Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 July 2016

Laporan polis (kemalangan)

Semalam petang aku pergi IPD nak buat report polis sebab accident hari tu. Aku report untuk spare kalau repair kereta harga tinggi sangat, aku nak guna insurans plus kereta aku agak baru lagi so tak lah rugi sangat NCD aku. Tapi kalau harga aku boleh afford, aku tak gunalah insurans. 

2nd reason aku report sebab aku rasa aku bersalah so kalau budak tu report senanglah sikit polis nak detect aku. Tapi bila aku report semalam, polis kata budak tu yang salah. Dan aku tak rasa budak tu akan report sebab dia takde apa-apa, baik motor atau dia. Kereta aku teruk jugak la, aku tak tengok  betul-betul hari tu. Bila kawan aku tengok dia kata part body bawah pintu berlubang. Kahhhh! Lembutnya Axia ni. Nasib motor yang langgar aku, kalau lori marobbukaaa la jawabnya aku sekarang.

Motor apa budak tu pakai pun aku tak tahu. Guna besi kereta kebal ke apa? Sampai berlubang kereta aku -..-

Even budak tu salah susah aku nak claim dari insurans dia sebab dia naik motor, berapa sangatlah motor cover. Plus dia budak muda sekali dia 3rd party je, lagi panjang cerita dia. So biarlah guna insurans sendiri pun, duit boleh dicari ye dok?

First time aku pergi balai polis untuk report, rupanya kena ambil nombor giliran jugak, aku ingat pakai redah je haha. Time aku tunggu giliran aku dengar pengadu depan aku report kena pukul. Patutnya report kena buat di tempat bertutup bagi aku lah sebab ada info yang mengaibkan boleh didengar.

Aku report dekat bahagian trafik. Polis tu ambil lesen dan IC dan ambil keterangan. Dia suruh cerita macam mana boleh jadi, jadi kat mana, pukul berapa and info lagi satu party which aku tak sempat ambil apa pun dari orang yang langgar kereta aku tu haha. 

Lepas tu aku masuk bilik sorang Sarjan ni untuk disiasat. Dia akan tanya lebih kurang soalan polis depan tadi. Dia tanya ada melibatkan polis datang atau ambulans atau bomba datang tempat kejadian ke tak. Lepas tu dia tanya sekarang (time buat report) aku park kereta dekat mana (kalau kereta boleh bergerak lagi) then dia call siapa entah suruh ambil gambar kereta aku. 

Lepas tu aku pergi beli report dan keluar dari balai sambil menyanyi. Aku je kot yang bersuka ria pergi balai. Ada yang datang patah riuk ada yang datang sebab bergaduh blablabla. 

Paling penting aku tak apa-apa, budak tu pun tak apa-apa. Alhamdulillah. 

12 comments:

  1. fuhhh, memang buat report polis ni cerewet...dan macam2 jenis report bley muncul...

    macam kawan baik IQ la, hilang 4 biji tayar kereta dalam kawasan kampus, letak kereta atas batu bata jer....

    ReplyDelete
  2. Aku rasa aku agak kerap kena ke Balai polis; kes accident dua kali, kes kete curi 1 kali, kes hilang IC dua kali. Disebabkan pengalaman inilah baru aku tau fungsi setiap balai polis adalah berbeza.Nak senang terus ke IPD sebab semua ada kat satu tempat.

    Apa-apa pun. Tabahlah. Memang sakit sikit bila berlaku benda-benda camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai lagi berat masalah kau sampai kereta hilang. aah tu aku terus shoot ke ipd. malas nak banyak cerita tp still banyak cerita hoho

      thankyou. i'll :)

      Delete
  3. Aku ada pengalaman buat repot kena ragut dua kali. Eksiden (abang) sekali. Aku tak tahu IPD kat mana kat Penang ni atau aku sengaja xnk ambik tau hahah maka terpksa lah aku ditendang dari satu balai ke satu balai.

    Selama ni aku ingt kalau nk buat laporan memana balai pun boleh, ruoanya ikut jurisdiction di mana kes tu terjadi.

    Apapun syukur nyawa masih dikandung badan. Melampau betul aura positif hang sampai keluar balai pun boleh nyanyi riang hahaha bak sikit!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene ragut? Fuhhh. Scary nya! Aku pun x tahu weh, kawan bgtau haha.

      Aah sama la. Rupanya ada balai ni amek kes cmni je, balai tu amek kes mcm tu je. So ipd senang semua dia kaut bawah daerah dia.

      Haha aku manusia yg jenis x byk fikir

      Delete
  4. Saya slalu pegi balai sebab bayar saman je.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh itu pun perkara yg menyedihkan. Bertabahlah

      Delete
  5. Samalah ngan aku masa kete aku kena sondol dengan Unser dulu... kalau ikutkan aku kena menangis tak berlagu sebab kereta baru belum sempat renew roadtax denh kena sandwich depan belakang... tapi aku rileks jer gelak gelak, siap borak ngan akak yang langgo aku... mungkin sebab masa tu aku tengok dalam kereta dia ada dua orang anak kecik dia... jadi empati aku lagi tinggi dari emosi marah kereta kena sondol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh tu lagi nangis. u're cool man, bagus sikap empati tinggi. lagipun benda ni semua dunia je kahkahkah.

      Delete
  6. aku pernah sekali jek pergi balai buat report, tu pun aku just jadi tunggul kayu jek kat tepi..so aku taktau sangat prosesnye..

    Pergi sebab kes rumah kena pecah masuk, kali keempat...EMPAT...hahaha..

    Accident, alhamdulillah, setakat ni masih terhindar..

    Yeah, again, alhamdulillah, ko dan budak tu selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. empat? rumah yg sama? perghhhh. rumah target tuuu.

      tu la, Alhamdulillah sangat. lately banyak baca accident mati, serammm

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance