Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 22 August 2016

Graduan sekarang low quality. Sentap?

How should I start this entry? I always lost word when it comes to introduction and conclusion haha. 

Okay marilah kita redah hentam kromo je. Ni aku nak cerita pasal belia zaman sekarang. Aku belia jugak tapi aku tak rasa aku 'berlemak'sangat macam kebanyakan budak yang aku tengok sendiri sekarang. Majoriti yang lahir tahun 95 ke atas, tak semua ye, majoriti.

Sekarang aku kerja bahagian recruitment. Bila ada iklan perkerjaan kosong tengah on maka ramailah yang datang kepada kami nak memohon kerja. Tapi malangnya yang datang adalah mak bapak dia, bukan dia.

Pakcik: Pakcik nak tahu macam mana nak isi permohonan online ni. Bukan untuk pakcik, untuk anak pakcik
Aku: Anak pakcik kat mana sekarang?
Pakcik: Dia tidur lagi haha

*my jaw dropped*

It was 11am in the morning, not freaking 5.00 am pun. Bapak dia siap gelak-gelak cakap anak dia tidur. Meh?

Hari tu ada orang call aku. Dia sengau. Aku bukan nak hina orang sengau, but seriously aku tak boleh faham apa dia cakap especially over the phone but I tried my best to understand him and Alhamdulillah aku dapat tangkap apa dia cakap.

Dan paling menyakitkan hati aku bila sebenarnya dia bertanyakan untuk adik dia! Adik dia tak reti call sendiri ke? Memang banyak kes yang mak, ayah, makcik, pakcik, tok, nenek yang call kan but agak-agak la. Ke adik dia pun sengau? Tapi aku relalah lagi melayan orang sengau kalau memang dia sendiri punya kes.

Permohonan online ni akan ditapis melalui sistem. So apa kau letak dalam tu, itulah yang sistem akan tapis, kalau kau tipu maka sistem pun tertipu sebab yang original kita tengok time temuduga je. 

Ada satu hari tu ada sorang calon ni datang cakap dia takde kelulusan sekian, sekian. Kitorang pelik la, macam mana dia boleh terlepas tapisan. Semak punya semak rupanya dalam sistem dia declare dia ada kelulusan yang dia takde tu. Tanya punya tanya rupanya permohonan tu bukan dia buat, kawan dia buat so kawan dia hentam je, dia pun tak tahu pape, tahu-tahu dapat surat panggilan temuduga je. 

Sabar je hati meknon ni Benda-benda macam ni buang masa tahu tak. Bila individu tu sendiri tak berminat, tak berusaha, tak tunjukkan komitmen, yang orang lain nak menyebok kenapa? Beratus ribu lagi calon yang bersungguh-sungguh nak isi jawatan-jawatan tu.

Aku tak boleh lah dengan manusia yang tak berusaha sendiri ni. Semua nak orang buatkan. Ada yang nak daftar hari interview pun mak ayah yang bawakkan file pergi kaunter. Adoi! Benda simple macam tu mak ayah buatkan, susah la dik. Takkan nanti dah dapat kerja, mak ayah nak duduk sebelah meja pulak.

Aku tak tahulah punca semua ni. Terlampau depends on gadget ke sampai tak reti berkomunikasi dengan manusia? Aku dulu ada masalah ni jugak, tapi aku lawan, aku buat semua sendiri.

Aku faham mak ayah mesti nak yang terbaik untuk anak-anak tapi nak manjakan anak pun ada batasnya. Bengang je aku bila mak ayah yang dah berumur susah payah nak fahamkan teknologi semata-mata nak isikan permohonan untuk anak dia padahal anak dia elok berdengkur dekat rumah. Mana la bebudak sekarang makin tak berlemak, dah semua kena suap, tinggal nak nganga je. 

Ada pulak tu anak dia tak tahu pape, I mean anak dia dah kerja elok and tak teringin pun nak kerja tenpat lain tapi mak ayah yang beria nak anak dia kerja lain, yang lebih secure kononnya. Makcik, pakcik, anak dah kerja halal tu bersyukur lah, kalau dia tak minat jangan paksa, buang masa dia, buang masa kami. Takde dah term secure ke tak secure ke dengan ekonomi sekarang. Lainlah kalau dia berminat, tu kami tak kisah pun nak interview. Ni sah-sah cakap 'Saya taknak kerja ni, mak saya yang apply kan, saya tak tahu pape' -_-''

Ajarilah anak / bagilah peluang dekat anak-anak untuk berusaha sendiri, untuk buat apa yang dorang nak. Jangan manjakan dorang keterlaluan sebab kita tak tahu apa akan jadi masa depan. Kita tak boleh jamin kita akan hidup sampai anak-anak kita (anak-anak kita, bila masa aku ada anak entah haha) berjaya, so susah kalau anak yang depends 100% dekat mak ayah ni tetiba mak ayah takde. I know one case yang mana mak dia terlampau manjakan dia, then her parents died last sekali dia gila. Kesian.

Kepada remaja pun janganlah naik lemak sangat. Janganlah nak call untuk urusan rasmi pun kecut, oh kau bergayut dengan boyfriend 5 6 jam boleh pulak? Ke boyfriend kau bukan manusia? Ni nak cakap 5 minit nak minta tolong reset password pun suruh mak call kan. Lepas tu kejap-kejap mak jerit tanyakan no kad pengenalan, padahal kau ada je dalam rumah tu sekali -_-'' Kalau kau nak, kau yang usahakan, bukan mak bukan ayah bukan kakak. 

Betul lah kata orang, makin tak berkualiti tenaga kerja kita. Pakcik aku salah sorang panel temuduga, dia kata makin lama makin dia perasan graduan sekarang low quality. Berbeza dengan yang dia interview 10-20 tahun lepas. Terasa iolss. But I have to admit it. Kebenaran itu pahit haha. Generasi kita memang hebat bab teknologi but bab komunikasi fail. Komunikasi penting ye.Kau jadi engineer pun kau kau kena pandai berkomunikasi, tak boleh tahu bab machine je, contohnya.

Sekarang ni semua di hujung jari, semua mak bapak buatkan, semua kerajaan sediakan, jarang usaha sendiri memang bezalah dengan graduan dulu, mak bapak tak tahu pun nak tolong apa, duit pun cukup-cukup buat tambang bas je, ke sana sini jalan kaki, berusaha sendiri. So tak hairanlah graduan dulu lebih menghargai apa yang ada berbanding budak zaman sekarang yang bangun tidur semua ada depan mata. 

13 comments:

  1. Fuuuhhh..a good read.. Aku pun nampak benda ni dalam adik-adik aku..huhuhu.. Well, part of it mungkin salah aku and parents kot, manjakan..tapi ada sebab, sebab kami tau adik aku ni tak seprogressive kakak2 dia..*sigh.* Kalau dibiarkan, dia end up nangeh jela gamaknya..huhu.. Tapi aku dok ajar adik2 aku slow2, simple things..

    Sekarang aku sangat berterima kasih dengan ayah aku sebab apa2 hal, dia just bagi order and aku kena execute sendiri..you, take care of the business yourself, whatever it is..Hahaha.. So, I end up being stand alone and independent.. I think..XP

    Haish, banyak nak komen pasal ni..tapi cukuplah..haha.. Budak sekarang ramai yang banyak lemak, obes..! Period..! XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama. adik aku pun. tapi at first place mmg blh nampak kitorang (parents aku, aku garang haha) yg manjakan dia dulu, esp yg bongsu. So macam dah terlajak. Dah besar baru nak bagi dia independent agak susah dan take time. so end up macam kau lah, terpaksa kitorang yang buatkan jugak tapi dalam masa yg sama ajar tetap ajar.

      ye ayah weh aku pun time aku begitulah. bayar yuran beli apa2 semua sendiri. I busy katanya. faktor makin tua makin byk leisure time kot tu blh manjakan lebih yg bawah2. aku independent sampai langsung taknak org lain tolong. lol

      haha terima kasih atas komen yang memberangsangkan >_<

      Delete
  2. Thumbs up utk entry ni. Dan aku sangat bersyukur adik aku jenis berdikari sebab klau mintak tolong aku, aku tak reti nak tolong. Melingkup semua. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Syukur lah dapat adik yg berdikari sebab adik yang sikit2 kita ni rasa nak hempuk pun ada tapi dalam masa yg sama kesian haha

      Delete
  3. Setujuu. Kalau tgk staff2 yg baru msuk kt ofis nih sume jnis mnja. Kje byk sikit merungut. Xmcm zaman kita dulu. Zaman la sgt mcm jauh nau kn. Padahal 3-4 years back je pon beza dgn diorg. Budak2 skrg ni kna bljr hidup ssh. Barulah diorg hargai erti khidupan sbnr . Terbebel jp.huhu. Btw nice written sis. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, bebudak ni makin manja. marah sikit dah nak berhenti kerja. jjiwa x kental. amboi cakap mcm kita dah tua sgt kn haha.susah nk blaja hidup susah skrg, semua easy access. org asli je kot hidup biasa2 lagi, tu pun yg btl pendalaman.thankyou :)

      Delete
  4. Risau pulak aku fikir.
    Kalau generasi dulu okay, generasi sekarang macam ni...
    macam mana pulak dengan generasi akan datang?

    Hmmmm.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 benda ni cycle tau. mana tau generasi anak2 kita (ANAK2 KITA KAHHHH) akan back to basic mcm pah tok kita. berdoalah utk umat sejagat.

      Delete
    2. by pah and tok I mean techno is still here but humanity, adab tatasusila also restored.

      Delete
  5. Yes. IQ pun admit ni masalah graduate skrg. Interview pun nak depends on fmly. Cant rely on themselves. Klu tgk mmg pening. And then pndai plak nak bersuara itu bagai. Langit tak selalu cerah. Untung nasib dapat...tpi dapat pn yg xbrkualiti. Poor people

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. mulut je bising mcm tin kosong. huhu.

      Delete
  6. So parents n anak dua2 salah. Parents manjakan sgt smpai x nak bagi kepercayaan anak buat semua sendiri. So, anak hilang confident.

    Anak pulak dh tak confident dan tak ada usaha pulak utk beranikan diri utk buat sendiri. Related semua ni.... so affectnya kat company yg dia kerja bila buat kerja x produktif... Hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. semua pihak kena betulkan sikap masing-masing untuk memastikan masa depan yang unggul hoho

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance