Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 9 November 2016

Kenangan ponteng memonteng

Lepas jumpa geng dekat kahwin Mira and terbaca paper mak bapak komplen anak-anak kena duduk atas jalan tar sebab datang lambat ke sekolah buat aku mengimbau kenangan-kenangan lama. Gitu. Ingat balik memang best gila rasa nak patah balik hidup zaman tu tapi time jadi dulu hell jugak rasa dia.

Aku tak suka duduk asrama, homeisck especially bila balik dari cuti. Perghh rasa nak bom sekolah pun ada, rasa nak berhenti sekolah tu sentiasa ada, nak sekolah harian. Aku pernah deal dengan Mak kalau aku tak dapat 8A PMR aku nak sekolah biasa and bak motor sebijik. Mak buat tak dengar je time tu haha. Rezeki dapat 8A maka berkubang la aku kat situ sampai hujung 2007. Zzzzzz.

Hidup dengan kawan-kawan memang awesome. Aku ni takde la nakal sangat. Standard piawai la. Setakat kena denda tu apa la sangat. Setakat kena solat atas jalan tar, baring atas jalan tar, kawad depan asrama laki, apa la sangattttttt. Small the pieces je semua tu. Hidup kena yakin muka kena konfiden haha. 

Aku selalu paling ponteng surau la then prep then assembly. Macam semua je kau ponteng? Haha. Aku pernah ponteng surau Maghrib time ontheway nak pergi blok akademik nak prep tetiba aku dengar nama aku kena announce dari surau. 'Nurul Nadiah Ahmad Roslan datang tak hari ni?' HAHAHA hampeh ustaz tu suka mark aku. Terberhenti kejap aku dari berjalan lalu tergelak dan teruskan perjalanan. Time prep ustaz cari aku bawak rotan 

'Hang pi mana tak datang surau?' 

'Period ustaz'

'Hang period setahun ka?'

HAHAHA. Nasib baik dia tak rotan aku depan khalayak ramai. Satu hari aku cek kat papan kenyataan nama aku naik jadi Naqibah untuk bulan Ramadhan. Aku jumpa ustaz aku cakap aku tak yakin nak lead tadarus Quran, aku tipu aku tak lancar baca. Lepas tu dia libas sikit aku dengan rotan dia cakap 'Hang jangan nak menipu, ni je cara aku nak confirm kan hang datang surau' Kahkahkah. Makanya bulan puasa ada je la muka aku kat surau tu.

Kalau pergi surau pun aku and the geng la manusia last sekali keluar. Lepas baca doa kitorang terlentang dulu dalam surau. Pernah sekali ustaz selak tirai hahaha nasib baik semua masih dalam telekung walaupun tengah terbongkang sambil buat gerakan depangkan tangan dan kaki secara baring hahaha. Lepas tu pergi blok akademik buat bising padahal semua orang time tu dah silent mode, prep malam kena silent.

Sepanjang 5 tahun aku kat sana, aku rasa tak sampai 50 kali aku pergi Subuh hahaha. Pergi subuh kena tulis nama dalam buku log, nama aku la paling takde kot. Haha. Aku selalu bernasib baik sebab setiap kali ustaz ambush asrama  time subuh mesti time tu aku period hahaha. Tapi pernah la sekali tak bernasib baik kena rotan kat tapak kaki hehe. 

Tapi kena solat atas jalan tar paling win. Rasa mencanak naik iman. Hahaha. Literally atas jalan tar takde lapik apa-apa. Boleh pulak imam sujud punya lama tak tahu la doa apa dia baca, mungkin keinsafan tu pun meresap masuk melalui dahi dia haha. Nasib baik Maghrib kalau tarawikh aku rasa sampai sekarang dahi aku berlekuk.

Ponteng lain aku jarang kantoi tapi denda lambat tu ada la. Pernah sekali aku ontheway ke assembly pagi sambil makan french toast, assembly dah start time tu. Aku berjalan dengan muka tak bersalah sekali nampak Ustaz HEP ushar baik punya dari jauh. Aku dah nampak sekumpulan budak kena tahan jugak sebab lambat. Aku teruskan muka steady berjalan sambil makan berdiri. Buruk perangai kau haha. Tetiba boleh pulak lagu Negaraku berkumandang time aku tengah jalan dan french toast dalam mulut. Ustaz HEP masih tengok aku. Aku terus berhenti, tangan kat sisi tapi tak boleh nyayi sebab tengah gigit roti. HAHAHA. Tapi aku tak ingat kena denda apa time tu sebab dah selalu sangat kena denda. Dah immune hahaha.

I miss school, I miss my friends and I miss you too.

20 comments:

  1. ko sekolah agama ke dulu Nad?

    aku penah sekolah dua tahun pertama alam sekolah menengah. hahah lepstu aku merayu mintak tukar. ugutan aku mudah. "mak nak adik berjaya ke gagal?" sbb aku rasa sgt pressure sekolah arab tu, huuu anyway, dlm dua tahun nyempat gak ah aku membuatkn cecikgu meluat.
    pakai tudung singkat tak ikut piawai (yg labuh cm telekung), sinsing lengan baju, ponteng kelas, huhu.

    tp dendanya pd aku agak manja. kena berleter dgn ustazah mulut laser je. atau paling keras pun, bukak tudung, kena pakai kain batik mcm org dulu-dulu, dan berjalan ke koridor kelas lelaki. hahahahaha!! comel betul denda. sesilap ada jgk yg jumpak jodoh sbb ayu sgt berkain batik mcm Mahsuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak. MRSM hehe

      sek agama mmg pressure kot kalau kita x minat sebab subjek pun banyak. mmg blh jd rebel hehe

      hahaha sopannya dendaa. kalau cmtu hari2 tak kisah runway kat situ hahaha

      Delete
  2. Hmmmmm, aku ada guardian ikut, tak bagi aku buat jahat.. kalau ada niat pun, tuuuuuup, terus kena, guardian aku pergi report agaknya.. QAQ Pernah sekali, tak niat pun nak ngelat prep balik awal, tapi kena tahan depan dewan makan sebab atas alasan balik prep awal. Padahal, budak2 lain dah blah lagi awal nak gi makan tapi sebab ustaz dok tunggu depan dewan makan, dorang menyorok. Aku and the geng yang taktau apa ni pergila makan, nampak ustaz, dewan makan kosong, ingatkan orang dah abeh makan...hah, kena tahan and kena bebel kat situ depan student2 yang baru keluar dari persembunyian..lahanat.. Dahla aku pengawas..chilanat..hahaha..

    Aku pun tak suka asrama..tapi kenangan time tuh paling best..I couldn't care lesser..haha.. Nak repeat form 4 & 5 tapi taknak amek SPM balik dah..hahaha.. XP

    Samseng jugak hang masa sekolah noooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. guardian? literally guardian?
      hahahaha pengawas? wow hebat. aku pernah kena paksa isi borang pengawas oleh ust yg suka mark aku tapi aku tak isi hahaha.

      haha sama. nak repeat part main je hahaha

      eh idok, ramai lagi samseng dari aku hahaha

      Delete
    2. Guardian angel ke Lee? Hahaha ke Lee ni anak org elit ada guardian, butler mcm Batman, omgg

      Delete
    3. kahkahkah aku pun dah bayangkan benda yg sama; anak org elit

      Delete
    4. Hahaha..saje jek aku biar korang pk, literallay or imaginary..haaaaaaa..

      Imaginarylaaa...kekeke.. LDPla senang citer..senang sikit nak guna term ngan budak emaresem jugak ni..LOL..

      Haaaaa, beranganla Zyroxx oit kalau nak ada butler macam Batman.. I'm no Batman nor Superman..I'm Captain america's girlfriend.. LOL.. Ke laut..

      Delete
    5. Laaa kau ldp? Hahaha. Bagus Lee bagus. Pernah selak kain org cek kain dlm tak? Lol.

      Lee, kita madu ke? Haha

      Delete
    6. Tak pernah...hahaha.. Aku ldp yang disukai student.. wakaka.. sape bawak barang terlarang semua datang merayu kat aku..keke.. Aku siap bagi cara kat member macam mana nak sorok phone lagi.. UvU Aku pun taktau perlu bangga ke tak..haha..

      Kalau hang madu aku, aku terima seadanya..wakakaka.. XP

      Delete
    7. hahah bagus. ldp macam kau lah yang masyarakat mrsm cari. *tabik hormat hahaha

      bagus Lee, kau nak yang sulung ke bongsu? aku mana2 boleh hahahaha

      Delete
  3. Aku dulu kalau period kena berkumpul kat dewan terbuka dekat ngan bilik guru utk buat halaqah. Aku tak suka pg sana sebab buang masa dengar senior membebel bajet alim. Baik duk lam kelas buat keje sekolah. Zaman sekolah dulu mana ada handphone, selain buat keje sekolah, hiburan apa je yg kitorang ada.

    Nak dijadikan cerita cekgu buat operasi mengejut cari budak period yang tak pg halaqah. Aku cepat-cepat menyorok lam tandas. Cikgu tunggu kat luar. "Awak lama lagi ke kat dalam tu, Hidayah?" "Saya sakit perut, cikgu"

    "Taik keras ke? Cepat sikit halaqah dah nak start. Saya tunggu sampai awak keluar"

    Pokoknya kalau aku time tu nk terberak pun masuk balik taik tu dalam usus, gostan sebab nebes cikgu tunggu.

    Begitulah flashback saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha gigihnya cikgu kau nk tungguu. Dulu kt sek aku ada baca mathurat tapi x tahu kenapa kejap je benda tu terjadi. Kita mmg bdk asrama yg rebel hahaha

      Delete
    2. "Pokoknya kalau aku time tu nk terberak pun masuk balik taik tu dalam usus, gostan sebab nebes cikgu tunggu."

      Hahaha, this made my day, Day..! XP

      Delete
  4. Jenis senior macam kau ni mesti ramai peminat di kalangan junior, kan?
    Aku masa sekolah dulu, masa tengah junior, aku cukup minat dengan senior yang jenis macam ni (nak kata bermasalah tapi aku tak rasa pun bermasalah hahahaha)

    Aku dulu SBP cukup tak suka budak MRSM entah laa kenapa. Bila fikir balik apa beza pun sama je dua-dua ni wahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak weh. aku jenis senior yang tak kenal junior mahupun senior atas aku. *introvert haha aku rasa dunia aku time tu within geng aku je, orang lain aku x ambil tahu.

      kenapa oh x suka? aku x pernah x suka budak SBP. sampai hatimu hahaha

      Delete
    2. Haaaah, aku pun sama ngan kau..x amek kesah pasal jnr or snr tapi jnr ramai kenal aku sebab aku kawan ngan budak2 hot lelaki ldp..hahaha..konon-konon aku boleh tolong dorang dapatkan student2 lelaki tuh..LOL..

      Entah cEro, aku tak pernah ada grudge apa pun dengan budak SBP..

      Delete
    3. Korang ni generasi lain dgn aku ni.
      Waktu aku SBP dulu, mmg tak ngam langsung dgn budak MRSM.
      Kalau tetiba terjumpa dekat mall, boleh tahap gaduh bertumbuk ooo hahaha.

      Jap nak tanya, ldp tu apa?

      Delete
    4. weh kitorang chill je. kau sbp negeri mana ni haha

      lembaga displin pelajar. kahkahkah

      Delete
    5. Hahaha.
      Aku SBP kat pahang, tapi bila cuti balik rumah kat KL memang tak leh nak ngam langsung dgn budak MRSM. Jujurnya aku pun tak tau kenapa.
      Bila pikir balik tak ada salah pun memana sekolah hahahaha

      Delete
    6. hahah tau pun kau. rival kot hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance