Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 13 September 2016

Jangan biar rasa mengatasi rational

Tajuk entry ni quote by my best friend. Aku pegang apa dia cakap bila nak buat keputusan.

Emang bener ya rasa boleh menutupkan rational kita. Kita tahu benda tu tak akan jadi or akan jadi isu untuk masa depan yet kita still bertahan and live in denial sebab kita takut nak keluar dari comfort zone kita, kita takut kalau kita ambil keputusan yang salah. The only obstacle is your fear.

Contoh; kita tahu boyfriend kita penagih dadah yang hardcore yang ikut logik akal memang susah gila nak cure and kita tahu kita tak mampu nak ubah dia but still kita nak jugak kahwin dengan dia atas rasa cinta tu. Cinta itu buta, pernah dengar?

Kita kena berani buat keputusan untuk prevent greater damage in future. Jangan ingat rasa kau sekarang akan kekal selamanya. Jangan cuba kalau kau ada instinct masa depan kau akan rosak kalau kau teruskan. 

Sayang memang sayang tapi kenapa nak tempah hidup yang menyeksakan? Kalau dah sedar something wrong, move on. 

Ni memang dah tau pasangan penyangak, penagih dadah, suka main perempuan, panas baran still nak proceed. Hidup ni berlandaskan pilihan yang kita buat berdasarkan akal yang dah Allah kurniakan. Choose wisely. Jangan biar rasa mengatasi rational. Itu semua nafsu. Itu semua syaitan yang nak memesongkan kita.

Sentiasalah berdoa minta petunjuk. When you have decided, put your trust in Allah. Walaupun keputusan tu menyakitkan pada awalnya, inshaAllah hasilnya takkan mengecewakan. Allah tak pernah menzalimi hambaNya, kita yang menzalimi diri sendiri. 

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin.

Semoga setiap rasa yang kita korbankan demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan agama akan dapat ganjaran yang setimpal. Ameen.

8 comments:

  1. yup betul.

    tapi ada orang guna alasan cinta itu buta pulak. tak faham sungguh -,-

    ReplyDelete
  2. Nak buat pilihan solat istikharah dulu. Kadang2 secara logik nampak x bagus, tapi boleh jadi bagus pada masa akan dtg.
    SO solat istikharah, tanya pendapat orang yg boleh dipercayai, then pilih yg mana hati rasa lapang bila dah buat keputusan.

    Btw, alasan cinta itu buta entah apa2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata kau. mata kita tak nampak apa yang Allah nampak. so better istikarah mintak petunjuk.
      thankyou Bro

      Delete
  3. Frasa cinta itu buta sebenarnya, pada aku, macam dah overused sangat.
    Pengertiannya pada dasar adalah bahawa cinta tu tak kenal siapa (dari sudut luaran, umur dll) tapi orang zaman sekarang suka guna frasa tu untuk justify perbuatan mereka yang hanya seronok memilih. Yes, pilih tetap pilih tapi kenapa pilih yang memudaratkan? Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes btl. bagi aku pulak frasa tu bawak maksud yang bila kau dah cintakan seseorang kau dah buta nak menilai baik buruk sesuatu perkara. butakan hati dan mata walaupun dah terang nampak buruknya.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance