Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 15 July 2016

Fogging Gun

Dekat sekolah menengah aku dulu ada satu bilik persalinan, untuk salin baju lepas waktu PJ. Bila fikirkan balik, euww berpeluh terus salin pakai baju sekolah then masuk kelas? Euwww. At least bagilah masa mandi. 

Dalam bilik tu ada toilet, toilet ye bukan bath room. 

Ada satu petang tu aku keluar riadah (baca: merayau). Then aku masuk bilik persalinan sebab nak pergi toilet. Masa aku dalam toilet aku dengar dah bunyi mesin fogging tu. Makin lama makin dekat. Aku keluar je toilet asap punya banyak sampai aku tak nampak apa.

Then aku dengar laki yang pegang mesin fogging tu menjerit 'Berhenti! berhenti! Ada student dalam ni'. Waktu tu mesin fogging tu betul-betul depan perut aku. Nasib baik dia nampak kelibat aku. Lama la jugak aku sedut asap tu untuk bagi jalan nampak clear sikit sebelum aku boleh keluar dari bilik tu. Sumpah sesak nafas aku rasa nak pitam. 

Dan lepas tu aku sedar aku trauma dengan bunyi benda alah tu.

Kawasan rumah sewa aku kawasan denggi. Dalam masa 80 hari, ada 53 kes denggi. Yang peliknya aku tak pernah jumpa nyamuk dalam bilik aku, padahal rumah aku ground floor kot. Aku ditutup hijab dari tengok makhluk halus tu ke apa? 

Orang Pejabat Kesihatan selalu la ketuk pintu cek rumah ada takungan air ke apa ke. Tu takpe lagi. Tapi aku benci betul bila dorang fogging tu. Dah la mesin tu akan lalu betul-betul sebelah tingkap bilik aku.

Bila benda tu makin dekat, aku makin gelisah. Rasa tak kena. Rasa nak jerit suruh dorang berhenti. Aku jadi kaku tak boleh buat apa. Tuhan je tahu betapa leganya aku bila menatang tu makin jauh. Fuhhh.

So jika ada mana-mana nyamuk yang baca entri ni, pelase behave around my neighbourhood. Aku jarang kot bunuh keturunan kau. Pergilah hisap darah babi ke tikus ke. Tolong lah jangan buat masalah dekat area aku. Aku benci mesin fogging tau dakkk! 

:(

Dulu kawan aku pernah tanya, apa yang aku takut dalam hidup ni. Ketinggian ke tempat gelap ke tempat sempit ke lipas ke apa ke. Satu pun aku tak terfikir sebab aku okay je dengan semua tu. Rupanya aku takut mesin fogging. Hak alah tak cool langsung.

16 comments:

  1. Takut dekat benda yg orang lain tak takut tu cool pe.. haha..
    At least rare .. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. cool eh? okay nak teruskan takut. lol. bajet cool je hahaha

      Delete
  2. salam,nadia ni mesti x lut dah dgn gigitan nyamuk maklumlah dah immun.ape2 pun jom kita berdoa utk turkey semoga semua islam trus memerintah di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela. Dah hari2 kene fogging dah bau asap dah badan haha. Tu la. Br baca twitter. Tapi failed kan. Alhamdulillah.

      Delete
  3. HAHAHAH pernah jugak kena masa zaman matrik. take care!

    ReplyDelete
  4. Hahahaha.
    Apsal comel sangat takut mesin fogging?
    Rumah aku dulu pun kawasan merah denggi, memang penuh kes sekitar tapi takde plak aku kena masalah nyamuk. Hhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tlg lah cuba faham perasaan aku nih haha
      kan sama la, aku rasa nyamuk suka aku la.

      Delete
  5. memang tak cool langsung takut mesin fogging. hehe...tak suka fogging sebab boleh sesak nafas, baru ahad lepas dorang fogging area rumah, kalau ada orang fogging confem dah tau ada kes denggi la tu....

    ReplyDelete
  6. agaknya nyamuk pon rasa camtu bila dgr bunyi goncang spray shieldtox hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe. mungkin i'm a part of them too. eh? haha

      Delete
  7. bahahahaha telan asap fogging banyak sangat sampai tak nampak terus nyamuk dekat dunia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tu la psl. kena sumpahan nyamuk dah

      Delete
  8. kah kah kah... ganas sangat ke mesin fogging tu?. wkwkwkw

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance