Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 2 August 2016

Claim insurans kereta

Semalam aku cuti nak mengisahkan hal kereta. Pepagi dah ke bank kat Taiping nak ambil salinan geran kereta. Sekali officer bank bagi yang ori terus. Senang cerita. Terima kasih.

Then patah balik Kuale nak pergi tempah baju bridesmaid. Bulan ni je aku tempah 3 baju bridesmaid dengan harga keseluruhan RM300. Tu la orang kata, siapa ada talent ni memang untung. Orang yang takde talent macam aku ni silalah melukut di tepian gantang dan menangis keluarkan duit haha.

Then aku terus ke Perodua Tasek nak hantar kereta, bukan nak hantar pun sebab kereta aku boleh guna lagi, just nak dorang inspect. Untuk repair kat Perak ni ada dekat Perodua Tasek je, Perodua Lahat pun akan hantar ke Tasek, kata mereka.

 Sampai je time lunch hour. So aku dengan Mak pergi makan dulu and solat lepas tu ambil adik aku dekat Stesen KTM Ipoh, dia baru balik dari Perhentian. Huaaa I need beach therapy.

Dalam 3.30 pergi Perodua balik. Kalau nak claim insurans, sediakan dokumen-dokumen ni:

1. Salinan IC depan belakang
2. Salinan lesen depan belakang
3. Report polis yang diakui sah oleh polis
4. Polisi insurans
5. Salinan geran depan belakang

Then baru dia bukak fail kes korang.

Kalau kereta korang kena langgar and salah another party, korang boleh claim insurans the guilty party under loss of use. Maknanya sepanjang kereta korang tak boleh pakai (masuk bengkel), insurans akan bayar RM30-RM40 sehari ke korang. Macam aku claim insurans sendiri so tak boleh lah.

Lepas officer Perodua tu explain kat aku pasal insurans and procedures, dia cakap paling kejap kereta kat bengkel nanti 2 minggu. Then dia nak tengok kereta. Time dia tengok kereta dia terdiam kejap haha. Dia kata ni mau sebulan jugak kene sidaikan kereta aku kat sana sebab ada body part kena welding. Dia tak sangka seteruk itu. Saya pun tak sangka encik :P

Then dia cakap nanti dia call time adjuster insurans nak tengok kereta and kena bawak kereta ke bengkel kejap. Lepas tu baru dia boleh order barang. Bila barang and que dah sampai baru dia call suruh hantar kereta. 

Jem kepala otak aku fikir takde kereta sebulan nanti. Siapa nak bagi aku pinjam kereta? :P Nasib baik kereta aku boleh guna lagi, kalau tak lagi lama tersadai. Cepatlah kereta pulih, sakit mata aku tengok, sakit hati jugak ibarat cubit peha kiri peha kanan turut merasa haha.

Aku selalu pat kereta aku suruh dia stay strong sebab selagi kemek, lubang dan calar balar tu ada, aku rasa kereta aku tanggung sakit berpanjangan yang tak terkata haha. I'm sorry okay? Sikit je lagi nak sihat. 

Lepas tu balik Kuale balik singgah makan laksa dengan ABC dekat Sungai Siput bagi menyejukkan hati. 

Sekian. 

NCD aku kosong balik T_T

6 comments:

  1. Bertabahlah Nad.
    Itu namanya dugaan orang berkereta #eh
    Kalau kau duk KL boleh je aku hantar kerja tetiap hari hahahahahahahahaha
    Berani offer sebab tahu kau tak duduk KL. Hahahahahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah bertabahlah ni haha
      eh dekat je perak dengan kl kan kan kan hahahahhaha :P

      Delete
  2. Ko jangan buang post ni sampai bila2.. Mana tau kot2 aku memerlukan sebab aku pun pengguna kereta tegar...guhuhuhu..

    Hmm..hmmm..hmmm.. NCD tuh ape?

    BTW, aku suka laksa, suka nak mampos.. XP


    Bertabahlah..! May allah ease your burden, amiin.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nauzubillah kau kene. tapi takpe, aku jarang delete post aku hehe

      non claim discount. kalau tak pernah claim nanti nak renew insurance dapat diskaun. mcm tahun lps aku dapat 25% diskaun. maximum 55%. so tahun ni sebab dah claim nanti aku tak boleh la mintak diskaun :( tahun dpn br blh. tapi takpelah beza dalam 200 je. kalau aku baik sendiri kereta aku mahu 2000 haha

      aku pun suka! pernah makan laksa kuala kangsar? meh sini meh aku bawak.

      tq lee-kun :)

      Delete
  3. fuhhh, rumit betul nak guna insurans ni, kalau IQ camne la nak pergi kerja kalau kereta nan hado....bonceng dengan husband la nampaknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak la leceh huhu. nadia husband pun tarak hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance