Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 9 September 2016

Bekerja 6 jam sehari

Hari tu aku dapat satu survey berkenaan sama ada setuju atau tak kalau nak kurangkan waktu berkerja dari 8 jam ke 6 jam sehari.

Ini adalah solely pandangan aku secara individu yang berkerja di sektor kerajaan, yang masih bujang tiada komitmen anak menyusu atau nak cabut stokin suami.

Kalau cut 2 jam sehari darab kan dengan 5 hari, maknanya total cut 10 jam. Bagi aku lebih baik bagi cuti setiap hari Rabu, baru cut 8 jam je. Kan? Haha

Aku lagi prefer kerja 9 jam pun tapi dalam 5 hari yang hectic bagi rehat sehari untuk refresh supaya makin produktif. Gitu.

Sekarang ni bagi aku 8 jam pun kekadang tak cukup bila banyak kerja. Macam sekarang kerja slow sikit so cukuplah 8 jam tu even sometimes berlebihan. Time tak cukup tu memang lelah rasanya.

Ada hari ada meeting, ada kursus, seminar. Ada hari kena deal dengan orang awam, kerja tak pernah habis, so 8 jam tu ikutkan cukup-cukup je. Kalau nak kurangkan bagi aku nanti lagi tak produktif. 

Contoh kalau waktu kerja 6 jam dari pkul 0900 sampai 1600. Baru kerja kejap dah pukul 1300 nak rehat. Pukul 1400 start kerja balik tapi buat kerja sampai 1530 je sebab dah nak siap nak balik. Kerja pun ala kadar je sebab lagi seronok nak duduk rumah tu. Lepas tu kerja tangguh esok dan esoknya dan esoknya, so dari segi tarikh dah melangkau hari. Padahal ada SOP yang tak berubah nak kena ikut, ada dateline nak kejar.

Aku lagi suka pulun kerja betul-betul 0800 ke 1700 atau dari 0800 ke 1800 ke and dapat rehat di antara hari daripada waktu disingkatkan apa pun tak jadi. 

Belum kira yang lepak minum teh 2 jam, time rehat pun dia rehat. Belum kira kalau kena kerja luar tapi balik hari, perjalanan pergi balik pun ada yang makan 4 jam, nanti nak meeting pun kelam kabut. Belum kira yang saja delay kerja sebab lepas 6 jam mestilah boleh claim OT.

Tak gitu?

8 comments:

  1. setuju.. Sorry to say, sebelum cadangan ni pun bukan memang kebanyakkan pekerja dah implement sendiri ke? masuk lambat pergi breakfast dulu, nanti kang rehat sendiri makan pagi pulak, keluar awal and masuk lambat lagi time lunch, minum petang, balik awal..bla..bla.. belum campur yang masuk office suka hati sebab uruskan bisnes lain kat luar.. *geleng kepala.*

    Aku prefer samala macam hang.. time keje, pulun betul2.. time cuti, cuti betul2.. Hehehe, ok, kembali pada kerja.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa kan. kau bayangkan kalau implement 6 jam ni. last sekali kerja 2 jam je sehari dengan min pay rm1200. absurd.

      time cuti jangan angkat call pasal kerja kakaka. moga kita menjadi org yg amanah dengan kerja. ameen

      Delete
  2. setuju dengan sis! better ade cuti sehari untuk lebih produktif..
    follow blog best ni #169
    follow back and keep in touch siss

    ReplyDelete
  3. Tu la aku pun x setuju nak cut masa kerja jadi 6 jam utk kerja kerajaan. aku kerja swasta 8jam yg skrg ni pun rasa asyik x cukup je masa sehari utk siapkan kerja2 aku.

    Nak berurusan pun dah susah nanti. Tinggal 6 jam je. Tapi idea kau memang lebih baik. Bagi cuti sehari terus. Tapi kalau kerja kerajaan je yg dpt cuti ni aku x setuju. Mana boleh kau je dapat aku x dapat..kalau x dapat biar sama2 x dpt. So aku doakan benda ni x jadi. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai x setuju. ada yang cadangkan waktu anjal. means ada yang masuk 8-3, 9-4 or 10-5. tapi aku tak rasa benda ni akan jadi hahaha

      dengki eh? :P

      Delete
  4. Sebenarnya dah lama dah orang kerja 6 jam, cuma atas kertas je 8 jam.
    Mengular sana sini, masuk lambat keluar awal tengahari rehat sampai 2 jam.
    Kira balik, lagi kurang dari 6 jam kerjanya hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 jam tu kira bagus jugak la tu hahaha. ada yang 2 jam je. pffft

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance