Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 11 October 2016

Apa nak takut? Tuhan kan ada.

Tahun ni tahun tak sihat aku, aku rasa. Macam-macam benda tak best jadi tahun ni but these too shall pass. Masa. Time will tell. Aku dah macam pasrah je apa pun nak jadi.

Ni pun aku demam secara tetiba. Demam dan berasa di awangan. Rasa high, rasa weak. Rasa berada di satu dimensi lain antara dunia realiti dan dunia asing. Tak tengok lagi cerita Alif  dalam 7 Dimensi *tetiba.

Kita tak tahu bila kita akan mati. Mungkin kejap lagi, mungkin 20 tahun lagi, mungkin time sujud, mungkin time tengah terima rasuah; terlampau banyak kemungkinan. 

Sekarang adik aku duduk dengan aku, setiap pagi dan petang aku hantar dan ambil dia kerja sebab dia takde kereta lagi dan masih tak mahir memandu. 30minit jugaklah pergi balik. Takpelah, adik kot plus aku mintak duit minyak sikit haha.

Balik kerja selalu kitorang sembang, pepagi diam je dalam kereta sebab aku bukan morning person. Hidup aku bermula paling awal setengah jam lepas bangun tidur haha. 

Hari tu aku cakap dekat adik aku 'Kalau aku mati cakap kat Mak ambil duit aku dalam ASB dengan KWSP, dua2 penamanya Mak. Buat masa ni ada la dalam 30k ++. Dalam Tabung Haji and saving accounts aku pun ada sikit. Tapi suruh lah Mak sedekah sikit duit-duit tu atas nama aku. Kereta ni kamu nak ambil lah'

Tahu apa dia jawab?

'Okay, mati cepat'

Biadap

Hahahaha

Kitorang gurau memang kasar

Tapi tu kira wasiat la kan? Haha. 

Dalam keadaan badan macam ni, hati pulak macam tu, otak macam nun memang aku tak daya. I'm now at weakest point of my life. Aku tak pernah sejatuh ini. Jatuh yang makin jatuh yang makin jatuh. Tak tahu la aku ada daya nak bangun ke tak nanti. Tak tahu la berapa lama aku nak berteleku terduduk sebelum mampu berpaut pada apa-apa untuk bangun.

Terlalu banyak hati untuk dijaga. Dan antara banyak-banyak tu hati aku tak termasuk dalam senarai sebab aku tahu kalau aku tak jaga hati yang banyak tu, aku turut terluka. So what the point aku jaga hati aku tapi akhirnya aku turut terluka?

Kalau la kulit kita transparents korang boleh nampak hati dan otak aku nazak dah. Nasib baik tak nampak. Aku tahu kali ni aku tak boleh hide, aku nampak kat setiap muka yang tengok aku dorang nak tanya 'Are you okay?' tapi tak terluah sebab dorang tak pernah nampak this side of me. Ni first time aku reveal, no, ni first time muka aku tak boleh hide apa aku rasa walaupun macam mana aku cuba palsukan dia.

Kekadang aku kuat, kekadang aku lemah, sangat. I'm waiting the answer from God. He knows best. Apa nak takut? Tuhan kan ada.

Cepatlah semua ini berakhir.

12 comments:

  1. I have been there. dan aku tahu takde kata-kata yg boleh redakan perasaan ko Nad.
    Tapi sabar lah. its sounds lame. tapi tulah. we had no choice.

    bila duji teruk. aku kuatkan diri dgn yakinkan diri bahawa ujian tu akan hapuskan dosa aku. jadi aku redha. biarlah susah dulu, sakit dulu. Jangan kita senang, bahagia dulu.

    Allah memegang hati hati manusia. dan aku doakan supaya Dia kuatkan hati kau. ease your pain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou Zyra. Really need those words now. Thankyou again *virtual hug*

      Delete
  2. Aku nak cakap benda cliche jugak.. Kita manusia, iman pun kadang naik kadang turun, tambahla mental and physical strength.

    Aku pun taktau aku pernah berada dalam keadaan kau ke tak tapi aku percaya Allah uji kita tanda dia sayang and selalu ingat kat kita.. special tuh.. Mungkin kadang kita lupa kat Dia so ujian nila dekatkan balik diri kita dengan Dia..

    Aku nak cakap banyak pun rasa tak kena, takut-takut tersilap cakap.. tapi again, Allah kan ada, apa nak takut? Betul cakap kau tuh.. Aku cuma boleh do'a yang terbaikla untuk kau walaupun aku taktau apa yang jadi kat kau.. Be strong and get well soon..

    Sedih plak semenjak dua menjak ni, ramai member2 aku mental breakdown.. Be strong, Nad.. Kami ada kat sini.. At least kami akan terus baca luahan hati kau and komen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. aku ingat selama ni aku kuat, kali ni sumpah terduduk rasa dia.

      yeahh btl tu. setiap ujian mmg nk dekatkan kita blk dgn Dia. Aku doakan kau takkan lalui apa aku lalui skrg

      thankyou Lee. Really need that now *virtual hug

      Delete
  3. Sakit itu kifarah. Sebab bila sakit memang kita senang ingat Tuhan.
    AKu pun selalu ada pemikiran yang sama.
    Kecuali dalam ASB aku tak ada 30k, I basically have nothing (asset)
    Aku sendiri takut nak mulakan hidup, even takut nak cari pasangan sebab aku tak ada apa nak dioffer.

    Tapi hidup perlu terus. Tiap hari struggle, lama-lama jadi rutin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. couldnt agree more.
      kdg2 aku tertanya-tanya apa akan jadi masa depan. tapi mcm mana pun aku fikir aku takkan dapat jawapannya. so i just live for the moment.
      aku pun dah letak bab pasangan ni ke belakang balik. entahlah haha

      betul. may the force be with us. gituh haha

      Delete
  4. Semoga kau terus kuat utk hadapi ujian mendatang.

    Memang rasa lost bila kita dah stress dan down. Tapi time ni la masa nak appreciate apa yg kau ada sekarang dan try untuk rasa syukur dan happy dengan nikmat2 yg kau ada skrg walaupun hakikatnya masalah masih belum settle. Kena stop dan rehat drpd fikir tentang masalah kejap. Cari jalan utk happykan diri dulu baru hadap masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyou Bro

      benda yang sama buat aku happy adalah benda yg sama buat aku down. gi mana dong? hahahha

      fake it untill u make it?

      Delete
  5. Its true nadia. Seriusly IQ pun tengah alami zaman kejatuhan ni. Ble ntah semua ni nak berakhir.

    Sentiasa berdoa yang terbaik untuk kita semua. AMIIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, this too shall pass smoothly. keep praying

      amin, amin ya rabalalamin

      Delete
  6. Cik Nadia, emak saya kan dia selalu pesan dekat saya kalau kita ada duit tak payah cerita kat orang. bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thankyou for reminder. duit bukan tunai takpe kot haha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance