluk yang unik. Kena adjust case by case. Tabahlah Nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah memang org akan anggap begitu. aku pun kena. tapi yg dorang tak tahu, dalam diri aku ada jantanyya ahahhahaha. so kita tak boleh la berjumpa? nnt kau nervous hahah

      ye betul. aku dgn group ni lain cara aku komunikasi, dengan group ni lain pulak. kena adapt la.

      Delete
  5. Satu tip aku boleh bagi ialah
    kau cuba letakkan diri kau dekat orang istimewa yang tegur tu.
    Maksud aku, kalau kau ada seseorang istimewa, dan dia layan kau sama je macam dia layan orang lain tak kira apa niat orang lain tu, apa perasaan kau?

    Kalau jawapan kau 'it's okay apa salahnya', maka mungkin orang itu tak cukup istimewa bagi kau hehehe.

    So, boleh aku assume yang kau dah off market right now? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la. Aku ni manusia yang tak fikir orang lain. situasinya skrg aku yg 'orang lain'tu. susah benda ni bila aku easy minded. aku kene complicated kn sikit pemikiran aku ni. adududu. x tau la kau faham ke x apa aku reply ni sebab aku pun mcm x faham hahahah.

      pls, dont make an assumption, it's rarely true but sometimes it does hahaha

      Delete
  6. Hmmm.. Bagus jugak kau dah sedar. Dan bagus jugak org yg sedarkan kau tu.

    Kalau xde limit akan ada lelaki yg kecewa. Yg lelaki kau layan tu akan rasa difriendzonekan. Dan your special one tak rasa special. Aku agak je la.. Sbb aku tak pernah rasa dua benda ni. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul kot apa kau kata tu. aku pun x pasti. sebab aku macam x fikir apa org rasa hahaha. kejam. aku fikir aku je. susah dah lama single ni bahahahhaha

      Delete
  7. Aku pun ramai kawan lelaki sebab main basket..hahaha.. dorang pun treat aku macam lelaki.. semua pun boleh kawan ngan aku sebab katanya aku macam lelaki..

    Aku pun taktau nak bagi pendapat apa, sebab tak pernah lagi kena tegur macam ko kena sebab takde orang nak kat aku..haha..

    tapi masa aku kapel dulu, ada ex aku yang tak suka aku lepak2 ngan kawan2 lelaki..kalau boleh, main basketball pun dia tak bagi.. so aku ikut jela, xdela keluar lepak2 ngan kawan2 lelaki lagi dah..

    tapi kalau aku ada husband yang orang kata sahabat sehidup semati tuh (boleh cuddle sumore), aku tak heran dah kawan2 lelaki aku..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha thats y. kawan laki mmg dah anggap aku kawan laki dorang. tapi di mata dunia aku tetap perempuan.

      tu la, mana boleh ikut, ikut la. lagi satu prinsip aku selagi x jadi laki aku, aku blh je nak buat apa aku nak. tp once aku dh ada niat nak jadi isteri dia, aku akan mula hormat kehendak dia; give and take.

      ha kann. ceritanya sbb tkde husband lagi, maka marilah berkawan. haha. kita tahu limit kawan tu mcm mana kan hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance