Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 11 July 2016

My Raya :)

Tahun ni raya paling hambar aku rasa bagi aku. Beli baju sampai 3, pakai sepasang je. Lagi 2 aku pakai Depavali nanti la gamaknya. Sumpah tak beraya ke mana tahun ni, duduk rumah je melayan tetamu; bancuh air, hidang makanan, basuh pinggan dah rupa buat kenduri. Penat memang penat tapi takpelah setahun hanya sekali meraikan hari yang mulia ini.

Hari first dalam pukul 11 pagi balik rumah nenek aku. Sesampai je rumah memang semua tengah kecoh bergambar lepas tu bersalaman dan sesi serah duit raya. Lepas tu bantai makanan yang ada, then aku tidur hahaha. Itu memang rutin wajib aku ye hari raya pertama, tidur! Haha. Lepas Asar beraya 3 rumah sedara ayah. Lepas tu balik melepet kat rumah.


Cousin paling gedik sekarang tapi paling disayangi

Cousins side mak. Yang aku pegang tu yang paling bongsu, aku yang paling sulung T_T

Raya kedua seharian melayan tetamu dari pagi sampai petang. Dapat jugak aku duit raya, orang tu kesian tengok aku dah rupa bibik agaknya haha. Ke memang dia ingat aku bibik? 

Raya ketiga family side ayah balik. Petang raya sempat lepak dengan Ros pergi makan spageti lepas tu beli aiskrim lepak makan atas padang bola. Haha
Girlfriend. Taken. Sorry. Haha
Tak puas jumpa dia kali ni, beberapa jam je jumpa. Tak tahu lah berapa hari jumpa baru nak puas haha.

 Malam lagi sekali kecoh bersalaman dengan family ayah dan sesi serah duit raya. Konsep aku siapa tak datang jumpa aku tak dapat duit raya kahkahkah.

Raya keempat family side mak datang lunch. Dorang memang wajib request mak aku masak macam-macam untuk lunch; tempoyak talipia, taucu keli, ikan masak sambal, keli masak sambal, gulai lemak pucuk ubi ikan rebus, sambal belacan, ulam-ulaman. Perghhh memang semua makan tak angkat muka siap bertambah, kena masak nasi beberapa periuk. 

Sebelah petang cousin aku buat akikah anak dia, makan lagi, siap panggil lori laksa dengan cendol. Pakcik aku beli lastik punya banyak bagi bebudak ni main. Bukan main jakun lagi cousins aku main lastik, selama ni dorang lastik angry bird je dalam tab. Sampai semua yang datang kenduri tengoklah dorang main lastik sebab pakcik aku siap sangkut target kat pokok suruh dorang lastik. Yang bergaduh rebut lastik jangan cakaplah. 

Raya kelima lagi sekali melepet kat rumah sebab jalan jem gila. Dari aku mengamuk atas jalan baik aku baring atas katil dengan aman sekali.

Aku cuti sampai raya ketujuh, heaven bila baca orang tweet monday blues, aku masih beristirehat di rumah kehkehkeh.

Rindu raya. Rindu bila keluarga berkumpul. Rindu kekecohan. Sekarang semua dah balik :( Entah bila nak berkumpul macam ni lagi.

Start balik kehidupan macam sebelum Ramadhan. Aku dah tak berulang hari-hari, walaupun penat but worth it. Dah takde bangun sahur, dah takde tarawikh. 

Ramadhan, hope we'll meet again next year. Take care :)

6 comments:

  1. meriah gak tu... ramai2 mesti happening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi family mmg meriah. Tersangat meriah :D

      Delete
  2. Selamat hari raya Nad. IQ baru masuk kerja hari ni...well, masuk kerja baru ngadap laptop. wiwiwiwi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia masuk esok. Hehe. Slmt hari raya IQ :)

      Delete
  3. Family ramai juga .. kita geng .. sep!

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance