Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 30 November 2016

Don't judge

Makin tua ni *selit uban antara rambut hitam* makin malas nak bising. Ada certain orang ni memang dia akan tolak kebenaran walau macam mana pun kita explain. Dah tu aku nak buat apa lagi? Baiklah aku applikasikan slogan 'lantak kau lah'.

I've done my part. Kau nak percaya ke tak ke tu terpulang pada kau lah. Baiklah aku teruskan kelansungan hidup tanpa perlu memikirkan apa-apa lagi. Actually we have no obligation to explain ourself to people coz they digest things they choose to accept only.  

That's why I love to stick within my small circle. Aku dah faham mereka, mereka faham aku, aku dah tak perlu yang lain. Biarkan kunang-kunang hidup dengan labu-labunya. (Weh ayat ni sumpah aku hentam, bunyi macam peribahasa, kan? HAHA) Biarkan orang lain, biarkan dunia luar, aku bahagia dalam dunia kecil aku.

Ada sebab aku sorokkan sesuatu, ada sebab aku tak boleh cerita kat semua orang semua benda. Aku just harap orang percaya aku dan faham aku. Tapi sebaliknya, orang judge aku. Takpe, aku faham, selagi namanya manusia, memang we tend to judge people. Benda ni buat aku sedar aku tak layak mengahakimi orang jika aku tak tahu cerita sebenar. Aku tak mampu nak ubah cara pemikiran/persepsi orang.

Everyone has their own struggle that we don't know. Please respect. I have my own struggle and I know how hurt it is when people start to judge without knowing the truth without considering my feeling. Nahh, it's okay, maybe I've done that to someone before this. Karma slaps me this time. Serves me right. 

Aku belajar; tak semua orang befikiran sama, respect pandangan orang, jangan menghakimi orang, cuba bersangka baik selagi mampu, be optimist, jangan hampiri orang hampiri beruang lagi bagus haha.


11 comments:

  1. Aku lah tu.

    Aku suka assume. Aku suka fikir jauh.
    Sbb tu org tak suka aku.
    Padan muka aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puisi ke apa ni? Tajuk, "Aku adalah Aku" by "Zyra Roxx"

      Jangan mara haaaaa..nanti hilang chomel..haha..

      Delete
    2. hehe aku jenis x fikir jauh. tp dulu aku suka assume sbb aku x suka bertanya. and lama2 aku sedar and dapat pengajaran benda tu x bagus. so aku sikit2 tukar perangai tu hehe. u cn too zy :)

      Delete
  2. Ok, jom hampiri beruang..! Hahaha..


    Yup, we human are hardcore judges..huhu..

    Bertabahlah Nad, aku dah lama persetankan manusia..haha..
    Macam ko cakap, kita amek kisah pasal our own small circle sudah.. We cannot please everybody..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.

      aku kalau nak persetankan manusia memang aku jadi manusia paling cold sekali hahaha

      Delete
  3. Ko janganla hampiri beruang, nanti dia tampar tercabut sebelah muka. meh sini dekat aku, aku tepuk2 sikit belakang bagi kata-kata pembakar semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. auwww u r my virtual teddy bear hahahha *tetiba

      Delete
  4. Salam..Hai Nadia..Akak singgah sini jalan2 musim hujan..Salam ukhuwah fillah..Ada masa jom la singgah teratak akak boleh kenal2 mesra.. http://www.akifimtiyaz.com/ DONE FOLLOW NADIA

    ReplyDelete
  5. Berkata benarlah walaupun ianya pahit. So aku rasa yg kau tengah kau lalui ni lah pahitnya kot. Haha..

    Abaikan jelah org tak nak caya. Asalkan kau dah explain benda betul dah lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan. itulah prinsip aku. aku dah explain taknak percaya lantak sana haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance