Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 11 August 2016

Batu Feringgi, Penang

Last Saturday aku pergi Batu Feringgi, Penang. Bercuti dengan family side Mak. Family aku memang tak pernah bercuti kami-kami je, wajib adik beradik Ayah / Mak ikut. Definisi percutian kami mestilah segerombolan jemah corporation. 

Sampai sana dah Asar sebab singgah kenduri kat Taiping dulu dengan merempuh Penang Darul Jem dengan penuh kesabaran dan iltizam yang tinggi. Nak patah balik pun tak boleh haha. 

Kitorang sewa banglo 3 tingkat. Heaven gila sebab selesa yang amat plus bukak gate belakang terus pepasir laut. Sambil berak dalam toilet dengar bunyi deruan ombak. Aman je, siapa ada sembelit boleh terus hilang hahaha. Bukak gate depan pulak terus terbentang luas pasar malam Batu Feringgi yang mahal nak mampus harga barang-barang dia.

Petang tu dorang mandi laut termasuk Ayah. Siap stunt dalam laut, over tau haha. Aku tak mandi laut pun, pergi Teluk Bahang tengok empangan yang airnya separas betis naga dan pergi beli jagung bakar dan corn in cup yang tak sedap RM3 satu. 


Malam pulak pergi dinner dekat area situ je sebab malas nak keluarkan kereta tengok kan hazab jem tu. Susah betul nak cari makanan Melayu kat sana, tak Arab mesti haram. Jumpa la jugak kedai depan Boost Juice yang boleh la buat lapik perut. Lepas tu jejalan kat night market terbeli casing handphone 2, RM30/1 haha. 

Pagi esoknya mandi laut. Air tenang je tak macam petang semalam. Lepas tu Opah ajak jalan-jalan tepi laut. Romantik Opah aku, orang lain jalan dengan pasangan, aku jalan dengan Opah. I love my Opah so much. 

Jangan tak percaya gambar ni Opah yang candid. I love you even more Opah haha. 

Lepas tu balik rumah sambung tidur hahaha. Lepas Zohor gerak nak hantar adik aku balik Balik Pulau. Sumpah aku tak pergi BP lalu BF dah sebab jalan dia lagi teruk dari jalan nak ke Cameron lalu Tapah. Perghhh. Nasib baik aku tak mabuk jalan bersimpang siur. Tapi pening lalat jugak la. Dah la jalan gitu, sempit pulak tu, ada pulak orang park kereta tepi jalan makan durian RM25/sekilo. Karang turun muntah durian. Idak le teman. 

Family that matter the most. Comelnya Mak aku posing gitu haha. 

Dah sampai BP kitorang singgah makan dekat Mamak tepi Poli tu. Then hantar Hafiz. Lepas tu terus balik Perak. 

The end. 

Not yet!

Guess what happened to me after that day?

Yessss aku kena food poisoning 2.0 in a month. Worst than before. Dapat MC dua hari. Time turn kena panggil jumpa doktor, aku ada dalam toilet tengah muntah hijau. Ni mesti sebab nasi Mamak tu huhuhu. Banyak nau dosa aku bulan ni haha. 

Tapi paling penting nurse klinik tu ingat aku belajar lagi. Kakakaka I like. Terus rasa sihat. Kak, lepas ni kalau saya jumpa akak saya senyum, sorry hari tu nak senyum pun saya tak larat :)

6 comments:

  1. Hahah welkem tu penang and its poisonous food, hahaa.. aku byk kali gak jd mangsa keadaan. Tgok tmpat gak ah nk mkn pun huhu.

    Bestnya bercuti sefamily. Aku tahun lepas xde plk. Selalu kitorg ada annual holiday sesama huhu. Tahun ni blm tahu, harap ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, ingat masuk kedai nampak elok, maka elok lah dia haha.

      apa kata kau usulkan, 2016 pun dah nak habis dah ni hehe

      Delete
  2. nak mai penang lagi len kali roger dlu, publish awai leh la suggest kedai makan melayu yg sedap2.. tkpa la food poisoning tu asbab jer nk mc coz sti sun burn kan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sunburn padia berjemur pun tak. Penghapus dosa kihkihkih

      Delete
  3. why nad why? IQ baru plan nak pergi penang bercuti tapi bila tengok nad kena poisoning, arghhh, terbantut kejap,huhu...

    IQ pun baru lepas lembik kena diarrhea, lembik lembik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha sesiapa orang penang sila suggest kan pada IQ tempat makan yg selamat sikit hehe

      ye memang lembik teramat sangat kalau semua benda dalam badan keluar.huhu

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance