Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 3 June 2016

Warkah untuk arwah #3

Tok,
Semalam lepas Nadia dengar tazkirah pasal Ramadhan, pasal keadaan ahli kubur time bulan Ramadhan, tetiba Nadia rindu sangat dengan Tok.

Abang Man,
Nadia pun rindu dengan Abang Man. Hari tu Kak Yan ada hal telefon Nadia lepas tu sembang-sembang kejap. Kak Yan nak bawak anak-anak pergi bercuti sebelum masing-masing exam besar. Kak Yan kata berlinang jugak lah air mata dia bila teringat selalunya Abang Man ada. Kak Yan tak tahu Nadia dekat sini pun dah berlinang air mata. We miss you, always and forever. Syahmi dah pandai bawa kereta sikit-sikit, nanti senanglah Kak Yan dengan adik-adik. Dorang okay je, don't worry.

Tok, 
Semalam Nadia baca Quran sedekahkan dekat Tok, Tok Tahir, Pah, Abang Man dan banyak lagi. Harap sampai sedekah Nadia tu dekat semua. Tapi Nadia tak tahu kenapa semalam Nadia hiba sangat. Last Nadia nangis baca Quran macam tu time malam Tok meninggal.

Sebenarnya sejak dengar ceramah tu Nadia hiba dah but it burst out time baca Quran tu. I don't know why I don't know how but the tears couldn't stop. 

I think this is a kind of sign. Allah touches my heart through that way. By missing you and Abang Man make me realise that my soul shall taste death too, one fine day.

I don't know whether the tears are only about missing you guys or my heart realises that I'm too far to reach heaven yet.

Tok, dekat dah ke kita nak jumpa balik? 

Abang Man, macam mana keadaan kat sana?

Sini dah nak Ramadhan, berbahagialah kita semua dalam bulan yang mulia ini. InshaAllah.

al-Fatihah.

2 comments:

  1. Allahuakhbar..sedihnyaaa..semoga mereka damai di sana sis..
    al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. ameen. terima kasih :')

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance