Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 9 July 2016

Warkah untuk arwah #4

Abang Man, sehari sebelum raya hari tu Nadia pergi jumpa Kak Yan. Bagi cookies sikit sebab selama ni Abang Man order dekat Nadia but not this year. Kak Yan pun ada bagi cookies and dia bagi jugak sambal kegemaran Abang Man, tak ingat nama tapi sambal orang Jawa Johor, macam tempe bersambal gitu. 

Then Nadia pergi 'rumah' Abang Man. I cried, I thought I've moved on but nahh maybe I just need some more time. Rest in peace Abang Man :')

Depan 'rumah' Abang Man, Kak Yan nasihatkan Nadia pasal perkahwinan haha. Abang Man dengar tak? :'D

Kak Yan cakap, nanti Nadia dah kahwin layan suami macam raja. Sebab dekat suami tu ada lubuk pahala. Serve tea dekat suami pun dapat pahala. Macam sekarang Kak Yan dah susah nak dapat pahala sesenang dulu. Jangan pernah merungut, jangan tinggi suara dengan suami. So bila suami pergi dulu nanti kita akan redha dan puas sebab kita dah jadi yang terbaik untuk dia, takkan ada penyesalan. 

The same principle applied to parents as well. 

Tertelan-telan air liur Nadia dengar nasihat Kak Yan tu haha. Yela, dunia sekarang semua perempuan heboh pasal equality whatever. Suami kene serve isteri jugak blablabla. Nadia pun ada terpengaruh dengan dakyah tu haha. 

Tapi bila dengar Kak Yan cakap macam tu baru sedar ada betulnya. Kak Yan wanita berkejaya jugak yet boleh jadi isteri solehah. Now I know why Abang Man sayang sangat dengan Kak Yan. 

Dunia ni memang tempat untuk berlelah kan Abang Man? Nadia pun tengah rasa lelah sekarang. Doakan Nadia. 

Bytheway Syahmi makin handsome! Hahahaha. Hari tu dia sembang dengan Nadia. Amazing kan? Sebelum ni malu-malu. Ni mesti sebab sebelum ni Abang Man suka kacau nak Nadia jadi menantu hahaha. Syahmi baru nak ambil SPM Abang Man oi haha. Dia bagitau nanti dia nak ambil engineering in electric. 

We're all doing fine here, we know you do the same there. 

Till we meet again Abang Man. I miss you. A lot. 

2 comments:

  1. Aku rasa sebak baca ni.. May Abg Man rest in peace, Al-Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou lee sedekahkan al fatihah untuk dia :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance