Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 17 October 2016

Simple plain

Hari tu aku tanya kawan aku, aku ni bendul ke? Dengan yakin dia jawab haah. Hmmm jujur sangat pulak. Haha.

Aku memang tak faham hints, aku tak faham ayat yang tak lengkap. Aku tak faham benda tu adalah soalan kalau dia tak letak tanda soal. Aku tak faham diri sendiri *tetiba

Dengan aku semua kena jelas baru aku akan terima dan cuba fahami. Am I complicated ke am I easy minded? Haha.

Kat ofis aku ada baik dengan sorang kakak ni. Hampir semua benda aku cerita kat dia. Dan setiap kali aku cerita aku keluar dengan literally kawan laki and cerita apa kitorang sembang, dia akan cakap 'eh budak tu suka kamu'. Aku akan nafikan sehabis-habisnya. Sebab? Sebab aku tau dia memang kawan. Dia tak pernah pun cakap suka aku. Aku pun anggap mereka macam kawan-kawan perempuan aku jugak. Kakak tu pun cakap 'Kamu ni semua orang kamu nafikan 'suka' kamu'. Lahh dah memang dorang tak 'suka' aku, kalau dorang suka dorang mestilah cakap dorang suka. 

Aku sekarang rapat dengan seseorang. Lelaki. Aku selesa dengan dia and aku boleh cerita semua benda dengan dia. Semua yang terlintas di kepala aku cerita. And he reads me well. Dia seolah-olah reveal siapa diri aku sebenar layer by layer. Sumpah aku impress! Haha. Sebab bila dia cakap what kind of person I'm, aku terkesima dan macam aah la, ini aku. 

Dia boleh jugak rungkaikan the reasons behind kenapa aku berkelakuan begini or begitu, precisely. Reasons yang sebelum ni aku pun tak perasan. Aku selama ni main langgar je hidup aku haha. Aku syak dia pawang hahahaha. 

Reasons, analogies and logic yang dia bagi memang buat aku sedar 'Yes Nadia, you're bendul'. 

Tapi something yang aku sedar walaupun aku dah tau aku agak bendul orangnya, aku still takkan boleh baca hints or body language orang because that's me. Or adakah aku yang choose to ignore? Sebab aku lagi selesa untuk tak ambil tahu apa dorang rasa tentang aku?

Hari tu ada laki message aku, cakap nak ajak makan-makan, tanya aku dah ada boyfriend ke tak. Aku anggap itu adalah perbulan biasa. Perbualan kosong. Sampailah dia cakap directly dia nak kenal aku lebih dari seorang kawan. Time tu aku dah krikk krikk. Sebelum ni aku boleh nak sembang dengan dia, bila dia dah cakap macam tu aku jadi awkward, rasa ada boundary. 

Aku cerita dekat kawan aku, dia cakap sebenarnya laki tu dah lama hints, aku yang tak perasan, dia nampak aku lampi sangat kot sebab tu dia cakap direct je. Hahaha oh ye?

Aku memang manusia straight forward. Kalau aku suka, aku cakap aku suka. Kalau aku tak suka aku tak lah cakap, aku buat biasa je. Tapi selagi laki tu tak cakap 'I suka you, lets be more than friend' or seangkatan dengannya, memang aku takkan perasan kau suka aku lebih dari kawan. Lepas  dah cakap direct then nak hints baru aku akan faham.

Semalam ada orang cakap dekat aku lepas confess something directly to aku

'Kalau saya turunkan gear dan tekan paddle minyak laju sikit, sempat tak nak catch up you?'

Aku jawab 'I can't handle two cars in one time' (walaupun if satu lagi kereta bukan aku punya pun, tumpang je, bukan aku driver, tapi tu lah cara paling baik nak tolak seseorang hahaha)

Ha see kalau dah jelas niat tu, aku pun boleh balas dengan analogy, takde la sakit sangat kalau straight forward. Aku ni ayat reject orang kekadang boleh buat kena bunuh hahahah.

And nasib dia faham, last sekali dia cakap 'Jangan tunjuk sangat bahagia dekat IG, nanti I jeles I unfollow you'.

Hahahaha.

10 comments:

  1. Babe.. This is so cute. Orang yang kononnya bendul ni sebenarnya honest orgnya. takde main cucuk sipi. Nak cakap pape direct je. sebab tu dia pun expect org direct je ngan dia.

    So cute
    so cute
    so cute!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. ye. direct tu lebih mudah dan cepat. walaupun kdg2 menyakitkan. lg cepat sakit lg cepat heal. kan? hahaha

      Delete
  2. aku tak faham, hahaha tapi betul straight to the point sgt membantu. aku harap ko bahagia selalu walau tak tayang kt IG hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang kau x faham? ahahahha. btl. dia jimatkan masa. haha thankyou Zyra, i pray the same for you :)

      Delete
  3. Hahahaha.

    Wujud lagi orang macam kau kat dunia ni ek?
    Orang zaman sekarang mana main direct, semua guna hint dan assume sebelah sana faham-faham je. Wahahaha

    One day Nad, you'll find someone yang terima segala baik buruk lemah kuat luar dalam kau, bukan sekadar benda yang dia pilih dia nak terima je. Dan kau pun akan terima dia seluruhnya, bukan pura-pura. Sementara nak tunggu hari tu, just take care of yourself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa aku orang zaman purba hahaha. reborn

      hehe thankyou cEro. Aku dah pernah jumpa orang yang terima baik aku je dan aku kena terima buruk baik dia. life is lesson kan. hehe. aku doa yang sama utk kau :)

      Delete
  4. Kalau lelaki tu bangsa acah acah pickup line cia cia cia tu paham tak? Hahahhaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lagi malas layan sebab tau kuat main hahaha

      Delete
  5. Sayang, muka cantik tapi bendul.. Just kidding..Eheee.. take it as compliment.. Aku taktaula ko bendul ke tak tapi based on apa ko citer ini, aku rasa ko bendul..haha..or should I call naive?

    Entahla, aku pun taktau nak cakap, lelaki ni rajin bagi hints and all that tapi kita taktau dia serius ke tak.. Dulu sorang laki ni dok bagi hint kat aku, baik punya..sampai orang2 sekeliling pun kata dia suka aku..tup tup aku pun sukala kat dia and aku gi confess (bodoh kan? UvU) In the end, dia cuma main2..haha..

    and aku ada kawan macam ni dulu, eh skang pun..yang ko rasa selesa tuh.. Sampai aku niat, kalau jodoh aku dengan dia, aku redha..tup tup dia dah ada awek..kekeke.. naseb baikla tak tangkap cintan or ape kan..ha..tapi terdetik jugakla, kalau dia clash ngan awek dia, aku nak jadi pengganti..keke.. tapi bila aku tau semua pasal awek dia and dia, aku dok pesan, jangan tinggal awek ko, susah nak dapat awek camtuh..cepat2la kawen kalau dah sampai masa yang sesuai.. baik tak aku? haha..

    Pokok daunnya, pengalaman lalu mengajar aku untuk menjadi bendul, unless mamat tuh betul2 masuk minang..haha.. hint2 ni aku tak main dah.. lapok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAhaha bendul dengan naive dengan lurus tak sama ke?

      Orang yang tak cakap directs and dia tetap buat pickup line or whatever, aku tetap akan anggap dia bergurau sampai dia cakap direct haha. Confess bukan sesuatu yg bodoh Lee. Aku kalau aku suka aku confess je, dia nak reject pun peduli apa aku, aku bukan confess utk dia suka aku balik. aku confess just nk bgtau. tu je. Tapi bila keadaan memaksa je baru aku confess kahkahkah. tapi laki yg dah hints last2 memain ni memang ca lam alif kaf alif. Eh btul ke aku eja tu hahaha.

      Hehe susahkan nak cari orang yang kita btl2 selesa. Dah jumpa orang punya pulak HAHAHAHAHAHARAM tak lawak. Kalau aku jadi kau pun aku sanggup sacrifice diri aku utk kebahagiaan org lain. wiwiwiw. Kau mmg baik Lee :)

      Ha kannnn. Aku hari tu ada orang cakap nak masuk meminang, directly. aku pun jawab directly aku taknak dia hahahahha kejam pulak tetiba rasa. Sebab aku memang tak reti nak berkias-kias ni.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance