Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 19 September 2016

Angkara nyamuk

Hi guys!

How was your long weekend? Mine bitter haha. Aku demam, selsema, sakit tekak, batuk, sakit dada, sakit tangan, sakit tengkuk, sakit hati, semua la sakit.

Sekarang ni banyak penyakit baru yang tetiba pop out. Zika contohnya. Dulu aku kena Chikungunya mak aii tak boleh bangun. Dia attack semua sendi kita memang seksa rasa macam paralyse. 

Demam kali ni aku dapat sikit symptoms macam tu tapi tak teruk so malam Sabtu pergi jugak klinik untuk cek, Chikungunya kalau kena kali kedua boleh Innalillah sebab antibody kita dah tak boleh lawan dah virus tu. Kawasan rumah sewa aku denggi memang tengah trending tu tapi Chikungunya memang dah lama menyepi tak dapat sambutan sangat agaknya. Aku malas nak pergi klinik (as always) tapi parents aku paksa (as always)

Tengok kerisauan muka parents aku memang rasa wajib pergi klinik untuk hilangkan risau itu. Doktor bagi aku ubat kalau tak elok jugak kena pergi ambil darah. Ubat tu kuat gila sampai badan aku tak sakit dah tapi kena gastrik pulak. Lol.

Sekarang aku masih demam tapi terkawal. Tak syiok betul demam time cuti. Tapi kalau time kerja pun selagi aku larat nak bangun aku tak MC pun. Hope I get better soon.

Nyamuk ni walaupun kecik banyak penyakit bahaya boleh jadi. Dulu aku ingat Aids punya dari nyamuk aedes, bukan rupanya hahaha. 

Nyamuk ni suka manusia darah jenis B ke O entah, lupa dah. Aku darah A memang jarang sedar kehadiran nyamuk bila adik aku (darah B ke O entah) dah macam onggile mengibas marahkan nyamuk. Ayah aku pun nyamuk suka kat dia. Aku perhatikan kan, binatang ni dapat rasa kita tak suka kat dia, lagi tak suka lagi dia dekat. Contoh; nyamuk, kucing dan anjing. Adik aku penakut kucing, memang kerja kucing datang dekat dia je haha. 

Zika dengan Chikungunya ni asalnya dari Afrika, jauh nyamuk tu terbang, tumpang MAS ke apa? Ke sebab kita banyak benarkan bangsa dorang datang belajar dan kerja kat sini, dorang bukan je bawak visa malah virus.

So guys, jagalah diri dan persekitaran. Pakailah musquitos repellent tu, jangan biar air bertakung, tidur dalam kelambu, pasang ubat nyamuk (semua ni aku tak buat HAHAHA).

Be safe. 

4 comments:

  1. Pesan kemain ye kooooo..haha..

    Jaga diri leklok weyh..! Get well soon..!

    Aku darah B tapi aku suka nyamuk (LOL), so nyamuk tak ketit aku..haha..XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks, u too.

      ha betul kan teori aku? kahkahakah

      Delete
  2. Jaga diri weyh!
    Kawasan aku pun sekarang meriah dengan nyamuk, harap2 bukanlah yang bawak Zika ke, Denggi ke, Chikungunya ke...
    Nyamuk suka sangat gigit aku. Bila ada orang ramai, mesti aku yang kena gigit dulu.
    Darah sedap rasa tomyam ayam kot? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. you too!
      nauzubillah.
      haha kau darah apa?
      hahaha kalau darah kau rasa tomyam aku rasa bukan nyamuk je gigitt. lololol

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance