Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 18 October 2016

Stress sebabkan gastrik?

Aku ada gastrik lepas tu suka cari pasal hari-hari makan lemon dengan makan tomyam. Kah kah kah Nadia Nadia kau memang tak reti jaga diri sendiri. 

Aku ada kawan yang ada gastrik jugak. Dia cakap bila dia stress dia akan kena. Aku pelik sebab aku tak pernah kena gastrik sebab stress.  Ke sebab aku tak pernah stress? Macam mustahil pulak. 

Aku akan kena ikut suka dia bila dia nak datang. Paling wajib kena time pms. Time tu hormon bergelodak agaknya. Kekadang makan pedas okay, kekadang tak okay. Ikut mood perut aku la. Aku ingat rahim je PMS, perut pun sama ada mood dia hahaha. 

Semalam aku makan on time, tak makan benda pedas and masam sangat, tak makan cuka, tak PMS tapi aku kena jugak. Dan aku akui semalam aku stress. Tak tahu kenapa diri ini nak stress secara tetiba. 

Stress dengan diri sendiri agaknya. Aku pergi tengok cermin muka sendiri rasa nak tumbuk je. Tapi sebab rasa muka lebam tak cantik tak jadilah tumbuk hahaha. 

Then baru aku percaya stress boleh sebabkan gastrik. Ape ke jadahnya semua ni hahaha. Stress tau tau tak bila tau stress boleh sebabkan gastrik. Gastrik ni sakit tau dak? Kalau sedap takpela. Ni nak bangun pun tak boleh. Terbongkok bongkok gosok baju, solat. 

Dah dapat baring baru rasa nak cari ubat, terbongkok balik pergi nak ambil ubat. Sekali ubat habis! HAHAHA. Tak kelakar langsung woi. Nak drive keluar memang tak laratnya der. So apa penyelesaiannya? Redha. Hahaha

Time sakit macam-macam bersandiwara dengan diri sendiri. Nak pergi buat checkup masuk camera la apa la. Bila dah sihat memang tinggal kenangan je sandiwara tu. Haha. Doktor syak aku ada ulcer kat perut berdasarkan kisah sakit aku tapi tu syak wasangka semata. Jangan percaya selagi tak masukkan camera. 

Dah la kena masuk camera dari atas dan bawah, eh memang tak la Jon. Hahaha. Kita berdoa lah dia bukan ulcer dan cuba telan bonjela if only if itu ulcer hahaha. Hidup kau memang ambil mudah dan memain je kan Beron?

Macam sekarang aku selsema. Aku kan ada polyps dalam hidung. Sekarang memang sakit bahagian tu kalau selsema. Pedih sampai sakit kepala, time sujud pun pedih. Tapi dari sehari sehari nak ke hospital tapi tak pergi-pergi. Selagi tak tercabut hidung ni memang tak pergi aku rasa. Kalau sakit pandai mengadu kat Mak tapi sekarang dia dah tak suruh pergi cek, dia bagi jelingan maut je. Hahahaha marah ke Mak? Malas layan Nadia dah eh? Sampainya hati mu, membuat ku rindu *tetiba

10 comments:

  1. Kakak aku yg bongsu dulu selalu sakit perut masa sekolah menengah. Bila pergi buat spek mata terus hilang sakit tu, hahaha aku pun xtau apa kaitan.

    Sakit2 dlman ni bahaya g lah check Nad. Huhu aku pun ngeri nk kena masuk camera bagai. Kwn aku dh penah buat. Azab gak lah, dgn nurse yg garang cm singa -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak yg bongsu? maksudnya apa tu haha. haaa? hahahah lawak pulak, tapi aku pakai spek sakit jugak

      kan. nak pergi check tu yg bercinta tu. ngeri kan. hari tu camera masuk hidung pun ngeri haha.

      Delete
  2. Yup...stress adalah salah satu punca penyakit, macam2 dan gastrik salah satunya selain sembelit.. eh? hahaha, kantoi google history ada apa.. sebab bila stress, hormon tunggang terbalik.. bila tunggang terbalik, sistem badan pun bengong-bengong..

    Pergila klinik, Nad.. ^^ (jangan gunakan nasihat ni kat aku di belakang hari ye? haha..) Check up apa yang patut..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sembelit pun? HAHA. Tq Lee for the info

      Lee *nada syahdu*, aku tak suka klinik, hospitl, farmasi kecuali doktor handsome ! Hahahaha. U know what I feel i guess.

      Delete
    2. kalau ada doktor handsome, sila ajak aku check up bersama-sama..haha..XP

      Delete
    3. Roger! Benda baik kene share kahkahkahkah

      Delete
  3. Sebagai orang sains biar aku cerita sikit.
    Hormon main peranan dalam semua perkara dalam badan kita.
    Bila hormon tak seimbang (sama ada PMS or stress) maka kau punya threshold untuk sakit tu jadi rendah, so memang logik kalau kau kena gastrik pada masa tu.

    Nasihat aku, gi check.
    Tapi aku tau kau tak suka check-check ni, so nasihat kedua aku ialah kekalkan hidup yang positif dan sihat. Selalulah keluar bersenam, jaga makan, dan banyakkan tgk video yang menyenangkan hati macam video kucing dan anak zirafah di youtube **tetiba**

    Sekian nasihat panjang lebar dari Dr cEro (tak bertauliah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? hmmm. hormon is sth yang kita x blh control kn? ke blh?

      u know me well hahahha. haha tq for the tips Doktor! I'll follow

      Delete
  4. Nad....gastrik ni jgn buat main...nti kne kanser perut...haaa...jgn la iq masin sgt mlut..huhu...

    IQ dlu kne gastrik time exam....mse tu pms....mmg power rse dia....ble da kwen ni gastrik hilang....sbb asyik mkn...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? huuu. scary

      ha pms + gastrik mmg perfect combo. nak nangis mcm mana pun x tau hahaha. oh yeke? kena kahwin la mcm ni haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance