Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 2 September 2016

Mak oh Mak

Pagi semalam tetiba aku dapat whatsapp dari Mak tunjuk gambar tupperware kaca kecil, memang comel dan cantik. Ada offer katanya, dari RM2.00 ke RM1.25. Aku pun layanlah, ingat dia nak beli 10 biji ke untuk kegunaan rumah.

Lepas aku tahu niat terus aku terkesima, terkejut, rasa nak gelak, rasa nak nangis. 

Mak nak beli 500 untuk goodies kamu kahwin nanti. Kamu cakap nak kahwin tahun depan kan?

Biar betul Mak ni? Konfiden sangat Nadia kahwin tahun depan, Nadia main cakap je. Nadia mana ada kawan dengan siapa sekarang ni.

Ada tu inshaAllah. Pagi esok Mak pergi ambil dengan MakNyah. Benda bukan boleh busuk pun.

Begitulah lebih kurang conversation kitorang. Sumpah aku speechless. Mak aku ni nak sycho kan aku ke apa?

At first I thought she's just kiddng, tapi bila dia suruh aku tranfer duit, I know it's for real. Lain macam Mak aku ni. Memang la benda tu tak busuk tapi tak rasa sycho ke setiap kali balik aku nampak benda tu berkotak-kotak. Hahahah *gelak sambil nangis*

Aku ni kira goodies dah setel, photographer dah ada, kursus kahwin dah pergi, tok kadi dah ready, yang takde BAKAL SUAMI je lagi! Kahkahkah. Tak pernah dibuat orang cari bakal suami last sekali. Hahaha.

Tak tahu kenapa aku sedih semalam tengok kesungguhan Mak aku nak aku kahwin. Aku tak tahu nak buat apa, I guess I just keep praying.

Manusia merancang, Tuhan sebaik-baik perancang.

Kalau aku tak guna pun orang lain boleh guna. Tak pun aku jual la balik. Nak beli? Hahaha

14 comments:

  1. haha nadiaaaa apa kata edar je kad jemputan. tarikh n nama bakal suami tu kosongkan dulu.
    kak bel doakan nadia dapat bakal suami idaman.
    btw, kalau nak jual patut jgn tulis harga dlm blog, boleh mark up sikit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. susah nanti nak retrieve balik nak bagi tarikh
      ameen. kalau idaman arjun rampal hahahha
      hehe takpe. kalau jual bagi harga modal, bayar duit postage je haha

      Delete
  2. ke mak ko dah pilihkan untuk ko? haaaaa... arranged marriage sangat. huhu. aku doakan yang baik-baik je untuk ko dan jodoh ko nad. amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takdelah. mak aku tak suka match-match kan ni. beliau memang suka terlebih konfiden
      thankyou Day. Ameen :)

      Delete
  3. Hahaha.. Tengok, mak kau pun dah rasa kau patut kahwin. Kau je x sedar2 lagi. Haha..

    Rilek la ada setahun lagi kau nak cari. Org yg baru kenal sebulan pun dah boleh kahwin. Kau byk lagi masa ni. Setahun lebih. Boleh try2 lagi ni memana lelaki pastu update kt blog. So, kau ada la byk content nak update kt blog ni nanti. Bernas x idea aku ? Kahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sedang kumpulkan kesedaran la niiii haha

      sebab semua orang dah fikirkan untuk aku, jadinya aku malas fikir. Boleh?? hahaha

      Delete
  4. Nad. Betul2 lawak ni. Anyway..all the best. U can find the best too. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. hahaha. thankyou IQ selalu doakan :)

      Delete
  5. I'm here NADIAAAA.. tahun depan yee hahahahah
    patutlah rasa mcm ada orang seperti memanggil-manggil
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang ye jangan lupa bawak hadiah peti ais. hahaha

      Delete
  6. peti ais tu demand utk hantaran ke? haha
    kalau macam tu xyah tunggu tahun depan, hujung tahun ni pon boleh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadiah dengan hantaran pun dah tak reti beza ke?

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance