Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 15 November 2016

Cha datang Ipoh!

I have a friend made from heaven, let's call her Cha. Aku rapat dengan minah ni dari zaman degree. We can communicate well only through eyes and laugh out loud without minding people around us. I can clique with her so well so our next plan is to travel the world without any specific plans; gamble! Haha.

Last weekend dia datang Ipoh nak lepak dengan aku. So syuwit. Haha. Dia sampai Jumaat malam then aku bawak dia makan dekat Miker, Ipoh Padang. Lepas tu balik tidur. Haha.

Pagi esoknya nak pergi breakfast dekat Hollywood. Ha jauh kau jah pergi breakfast. Janji nak bangun pukul 8, mandi dan terus gerak. Janji tinggal janji, pukul 9 baru bangun haha. Lepas tu pergi Hollywood berpandukan direction kawan aku bagi. Sampai dengan jayanya, sayabas Nadia! Hollywood tu kedai Cina sebenarnya kahkahkah tapi ada stall Melayu dan majoriti pemakan adalah Melayu. 

Kitorang order Nasi Lemak, Roti Telur Goyang dengan Caramel Custard. Semua sedap. Tak berani aku nak order kotiau goreng kedai Cina tu padahal itu paling fofular. Itu pun makan tak habis sebab kitorang memang nafsu je besar tapi perut tak la besar mana haha. 

Lepas dah kenyang baru boleh fikir nak ke mana. Cha google tempat patut lawat kat Ipoh, aku pun buat-buat first time sampai Ipoh. Then dia ajak pergi Tasik Cermin maka marilah kita waze. Bila sampai sana kena lalu jalan tanah merah ingatkan sesat dah sekali call kawan aku dia cakap betul la tu. Kalau tahu aku bawak 4wd haha.

Setelah melalui sikit jalan gua maka jumpalah tasik tu. Dalam lorong tu gelap tapi berangin. Patutlah orang dulu hidup dalam gua.  Aku rasa tasik tu macam indah khabar dari rupa. Dalam gambar je cantik, realitinya agak menyedihkan, tak berjaga sangat. Sedih-sedih pun banyak jugak gambar kitorang amek haha sembangggg.


Terik gila time ni



Nur di sana, Nurul di sini tengah ambil gambar haha

Then aku bawak Cha pergi Plan B makan ais kepal RM5. Gila betul harga. Tak tahu kenapa beli. Dulu aku beli dekat kedai Pak Ali Tongkang 30sen je kot. Area Plan B ni memang banyak tempat so called hispter untuk tangkap gambar. Sekarang ni tempat instragram-worth adalah tempat paling disegani masyarakat sejagat.

Ni RM5? 😔😯😯



Tunjuk gambar Cha sebab aku nak tunjuk aku rasa aku hebat jadi photographer hahahaha. Cha is taken. Burung merpati tu tak bertuan lagi.

Then tak tahu sangat nak pergi mana dah kitorang pergi Aeon Klebang kahkahkah macam dekat Ipoh je ada Aeon. Tengok wayang cerita Trolls. Comel cerita tu sebab warna warni ada nyanyi ada joget. Sesuai sangat bawak anak, macam kitorang bawak anak tekak. Happiness is inside all of us, sometimes you need someone to help you find it. 

Lepas keluar wayang makan Johnnys ada orang mengidam. Sebelum sampai rumah singgah makan aiskrim pulak. Kahkahkah makan je kerja kau Beron.

Esoknya Cha dah nak balik Penang. Sebelum dia balik aku bawak dia makan Nasi Ganja *lapar*. 

I miss you Cha! Tunggu aku datang Penang pulak! Haha

10 comments:

  1. Aku macam dah puji, tapi nak puji lagi.
    Kasut kau lawa. Matching pulak dengan tudung hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa khenn matching kan dengan tudung hehe. thankyou cEro. Kalau tu kasut unisex aku bagi kat kau kalau aku taknak nanti, malangnya tu kasut perempuan ahaha

      Delete
  2. Ambui.. Nah kau berjalan sampai ke Hollywood. Tanjat jap aku dibuatnya. Baru nak serkap jarang si Nad ni mengigau tiba-tiba sarapan sampai ke Hollywood. Kelas sangat kau jah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kat ipoh ni ada memacam day, hollywood ada vegas pun ada hahahha

      Delete
  3. ingatkan ais kepal rm5 tu disaluti coklat belgian bersama hirisan badam panggang yang rangup

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kalau begitu takpelah rm5 pun. ni apa je. hek eleh haha

      Delete
  4. Hey kita pun nak pegi Ipoh nanti maybe early of Jan. Dalam kepala ni dah macam macam plan nak makan apa, nak pergi mana, cant wait. Rasa macam Ipoh best gilaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh google. nak suggest pun x tahu mana yg best. kalau bab makan mmg bersepah, google je hehe.

      Delete
  5. Ingatkan hollywood macam universal studio. Tempat makan je rupanya. Cehh..

    Aku tak pernah makan nasi ganja. Org cakap addicted makan nasi ganja ni. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha. tinggi imgainasi kau

      takde lah tahap addicted. bagi aku la. meh dtg aku bwk haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance