Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 13 July 2016

Ciri-ciri introvert

sumber:Tumblr

Aku selalu rasa aku anti-social. Aku tak suka berdamping dengan manusia yang aku tak biasa. Aku tak suka pergi apa-apa majlis. Walaupun berdamping dengan manusia yang aku selesa, bila lama sangat aku rasa exhausted dan akan kacau mood aku dan mungkin mood mereka juga. Sian mereka. Aku tak tahu mereka perasan ke tak but I try to hide it. Ada sekali tu aku minta maaf dekat someone kalau dia notice aku macam takde mood time keluar dengan dia, dengan harapan dia akan cakap eh taklah okay je, sekali dia kata aah dia perasan but it's okay. I'm sorry, I can't help it. 

Aku sumpah excited nak keluar dengan family and kawan-kawan rapat, just bukan untuk masa yang lama. Aku cepat bosan, exhausted, rasa nak balik je. 

Dulu aku pelik kenapa aku cepat rasa exhausted bila keluar lama sangat dengan manusia lain, then aku terjumpa satu web pasal introvert . Memang exactly macam aku. Now aku faham dah kenapa aku macam tu, aku introvert rupanya. 

Aku tak suka shopping lama gila, aku tak suka survey barang, mana yang aku nampak dan berkenan aku ambil je, tak peduli harga kat situ lagi mahal dari kedai sebelah ke apa ke. Kalau ikut orang shopping lagi la aku rasa nak mengamuk haha sycho. 

Antara ciri-ciri aku yang tersenarai dalam senarai ciri-ciri introvert:

1. Kalau pergi mana-mana majlis or duduk dalam public transport, aku akan duduk paling dekat dengan pintu keluar. Senang aku nak bla.

2. Tak boleh lepak kat tempat bising. Aku paling tak suka pergi kenduri yang pasang lagu kuat-kuat tambah pulak dengan semua orang bercakap kuat nak atasi bunyi music. Rasa nak meletup kepala aku.

3. Aku suka berdua dengan orang yang aku rapat, tak suka berkumpulan. Kalau keluar berkumpulan aku lagi cepat rasa exhausted dari keluar berdua. 

4. Kawan yang tahu pasal hidup aku almost 90% sikit sangat. Boleh kira dengan jari. Ni bukan sebab trust issue, sebab aku malas bercerita benda yang sama berkali-kali haha. So aku choose beberapa orang je untuk aku cerita hoho.

5. Aku tak suka mula nak berkawan sebab aku tak suka small talk. Sebab tu aku jarang gila approach orang dulu dekat event apa-apa pun, senyum je dah memadai bagi aku. Kalau orang tu start dulu aku layan lah takde lah pulak aku buat pekak. Kuangjo sangat haha.

6. Aku suka bercakap pasal kehidupan, anything. Pasal percutian, life's goals, opinion on something, etc. 

7. Suka menulis. Yes. Blog ni bukti lah. Aku ada lagi satu blog yang aku luahkan side hati aku yang tak berapa best tapi tu aku sorang je lah tahu hehe. Sebab memang meluahkan melalui penulisan (typing) ni memang boleh buat aku lega.

8. Aku suka perhatikan gelagat orang. Aku boleh duduk dekat mall sorang-sorang leka perhatikan orang.

9. Plan. Ingat tak entri aku pasal aku tak suka plan aku dikacau? Ha memang itu perangai introvert. Aku suka plan dulu kehidupan aku seminit kehadapan. Apa aku nak cakap pun kalau ada masa aku susun dulu ayat dalam kepala otak.

10. Suka membaca, tengok movie, dengar muzik sesorang. Bliss.

11. Tak reti luahkan apa aku rasa. Kadang-kadang sendiri tak faham apa sendiri rasa, dah tu macam mana aku nak luahkan? Sebab tu most people yang kenal aku cakap aku takde perasaan. Bukan takde woi haha just aku tak reti nak express kan.

12. Suka explore nature. Aku sumpah tak pernah ada keinginan nak pergi London ke Paris ke or mana-mana bandar besar. Swirtzeland, New Zealand, Australia, Kashmir ye aku minat.

13. Aku lagi suka melepet dekat rumah dari keluar bersosial. 

14. Aku tak banyak cakap, aku lebih mendengar. 

Sebab aku suka buat banyak benda sesorang, sebab tu aku tak kisah aku takde boyfriend kot hahaha.

17 comments:

  1. Hahaha....setuju....

    ReplyDelete
  2. yes, perasan ada golongan macam ni, IQ rasa adik IQ macam ni...haha, xngam sangat dengan orang tak kenal, cepat bosan kalau pergi majlis orang..haha! IQ mungkin sesetengah benda je yang macam ni...tapi mostly IQ suka berborak...mak mak sangat kan...

    its ok to be you...its yourself dude...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh geng dengan adik IQ. kitorang ni rapat dengan within circle je, kalau tak membatu haha. kalau rapat tu rapat sangat pulak. lol

      haha adik nadia mcm IQ, peramah. tak lah mak mak pun hehe

      thnkyou :)

      Delete
  3. geng~~ high5 kat skrin computer

    ReplyDelete
  4. haha same! suka duduk dekat keliling org yg i selesa n tak suka cari kawan baru hahaha

    ReplyDelete
  5. Hmmmm, aku kira half introvertla kot sebab ada beberapa part aku ok..hahaha..


    Half high 5 kat skrin komputer..! XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni boleh berubah mengikut persekitaran aku rasa. haha hi 5!!

      Delete
  6. sama la introvert juga
    Tp no 3 tu x kut, suka lg keluar berkumpulan sbb bila keluar berdua asik kena berckp dgn org tu.. letih la. Kalau dlm berkumpulan diaorg sembang la sesama diaorg aku ikut blkg je senyap diaorg pun x perasan kewujudan aku d situ hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar berkumpulan lagi cepat letih tp btl la kau cakap, belum duduk belakang senyap2, jadi passive hahahaha

      Delete
  7. Saya introvert jugak.
    Criteria yang kamu sebut match dengan my personality.

    https://hijokeys.blogspot.my/

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance