Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 1 November 2016

Bahagia

Aku takde FB, aku ada IG dengan Twitter je dengan Tumblr dengan Wordpress dengan kau. Wah tetiba kau hahahaha. 

Aku jarang stalk orang sebab aku fanatik dengan kehidupan sendiri sampai tak pedulikan orang lain haha. Kalau ternampak tu nampak la, kalau tak pun aku tak kisah. 

Aku pernah 'tolak' beberapa orang laki dalam hidup aku. Dan menjadi lelaki yang cool, mereka tak pernah blok aku so at least sikit sebanyak aku tahu moment penting dalam hidup dorang yang dorang pilih untuk tunjuk.

Dan aku tumpang gembira bila aku tengok dorang bahagia especially bila dorang kahwin. Aku takkan rasa bersalah 'tolak' mereka dan aku akan cakap 'ha nasib baik aku reject kau, kalau tak kau tak dapat bini cantik gitu, hadaplah aku yang sendu ni sampai ke tua' hahaha. 

Aku harap semua orang yang aku kenal bahagia, walaupun yang hanya melintas dalam hati aku, yang stay kejap apa kan lagi. Tak kiralah bahagia kahwin ke rumah 8 ke jaga Mak Ayah ke jaga kucing ke, janji  bahagia. 

Untuk kawan-kawan lagi la aku wish benda yang sama. Aku sedih dengar kawan-kawan aku ada masalah. Aku akan cuba sedaya upaya aku tolong, paling tidak bagi pinjam telinga. 

Bahagia tu kita boleh cari kan? Life is about choices. Benda yang pada mata kasar nampak sedih pun sebenarnya kita boleh jadikan situasi tu something yang calming.

Tengok orang yang kau sayang bahagia, itupun satu kebahagiaan. 

Semoga berbahagia kalian, termasuk yang sedang membaca entri ni :) 

14 comments:

  1. I like the way you view the world. Happy tak semestinya kita je nak kena happy. Kalau boleh gembira dengan kebahagiaan orang kan bagus?

    Btw, aku tgh draft content yang hampir sama. Ohmygod, adakah ini takdir? telepathic sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Day

      Aku rasa kau jodoh aku la Day miahhahahahahhahahahaha

      Delete
  2. Thanks, Nad.. Aku pun do'akan ko bahagia, dunia akhirat..Amiin.. ^^


    Aku pun sama ngan hang, instead of sebok pasal hal orang, baik aku layan diri sendiri.. Aku sangat suka sikap positive hang..! Keep it up, dude.. You'll see how it changes your life whether you realize or not.. UvUd

    Psst, aku cuba mentafsirkan perkataan sendu dalam "hadaplah aku yang sendu ni sampai ke tua".......tapi aku tak dapat..hahaha..XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Lee

      Ada org kata tak bagus sgt ignore org lain ni but so far aku takde mslh dengannya hehe

      sendu tu eh? hmm aku ni dah la tak cantik perangai pulak x senonoh. mmg sian siapa dapat aku hahahaha. itulah tafsiran sendu aku, sedihhh haha

      Delete
    2. Aku pun takde masalah.. tapi orang lain yang suka sebok hal aku..haha.. nak buat camne, hidup dorang membosankan..XP


      Hmmmmm, reverse psycho ka apa ni? Haha.. hang toksah sok-sok sendula.. Aku nampak semporna jaaaa..

      Delete
    3. Haha kan. Tapi kita lantakkan Lee selagi dorang tak kacau hidup kita and orang yang kita sayangg.

      Tu yg kau nampak, hakikatnya aku je tau kakakaka

      Delete
  3. InsyaAllah... aaminnnn

    ReplyDelete
  4. Thank you. Semoga kau juga bahagia Nad :)

    ReplyDelete
  5. Jujur aku cakap, kehidpuan aku banyak terpengaruh dengan orang sekeliling.
    Asshole sekeliling aku maka depress laa aku.
    Mungkin aku perlu ikut cara kau, obses dengan hidup sendiri hahaha.
    Okay, maybe obses dan fanatik bukanlah perkataan yang sesuai, mungkin boleh gunakan istilah 'utamakan player 1' which is kalau dalam game, player 1 ialah kita hahahaha

    Thanks Nad. Aku pun doakan kau dapat apa yang kau hajati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh cmne blh tak perasan tak reply ni haha. Dalam erti kata lain kekadang mmg kene pentingkan diri sendiri. Kene jadi asshole hahaha. But we know the limit i guess.

      Delete
  6. Thanks. Moga kau juga berbahagia sentiasa.

    Kau takde fb ke? Kalau kau pakai umobile rugi la sebab tak boleh t gk video kt fb unlimited weh. Banyak kot cerita2 baru keluar kt fb. Haha..

    Bagus2 perangai kau ni. Tak payah kisah sgt org lain. Bila kau nak happy kau cari something yg boleh buat kau happy. Biasa org yg sentiasa jadikan everything positive ni dia pernah lalui worst situation dlm hidup dia. So bila ada masalah dah boleh overcome dgn mudah. Ke kau memang lahir2 perangai camni? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde. haha. oh link full movie ke maksud kau? cerita aku lagi suka tgk yg download. hehe

      haha taklah, pengalaman hidup yang buat aku jadi cmni. tapi bab tak kisah hal orang tu dari kecik kot. hahahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance