Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 20 September 2016

Perbelanjaan bulanan

Family aku selalu bising bila aku cakap aku tak cukup duit bila dah hujung bulan. 'Eh hidup sorang pun tak cukup?' -_-''  Tak cukup means memang tinggal untuk minyak kereta dan makan je, nak berfoya-foya memang takde. Dari awal bulan pun takde nak berfoya-foya sangat. Sebab tu kalau nak pergi bercuti plan berbulan awal supaya boleh saving extra.

Memula dapat gaji aku akan tolak siap-siap komitmen aku:
-Bayar kereta
-Parents
-YES
-Kutu
-Tabung Haji
-Coway (rumah parents)
-ASB
-PTPTN
-Motor
-Sewa rumah
-Minyak kereta
-Barang rumah
-Makan

Ha panjang kau komitmen aku. Baru hidup sorang ni. Bila tolak semua ni aku punya balance tinggal tak sampai 500 je untuk berfoya pun. Belum kena bulan yang kena service kereta, renew roadtax, dan macam-macam hal yang tak dijangka. Selalu balance aku masuk dalam akaun lain buat tak nampak duit tu wujud tapi tahu dia wujud hahaha.

Lagipun harga barang sekarang tak masuk akal mahalnya. Beli 2 3 barang je pun mau melayang RM50. Satu trolley barang jangan cakap lah berapa yang melayang.

Aku memang fail bab manage kewangan. Dah setahun lebih kerja aku tak pernah tahu exact gaji aku berapa. Aku tak pernah claim. Kalau ada claim pun staff tolong buatkan aku tenyeh je. Claim untuk apa pun aku tak ambil tahu sangat. Kalau dia tak buatkan, takde la aku claim haha.

Ni lah cerita makan gaji. Banyak tu je la gaji kau, pandai-pandai la pusing. Kalau kena maki bukan atas salah sendiri dapat elaun takpe la jugak kan. 

Lepas tu ada hati nak sembang beli rumah. Jangan beli kereta dulu la apa la. Kereta tu bagi aku bukan kehendak tapi keperluan. Aku duduk Ipoh bukan KL yang public transport bersepah, kawasan rumah aku bas pun tak lalu. Aku beli kereta basic je pun, bulanan tak sampai RM400 but still aku tak mampu pun nak beli rumah.

Rumah apa je weh sekarang ni nak bayar RM500 sebulan? Kot rumah kucing pun tak lepas harga gitu. Rumah sekarang terkeluar retina tengokkan harganya. Rumah setingkat 4 bilik pun main RM250k dekat Perak ni. Gila sepere. Ada yang aku buat rumah atas pokok karang.

Aku target by 30 kot aku beli rumah. InshaAllah. 4 more years to go hahaha. Tapi time tu rumah cecah juta kot hahaha *menangis sambil sangkut cangkul kat bahu nak pergi korek kubur*. Ke nanti tanah kubur pun kena beli? Pray for me, pray for yourself, pray for ummah.

Ada orang tak payah fikir bayar duit pinjaman pelajaran sebab dapat tajaan. Ada orang tak payah fikir bayar duit kereta sebab kereta mak ayah belikan. Ada orang semua adik-adik bawah tanggungan dia sebab mak ayah dah tua. Ada orang duit gaji tak berusik langsung. Ada orang terpaksa buat 2 3 kerja untuk menjamin kelansungan hidup.

Rezeki masing-masing. Jalan hidup masing-masing. Janji sumber rezeki itu halal. Ye dok?

InshaAllah selagi bernafas rezeki tu akan sentiasa ada.

Siapa nak share rezeki dia dengan aku boleh PM hahahha.

16 comments:

  1. ada komitmen, baru ada kebertanggungjawaban secara automatik sis, baru mencabar potensi diri kita ni. angan2 kena ada gak serupa cam wawasan diri kita. iyo dop :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm hmmm baiklah. berat betul bila keluar isu komitmen tanggungjawab wawasan diri ni hahaha

      Delete
  2. buat masa sekarang, jangan beli rumah sebab mahal. Menyewa je. Lagi murah. sama la kita, banyak komitmen. Tak merasa pun nak ke mana. Duit untuk minyak dengan makan je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mahal kan T_T. takpelah ada rezeki kita lebih bahagian lain inshaAllah :)

      Delete
  3. Aku ni dah masuk 4 tahun keje tapi bab pengurusan perbelanjaan masih fail kelaut. Yang penting setelkan dulu komitment sewa, utility, duit mak ayah, hutang-hutang , simpanan barulah fikir joli.

    Aku pun nak beli rumah tapi nak beli pakai apa? Bulu ketiak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. sama dengan aku. sebab tu hari pertama gaji dah muflis balik sebab settle kan semua benda terus haha.

      kalau laku bolehhh Dayyyy. ikut kg hahahhaa

      Delete
  4. Aku penah konsider nak buat part time belah malam. Tp bila fikir balik, bilanya aku nk enjoy life kalau siang mlm keje. Huhu jd aku matikan hasrat.

    Nk ambik komisen melukis pun lukisan masih tahap adik-adik, huhu.

    Rezeki tu sma gak cm jodoh, kalau ada tak ke mana ewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punnnn. tapi mcm takde yang sesuai and aku takut aku penat sgt nnt kacau kerja hakiki aku. makanya redha dan pandailah hidup dengan apa yg ada sahajo huhu.

      weh lukisan kau gempak kot. kalau kau adik2, aku tahap embrio lagi hahaha

      ye betul. janji kita usaha dan doa :)

      Delete
  5. Mak aku kata, jangan cakap tak cukup sebab nanti bila cakap tak cukup akan sentiasa tak cukup.
    Tapi pada aku pulak, kalau dah tak cukup nak buat camne lagi...hahahaha

    Bertabahlah Nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama dengan ayat makcik2 aku. tapi nanti cakap ada banyakk dorang suruh belanja padahal kita tau cukup2 je utk kita. tapi tu la rezeki ni miracle, rasa x cukup padahal cukup je makan sampai gaji balik. haha

      Delete
  6. meh la no akaun, nnt kbel bank in duit hahahaha.

    ReplyDelete
  7. Ini masalah sistem gaji malaysia tidak seimbang dengn kos sara hidup dan menyebabkan golongan rendah sederhana hidup derita. (Macam hidup perang dunia)

    Orang miskin makan roti atau nasi bubur pada waktu pagi. Manakala orang kaya makan dan minuman dengan harga tinggi. Orang kaya wang memang tak habis bukan setiap bulan tetapi bukan setiap tahun malah seumur hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perbezaan pendapatan bulanan antara yang kaya dengan sederhana makin ketara, yang miskin tegar jangan cakap la kan.

      Delete
  8. Aku dah lama padamkan impian nak beli rumah..ahaha..sebenarnya tak pernah ada pun.. Yeah, I'm a simple minded person..Aku dah cakap awal2 kat adik beradik aku, rumah mak ayah aku nak..! korang beli rumah sendiri..hahaha..


    There are all sorts of shoes and we get to only wear the one that fits us.. Rezeqi masing2.. Alhamdulillah, rezqi aku tak berhutang masa belajar.. Aku selalu bersyukur part tuh and selalu ingatkan diri, rezqi and nikmat tuhan bagi banyak, dari sesimple2 benda yang kita tak nampak sampaila ke benda2 yang orang lain dok impikan nak miliki.. Senang tidur pun nikmat...haha.. cuma tula, orang kerap lupa and suka banding2kan dengan orang lain..sedangkan perbandingan tu tak fair..

    dulu aku suka cakap takde duit, sekarang, aku rephrase, aku cakap takde bajet kalau tak dapat beli sesuatu tu.. Nak berkat and rasa sentiasa cukup, satu jek, jangan kedekut.. Aku suka berhabis duit untuk family sekarang..apa yang aku sedar, sebanyak mana aku spend untuk dorang, sebanyak tula akan ada duit lebih hujung bulan walaupun aku rasa macam tak logik jek untuk masih lagi ada baki sebanyak tuh..


    be strong, dude..! (sorry, aku suka address semua orang as dude..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kadang2 je terlintas tak pernah serius sangatlah. aku rasa rumah mak ayah aku dpt ke adik laki aku hoho.

      betul. kadang2 muat tapi sakit pulak bila pakai. alhamdulillah, rezeki kau bahagian tu. betul, aku setuju sangat2. kita nak hak orang lain dan ada orang lain nak hak kita. manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yg ada huhu

      yeahh. what u give u get back kan? kann weh x logik. dulu aku pernah buat kira2 perbelanjaan bulanan. i mean aku catit setiap duit yg aku keluarkan (skrg x buat dah sebab malas) wahahahha. and surprisingly bila total hujung bulan memang melebihi pendapatan bulanan aku. mana dtg x tau hahaha

      aku suka je org panggil aku dude dari sis wakakakakakka

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance