Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 14 September 2016

Analogi solat dengan kerja

Bila kita nak buat kerja, kita boleh applikasi kan apa yang kita buat time solat dalam kerja kita.

1. Niat - Sebelum solat kita mesti ada niat nak solat, bangun dari baring yang enak sambil peluk bolster dalam keadaan bilik yang sejuk dan redup (maafkan aku, aku sedang bayangkan adik aku tidur while aku bersiap nak pergi kerja pfft) nak ke toilet ambil wudu' tu pun dah dikira niat nak solat. Sama juga dengan kerja, kita kena ada niat yang baik untuk mulakan kerja. Ikhlas kena ada bukan kerja sebab nak gaji je. Kalau ikutkan dengan ekonomi sekarang dengan workload sebenarnya gaji tak berapa setimpal. Tapi kalau ada niat yang baik dan ikhlas inshaAllah cukup dan berkat.

2. Bersuci - Sebelum solat kita akam ambil wudu' dulu untuk bersihkan diri sebelum menghadap Ilahi. Macam tu jugak dengan kerja, kita kena pastikan kerja kita tu 'bersih' dulu sebelum mulakan. Takde unsur korupsi, takde unsur politik kotor, bias dan lain-lain.

3. Rukun solat (wajib dan sunat) - Dalam solat kita kena tertib ikut rukun solat, kalau tak maka tak sahlah solat kita. Ada yang wajib ada yang sunat. Sama dengan kerja, kita ada SOP kita. Makanya kenalah kita ikut SOP tu sebab kalau langkau satu yang wajib maka berteraburlah kerja kita macam solat yang tak sah tadi, sia-sia. SOP yang 'sunat' tu kalau rasa tak perlu boleh la skip.

4. Doa - Lepas solat kan kita digalakkan berdoa. Macam tu jugaklah dengan kerja. Bila kau dah buat semua sepatutnya, selebihnya berdoa dan tawakal la agar semua berjalan lancar.

Kalau swasta selalunya increment gaji akan ikut performance kita kan? So katakanlah kau dah buat kerja sehabis baik, immediate boss dah puji bagi baik punya appraisal tup tup top management bagi orang lain naik gaji lebih dari kau padahal kau tau appraisal dia tak sebaik yang kau dapat.

Maka janganlah dengki atau iri hati, bersyukurlah. Mungkin rezeki kau ibu bapa yang sihat. Yang si polan yang dapat increment lebih tu mungkin mak ayah dia tak sihat memerlukan belanja lebih yang kau tak perlu keluarkan. At last sebenarnya sama je. 

Dalam hidup jangan ada negative thinking, sentiasa bersangka baik pada Allah dan manusia. Percaya pada rezeki dan takdir.

6 comments:

  1. Good analog..

    Tapi kadang orang pk kerja jek, solat tak pun.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu yg tak best kan. kerja sampai lupa solat. padahal solat yg akan memudahkan kerja

      Delete
  2. Yup. aku setuju. Nak buat kerja kena ada niat yang baik. Kalau nak harap increment, naik pangkat semua memang susah nak rasa puas hati bila buat kerja kalau benda tu kita tak dpt. At least ada niat buat kerja untuk memudahkan urusan org lain pun dh cukup.
    Nice one kau relatekan kerja dgn solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula semua bergantung pd niat kita kan. kalau niat baik takde lah istilah nak berkira ke apa.
      thankyou :)

      Delete
  3. Bagus entri ni.
    Aku suka pemikiran kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan lah pemikiran pure aku sangat. aku dapat idea dari sekeliling hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance