Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 4 July 2016

Salam Aidilfitri!

Hi korang, buat apa tu? Tengah bakar lemang ke? Pasang langsir ke? Tukar sarung kusyen ke?

Aku? Aku tengah menype entry ni dalam office aku! Ye aku kerja lagi sampai esok. Hahahaha don't you dare to laugh with me!

InshaAllah lusa kita umat Islam akan sambut hari raya Aidilfitri. Macam tak sangka kan, cepat je berlalu sebulan. Memula Ramadhan hari tu rasa lambatnya nak raya, sekali here it goes.

Persiapan raya macam mana? Aku kira dah settle la walaupun ada beberapa barang aku nak tapi tak dapat beli lagi. Takpelah takde rezeki lagi, mungkin lepas raya hehe.

Dalam kita bergembira nak beraya ni, jangan dilupakan ada sesetengah orang yang sedang berduka. Banyak sangat kematian aku dengar sepanjang Ramadhan ni. Sakit, kena bunuh, accident. Ya Allah. Moga diberi kekuatan kepada sesiapa yang menghadapi ujian segetir (wujud ke word ni?) itu.

Tiada satu takdir yang Allah dah tetapkan itu adalah sia-sia. Ada hikmah yang tersembunyi, ada benda yang Allah nak kita belajar dan adapt. Dunia ni memang sementara, don't hold too much on earth, we all will die and leave everything here except taqwa.

So sempena Aidilfiti yang bakal menjelma, aku ambil kesempatan dekat sini kepada semua yang mengenali aku secara alam realiti atau alam maya, aku nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Aku seikhlasnya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap aku yang aku sengajakan atau tak. Maaf atas segala kata-kata yang kasar atau gurauan yang berlebihan yang mungkin mencalarkan jiwa sesiapa. Aku hanya insan biasa, tak lari dari membuat kesilapan but I'll try my best to avoid it.

Aku harap korang bergembira di hari raya di samping orang yang tercinta, jangan lupa sedekahkan doa pada yang telah pergi berjumpa Ilahi. Maafkan salah silap orang lain walaupun dia tak minta maaf. Ego won't take you anywhere better.

Kalau bulan puasa hilang 4kg, time raya ni jangan gain 8kg pulak haha. Kalau nak bagi aku duit raya, boleh la email kepada aku mintak no akaun hahaha.

Taqabballahu minna wa minkum.

6 comments:

  1. sama la still keja lg esok, anwy selamat hari raya dan mohon ampun maaf... wish u best of luck nad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt hari raya too :) redho je lah kene keje esok

      Delete
  2. salam nadia,baca entry kali ni mcm tgok kuliah prof muhaya kat astro oasis tu.ape2 pun selamat hari raya maaf zahir dan bati kpd nadia sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang prof muhaya ambil skrip kat sini haha. Slmt hari raya too

      Delete
  3. haritu kakbel tulis status fb, bulan puasa hilang 4kg. tiba2 baca entry ni...hmm terasa pulak hahaha.nasib baik nadia takde fb dah kan. selamat hari raya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mmg nmpk kak bell kurus. Makin lincah umar makin kurus la nnt dont worry hehe.

      Slmt hari raya. Maaf utk semua slh silap :)

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance