Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 5 September 2016

Masuk perkampungan Orang Asli

Lately hidup aku sedikit chaos; fizikal, mental dan jiwa. Masih dalam proses untuk menyatukan mereka kembali ke keadaan seiya sekata dan harmoni. This needs time but eventually this too shall pass. Doakan aku!

Banyak aktiviti aku tak update kat sini akibat kekangan masa dan workload.

Hari tu aku masuk perkampungan orang Asli. Yang paling easy access but still takde line internet. Tapi aku lihat mereka bahagia apa adanya. Ada yang berjaya akademik, ada yang bersungguh mendalami ilmu agama, jelas usaha mereka dengan keadaan yang serba kekurangan. Mereka makin maju dan masih suci dari 'debu-debu' kota.

Syabas diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Perak kerana bersungguh berdakwah kepada mereka yang selama ini terpinggir. Populasi orang Asli yang Islam di Perak makin berkembang. Alhamdulillah.

Melihat mereka memang buat aku rasa banyak benda dalam dunia ni yang aku ambil tidak peduli, jarang sekali aku syukuri. 

Selipar masih elok di kaki tapi bila nampak yang lagi menarik hati, terus beli padahal anak-anak di dalam sana ada yang masih berkaki ayam.

Sekarang kebanyakan benda semua atas talian, mereka sanggup meredah hutan nak masuk ke pekan supaya dapat daftarkan diri untuk masuk ke universiti. 

Yang kita ni? Internet hujung kaki, tapi tetap mak ayah yang tolong isi. Tak reti usaha sendiri, tak nak berdikari.

Harap masyarakat yang makin sakit ni akan dapat diubati, termasuklah diri aku ni. Banyak benda yang memang kita wajib syukuri termasuk jari yang boleh menaip entri ni. Apa kau ingat kau boleh type guna kaki semudah ni kalau takde jari tangan?

Aku suka nature, sebab tu aku volunteer masuk kampung Orang Asli sebab mereka masih duduk dalam hutan yang ada hanya sikit pembangunan asas; sekolah. Air sungai mereka masih jernih sebab mereka ada yang duduk atas pergunungan dan mereka pelihara alam kita. Mereka jual rotan, sumber hutan,buah-buahan dengan nilai yang ikhlas bukan mencekik darah. 

Time aku pergi hujan lebat, enak sungguh bau hujan yang menimpa daun-daun hutan, iramanya pun merdu sungguh. Ahh damainya suasana tu. Rasa nak duduk sana lebih lama. InshaAllah aku akan pergi lagi yang lebih jauh ke dalam, memerlukan 3 jam perjalanan darat dan 2 jam perjalanan atas air. Yang sana dengar cerita elektrik pun masih guna generator. Air masih sumber air tasik. Kalau aku jadi pergi nanti aku update. 

Mendekatkan diri kepada alam dan orang-orang yang menghargai alam juga boleh membuatkan kita makin dekat dengan penciptaNya.

I need a beautiful escape. Now.

10 comments:

  1. Ko pergi under apa? Ada badan atau persatuan apa2 ke ni?
    Last aku pergi perkampungan orang2 asli masa PLKN..

    ReplyDelete
  2. AKu dulu pun pernah masuk kampung orang asli dekat Pahang.
    Tapi rasanya kampung aku masuk tu dah terima permodenan sikit.
    Rumah pun walaupun masih kayu, tapi dah ada pasang astro.
    Siap ada yang dah berkenderaan Hilux lagi.

    Nature memang best. Antara impian aku ialah tinggal di kawasan kampung yang aman dan tenteram suasananya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini pun dah ada perkampungan macam kau cakap tu. ada yang kerajaan dah binakan rumah batu tapi most of them lebih prefer duduk rumah kayu dalam hutan :)

      sama! aku pun impikan rumah dalam kampung belakang ada sungai yang jernih dan kebun buah-buahan. perghhh mana nak dapat woi haha

      Delete
  3. gi banding nad... nek umah bot tu gi ramai2 leh singgah pulau org asli banding tu, view mmg terbaik "one with nature" pi ritu 2d1n rasa macam panggilan pulau lak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada plan nak ke sana tapi tak sampai-sampai lagi, lalu je haha. inshaAllah one fine day

      Delete
  4. Aku tak pernah lagi berpeluang pegi. Satu, aku memang agak renyah untuk keluar dari kepompong aku yang selesa dengan internet laju dan makanan di hujung talian. Dua, aku tak mendekati badan-badan amal yang anjurkan benda-benda macam ni.

    Tahniah nad dapat melalui pengalaman unik. Klau ada entry lagi pasal orang asli, sudi-sudi la kongsikan gambar sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada peluang nanti try lah :)

      inshaAllah.

      Delete
  5. Ohh sebab workload ke yg hidup kau jadi chaos ni... Aku x tau kau punya level chaos tu camne, tapi kalau kau dh rasa macam x boleh nak berfikir dgn baik disebabkan masalah kau tu, kau kena cari juga masa utk spend masa dgn org2 yg boleh buat kau happy atau buat benda yg kau happy. Pergi kampung org asli ni pun antara salah satu cara kau jugak kan? Bagus2...

    Masalah datang dan pergi. Hidup ni kan macam roda. Kau kena hadap gak macam mana pun...

    Btw, bagus org2 asli ni. Walaupun x byk dia ada tapi dia reti bersyukur. Lebih bersyukur dari kita yg ada macam2.. Thanks for this entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan workload je, ada jugak pasal kehidupan harian hehe. aah rasa kurang sikit beban aku pergi tengok kehidupan dorang.

      betul. all things shall pass kan, happy ke tak happy ke. semua ada time zone masing2.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance