Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 26 July 2016

Cameron Highlands

Sabtu lepas makcik aku dekat Teluk Intan buat open house. Malam tu aku dengan cousins pergi tengok menara condong. Kahhh dah umur 26 baru pergi. Nothing fancy, just menara yang sedikit condong. Lol.

Pagi Ahad kitorang gerak ke Cameron Highlands lalu Tapah. Last aku pergi CH lalu Tapah was 15 years ago, pening weh jalan dia, aku dah la tak berapa sihat lagi, sepanjang jalan aku pejam mata karang muntah satu hal pulak. Sepanjang jalan banyak orang Asli jual petai dan banyak gila anjing.

Sampai terus singgah Barath Tea. Tak buat apa pun, beli tea je, obviously haha. Aku tak beli pun.

Lepas tu pergi makan nasi lemak sambal strawberry dekat kedai nama Abang. 100% orang Melayu punya, strawberries pun dorang yang tanam. Kedai makan sebelah kebun sendiri. Sebab aku tak selera nak makan lagi, aku rasa sesuap je nasi lemak tu. Takde pulak aku rasa ciri-ciri strawberry sebab dia masak dengan ikan masin kot sambal tu sebab aku rasa ikan masin lagi. Nasi lemak ikan masin sepatutnya haha. Cheese cake strawberry dia sedap. 

Then pergi Mardi, makcik aku nak beli pokok bunga. Masuk kena bayar RM3, bebudak RM1.50. Memang cantik bunga-bunganya, instagram worth :P. Sejuk dan aman betul pergi CH time tu sebab sekarang dah start musim hujan. Aku teman cousins aku main taman kanak-kanak, memang boleh tidur lena dekat kerusi menunggu just aku tak la buat perangai buruk tu haha.

Lepas tu pergi kedai Big Strawberries, belakang pasar malam dia. Perghhh jalan nak naik tu tinggi dan curam gila. Pakcik aku bawak manual 4wd ketaq lutut katanya haha. Aku pun cuak takut ter-reverse balik :P. Pergi tengok-tengok je, tak makan pun. Menyesal pun ada naik haha. Nak turun pun curam nak mampus, nasib baik tak hujan, kalau jalan licin memang bahaya.

Lepas tu pergi pasar beli strawberries. Sedapnya strawberries makan atas sana, bawak turun terus masam, kekwat betul. Aku tak beli sayur sebab KKM tengah buat pantauan pasal ada bahan kimia tertumpah, ramai kena food poisoning. Boleh je nak beli yang hidroponik but aku malas nak tanya banyak-banyak. Haha. 

Sebelum turun balik lalu Simpang Pulai, kitorang pergi makan waffle dekat kedai Raju depan pasar tu, tempat wajib singgah.

Gambar berterabur, malas susun. Pemalas! Haha

Time teman cousins main taman dalam Mardi

Afif, anak sepupu aku. MashaAllah nakal nak mampus. Bangsa tak reti takut. Turun bukit curam lari laju gila, aku yang cuak tengok kot terjatuh ke, takde siapa dapat kejar -..-

Cousins. Yang kecik tu nak kahwin dengan aku. Lol. Yang abang dia tengah sengih tu, tengok senyuman pun dah tau nakal -,-

Barath tea plantation

Bunga-bunga dalam Mardi. Tu yang pakai tudung pun bunga :P

6 comments:

  1. Wow Cameron!
    Lama tak pergi.
    Sejak kecoh isu banyak pekerja asing dan aktiviti penggondolan hutan kat sana, terus kurang berminat nak pergi.
    maybe nanti boleh try check balik kot kalau ok huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa aku x tahu isu tu wakakka. try la pergi. best jugak sekali sekala naik atas tu. pergi skrg sebab sejukkkkk. aman dan damai je.

      Delete
  2. apa beza bunga2 yg dlm gambar last tu?...... bunga yg pakai tudung tu lebah sengat :p

    ReplyDelete
  3. Masa gi Cameron, aku rasa sejuk masa kat Tea Plantation jer... owh, ngan masa kat ladang stoberi... tapi stoberi dia mahal... wkwkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. time aku pergi, kat MARDI paling sejuk sebab kebetulan berangin kot. mahal eh? aku beli kat pasar murah hihihi

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance