Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 28 September 2016

My memory's storage

Weh busy weh hidup aku lately. Ni curi masa sikit sebab rasa blog makin hambar haha. Semalam dekat pukul 11malam baru sampai rumah. Aku agak suka kehidupan yang busy (yang tak stress kan aku) sebab aku rasa aku fully utilise hidup aku. Kalau tak aku rasa hidup aku hambar dan tidak berguna sama sekali hahaha

Aku rasa kan otak aku ni memilih jenisnya. Sebab banyak kali dah aku encounter situasi yang sama, waktu yang sama tapi aku ingat scene 1 secara jelas, scene 2 samar-samar dan scene 3 tak ingat langsung-langsung. Bukan je melibatkan kejadian malah manusia haha.

Semalam aku ada formal dinner. Then ada sorang pegawai ni sembang punya rancak  siap tahu nama aku. Aku pun layan kan je.

Persoalannya sekarang;

Siapa dia?

Mana dia kenal aku? 

Sebelum ni kitorang berjumpa kat mana?

Sebelum ni aku pernah sembang dengan dia ke?

Hahaha it's so confusing. Aku punya elak bercakap dengan dia yang memerlukan panggil nama sebab aku langsung tak tahu nama dia. Nasib baik la dia pegawai makanya aku boleh panggil dia Encik je. Aku tunggu jugak dia cakap occasion mana yang kitorang pernah bertembung tapi dia tak cakap.

Risau jugak aku dengan diri sendiri ni.

Ada benda yang jadi dalam hidup aku Mak aku and kawan-kawan yang lebih ingat dari aku. Sampai gaduh-gaduh aku dengan Mak pertahankan benda tu tak pernah jadi and lepas buat confirmation dengan kawan aku sah benda tu pernah terjadi hahahah

Oh why? Oh why?

Takkan ni effect aku kena jahit kat kepala 17 jahitan sebab accident dulu kot? 

Tapi Alhamdulillah benda yang penting yang aku pilih untuk ingat inshaAllah aku ingat.

So nak kata aku perempuan yang akan ingat tarikh 1st date ke pakai baju apa ke memang tak ye aku nak ingat. Buang memory aku je.

14 comments:

  1. Mungkin ko patut bawak buku 555 kemana-mana.

    28/9/16, ada sorang pompuan komen merapu kat blog aku. Nama dia Day. Sekian

    Sahih ko ingat sampai bila-bila. Tapi jangan misplace buku 555 tu sudah la.
    BTW, aku pun ada masalah sama nak ingat orang. Dah tunjuk gambar pun xleh cam, lolol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sini takpe, ada simpan dalam blog just kena bukak blk. sbb tu org mcm aku perlu blog kot. tp bila baca entry lama balik ada jugak rasa eh ni yang mana eh? hahha

      sama la kitaaa

      Delete
  2. Hang memori lelaki kot, hahahaha.

    Tp betul je, memori yg takde signifikan selalunya terbuang percuma. Tp kadang tulah, memori yg aku taknak ingat, yg tu laa yg dok ingat sgt. Scumbag brain, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai cakap gitu haha

      hahaha ye weh benda yg x perlu ingat, ingat pulak. masih tak pandai memilih sangat otak aku ni

      Delete
    2. Pergh! 'Memori lelaki'...
      Feminist sungguh kedengarannya hahaha JK

      Delete
    3. aku sampai skrg x tahu feminist tu apa sbnrnya hahaha. mempertahankan hak wanita? merasakan wanita sama level dengan lelaki?

      Delete
  3. salam nadia,klau si E dlm entry 'some people are funny' bace ni abis kamu nadia.dia bleh blame ape2 kat nadia lgi.hahaha

    ReplyDelete
  4. Hmmmmmm.. Selective memory kot.. Entah.. Yela, benda yang ko rasa tak penting ko takkan ingat.. Sebenarnya bukan tak ingat, cuma memori tuh dah tertanam jauh di pinggir2 ingatan..haha.. entahla, macam tak make sense je apa aku cakap ni..well, sounds brilliant so don't mind me..lalala.. XP

    Aku benda remeh temeh memang aku takkan ingatla, ni ramai dah bagitau.. Aku senang ingat muka orang tapi susah ingat nama..haha.. hmmm, date lagila aku tak amek port.. Event pun tengok, tak tentu..kadang2 benda yang aku taknak ingat, yang tu yang dok flahsback.. sedih ke gembira ke takde kena mengena dengan ingatan aku..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah dengar teori kau ni. so aku rasa betul hahahha

      aku pun takkan ingat bende remeh temeh, tarikh birthday cth nya haha. kalau orang, ,rupa susah nama pun susah nak ingat. hahaha sama. masalah betul yg tuuu. yg gembira takpe lagi kan nak ingat hahaha

      Delete
  5. "effect aku kena jahit kat kepala 17 jahitan"

    patutnya pakai plaster je, mungkin kurang sikit effect dia hahaha.. sorry :/

    ReplyDelete
  6. Hahaha.
    Aku pun lebih kurang. Selective memory.
    Aku ingat lawak ustaz aku masa sekolah rendah tapi lawak member semalam aku dah lupa sepenuhnya.

    Asalkan tak sakitkan hati orang, pada aku, tak pe kot kalau memilih sikit untuk memori. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bukan kita mintak kan, dia select sendiri.

      aah. tapi ramai jugak bengang dengan aku 'woi tu pun tak ingat ke?!' jerit mereka hahahha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance